Monday 3 December 2012

Ciri-Ciri Bomoh SESAT



BOMOH bermaksud pengamal perubatan tradisional. Ianya terbahagi kepada dua: 
  1. Tidak Sesat (mengamalkan cara Islam iaitu jampi menggunakan ayat al-Quran)
  2. Sesat (tidak mengamalkan cara Islam)

Umumnya dikalangan masyarakat kita, jika disebut bomoh maka ia sinonim dengan kesesatan. Bagaimana kita nak mengenalpasti BOMOH SESAT? Menurut Ustaz Sharhan Shafie, berikut ciri-cirinya:
  • ada TENGKORAK binatang di rumahnya.
  • MENURUN/berubah watak.
  • menggunakan ASAP (info: asap adalah makanan jin).
  • beri pesakit TANGKAL/AZIMAT.
  • mengenakan PENGERAS (cth: sejumlah wang/pulut kuning/kambing putih).
  • pakaian TAK TUTUP AURAT (cth: berseluar pendek)
  • sering BERCAKAP BESAR (cth: mengaku mampu sembuhkan macam-macam penyakit)
Selain daripada senarai di atas, ciri-ciri utama tentunya bomoh sesat tersebut TIDAK menggunakan ayat al-Quran atau menggunakan ayat al-Quran yang salah. Biasanya bacaan mereka tak jelas.


p/s: Malangnya masih ramai yang percaya bomoh sesat, walaupun dah puas kita nasihat/bagitau.

27 comments:

  1. mmm...takyah la jumpa2 bomoh ni... jumpa je ustaz kan?

    ReplyDelete
  2. dah terlalu lama dalam masyarakat... dan orang kita mudah percaya dan tertipu

    ReplyDelete
  3. org msia ni sbnr ye mudah tpengaruh,,tu payah tu...mmm

    ReplyDelete
  4. Sekarang susah nak bezakan antara bomoh dan ustaz, sebab ada bomoh yg bersembunyi di balik nama Pusat Perubatan Islam, tapi cara pengubatannya lebih kurang macam bomoh juga. Dia memang baca ayat dlm Bahasa Arab, tapi bagi kita yg bukan hafiz Quran ni tak dpt bezakan ia ayat Quran atau bukan...

    ReplyDelete
  5. Biasanya kalo yg ada pengeras tu terus je tau dia tak berapa lurus. Betul tak? Tapi org2 kita, still jugak percaya benda2 mcm ni wp teknologi kejar mengejar.

    ReplyDelete
  6. baru cerita sal malu tadi, kena buatan orang bukan mudah nak sembuh..ada sahaja lorong syaitan nak masuk dan menghasut..antara sebab kita tak nak jumpa dengan orang dan perangai berubah sebab buatan org lah kak..dalam kelas pun jadi bengong..entah bomoh mane la org tu jumpe...sib anak murid kita mualij yg belajar dengan ustaz haron din dar syifa'..huhu..dia yg tolong kita..family dy pun bagus membantu..

    ReplyDelete
  7. JR:
    utk mengatasinya..elok cari pengamal perubatan yg dikenali oleh kwn2/sedara. kira recommended la.

    LYD:
    asal ada mintak pengeras..itu jelas bkn cara perubatan Islam.

    ReplyDelete
  8. ROS:
    ya Allah..berat ujian utk Ros. Mmg bkn mudah, pihak 'sana' mesti tak mo mengalah gitu je. Semoga ros kuat melawan & moga diberi kesembuhan oleh-Nya.

    ReplyDelete
  9. Moga2 kita semua dijauhkan dari semua ni yea...

    ReplyDelete
  10. ramai yg terpengaruh p jumpa bomoh sesat sekarang nikan...taksub sangat sampai sanggup korban harta n maruah.
    p/s:saya xletak setitik pun minyak guna pemnggang ajaib.beza dgn kuali non stick xpasti la sbb xpnh guna kuali non stick sblm ni...:)

    ReplyDelete
  11. fuh takut ngan bomoh macam nie
    so far akk x pernah jumpe layie
    dalm filem dan drma abanyak kali tgk ;)

    ReplyDelete
  12. orang selalu salah faham antara perubatan islam dgn bomoh..tu yg kadang2 boleh tersesat.mohon dijauhkan la..

    ReplyDelete
  13. tau takpe...
    walaupun banyak kes bomoh penipu tapi orang kita masih ramai lagi percaya dengan bomoh..
    tak faham betol lah

    ReplyDelete
  14. macam dah serasi ngan budaya melayu..
    klau cerita tv pun, main bomoh2..
    seram lak..

    ReplyDelete
  15. ada jugak yang tak gunakan semua tu.. pernah terjadi pada keluarga saya..makcik tu takde guna pun asap asap bagai ni..dah lama guna khidmat dia baru tau..

    ada satu orang tua tu dia gunakan telur.bila dipecahkan dalam tu ada darah..susah saya nak percaya sebenarnya.. entah..

    ReplyDelete
  16. kalau bomoh @ ustaz tu betul, die takkan bgtau siapa yg buat, sekadar ckp ade jin ke gangguan..tp kalau bomoh sesat ni, laju je nk jatuh hukum kt org laen..kesudahnye jd bergaduh masam muka, penyakit tak baik2 pn..

    ReplyDelete
  17. sy pnh tgk dpn mata, sorg pakcik ni buat something...dr tak ada terus ada sesuatu kt dlm gulungan benang hitam...tp xde guna ayat mengarut2 n asap2...

    ReplyDelete
  18. seram je.. mmg dr islam dh slh.. apth lgi undg2..

    by the way.. done fllow.. follow me back..:
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. memang malang kan..sebab ia libatkan akidah kita

    ReplyDelete
  20. AISHAH:
    mmg ajaib pemanggang tu, setitik minyak pun tak perlu utk goreng sayur!

    RAI:
    yg telur ada darah tu kan, ada trick nya. Penganalisis Jenayah-kamal afendi tunjukkan kat MHI.

    CK:
    yup, tu antara ciri2 bomoh/ustaz sesat jugak.

    MUN:
    harap2 itu bkn trick..silap mata. :)

    ReplyDelete
  21. tolong orang nak tipu orang tuu.. UHhuuu

    ReplyDelete
  22. Slmt mlm sy dr swk..sy nk kongsi kn kisah bomoh...dia ubat ank sy dia kata ank sy ada 2 benda hlus dlm bdan...yg sy pelik dia minta duit smpai rm370...tp sy tk bg...hal ini baru trjadi ptg td...asal ny bomoh tu hndak mgubat mak mertua sy krna sakit konon ny di buat org...



    ReplyDelete
  23. Tlong bg pndangn pda sy...esok bomoh itu dtg lg hndak mgubati kkak ipar sy pula...hr ni sy blom bg duit yg di minta bomoh trsbut...besok bru sy bg tp suami tk stuju sy byar rm370...dia sruh sy bg rm50 shja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha, biasanya kalau bomoh suda letak harga tinggi begitu..maaf saya cakap, biasanya ia bomoh penipu. Kalau yg asli, cuma akan minta seikhlas hati atau bayaran sekadar utk tampung kos perjalanan dtg ke rumah keluarga Sha.

      Sebaiknya Sha tak perlu teruskan utk rawat anak dgn dia. Tapi..jika Sha 'terpaksa', disebabkan ada mak mertua, eloklah ikut saranan suami..bg rm50 sj. Bgtau pd bomoh..itu je Sha mampu.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****