Wednesday, 12 December 2012

Cerita Tarikh

Harini 12/12/12. Tarikh yang cantik, bukan istimewa.
Tiada beza tarikh secantik ini dengan tarikh-tarikh lain.
Kerana setiap tarikh terlalu istimewa, tak mungkin berulang!
Setiap tarikh ada ceritanya sendiri. Mungkin suka, mungkin derita.

Biarpun 7/9/12 bukan tarikh cantik, tapi pasti terlalu istimewa.
Andai itu detik bahagia kita, yang tak mungkin terpadam dari memori.
Tarikh yang kelihatan tak cantik itu, menjadi sangat cantik di hati kita!
Tarikh itu menjadi istimewa kerana peristiwa indahnya.

Sekalipun 10/10/10 tarikh yang amat cantik, tapi belum tentu istimewa.
Andai itu detik menyayat hati, yang terlalu pedih untuk dikenang.
Tarikh yang kelihatan cantik itu, menjadi buruk di hati kita!
Tarikh itu menjadi buruk kerana peristiwa hitamnya.

Apa ada pada tarikh?
Peristiwa hari tersebutlah yang menentukannya!

------------------------------------------------------------------------------------

Masih ingat peristiwa kemalangan ngeri bas ekspress Delima bertarikh 10/10/10 di Lebuhraya PLUS? Tragedi yang mengorbankan 12 nyawa itu mudah saya ingat kerana tarikh 'cantiknya' dan saya sendiri berada di kawasan kejadian. 

Imbas kembali...saya dan suami bergerak keluar dari rumah mak (suami) di Batu Pahat agak lewat petang. Setiba di lebuhraya PLUS, kenderaan bergerak lancar. Sehinggalah tiba di suatu kawasan, tiba-tiba kenderaan di hadapan bergerak perlahan. Saya lihat ke jalan dari arah bertentangan, hampir tiada kenderaan. Hanya ada sebuah dua sahaja. Tak lama kemudian, saya lihat ada beberapa kereta yang sedikit remuk di jalan tadi. Kereta kami masih bergerak perlahan dalam kesesakan dan berada di lorong ketiga. Saya lihat ada kesan kemalangan pada pembahagi jalan, kemudian baru nampak sebuah bas yang terbalik di tengah jalan pada arah bertentangan dan ramai orang berkerumun di tempat kejadian. Tak lama, keadaan jadi kecoh bila bas tadi mula mengeluarkan asap tebal. Saya mula cemas sebab kedudukan kereta kami betul-betul bersebelahan dengan bas yang berasap tu (dipisahkan oleh pembahagi jalan). Ada seorang yang menjerit-jerit bagi arahan agar semua kenderaan segera beredar, bimbang bas akan meletup dan terbakar. Mulut saya tak berhenti membaca ayat kursi sebagai pendinding, sangat risau sebab kenderaan bergerak sangat perlahan. Alhamdulillah, kami selamat beredar dari zon kemalangan dan bas tu pun tak terbakar (menurut berita).

24 comments:

  1. nombor yang dianggap cantik, memang mudah untuk menjadi kegilaan...

    ReplyDelete
  2. sampai ada yang sanggup jalani pembedahan utk bersalin hari ni kan.. hmm..macam2..

    kalau saya berada di tempat ujie mesti saya trauma tengok keadaan tu T_T

    ReplyDelete
  3. Macam pernah dengar cerita bas terbalik tu, tapi tak berapa ingat sgt. Lagipun ada byk sgt kes bas terbalik. Kalo saya berada di tempat ujie pun masa tu, mesti saya panik. Yelah dah bas dah berasap2. Kalo terbakar je takpe. Kalo meletup. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  4. kalau saya memang lari keluar tinggal kereta kat situ..hhahha..
    ye la..kantoi sudah..saya takut mati..:p

    ReplyDelete
  5. kalo sy time tuh...mgkin dah lari kuar tinggalkan keta...bwk perut pun takpe lah, lari slow2..

    ReplyDelete
  6. RAI:
    Mmg trauma jap lps tu, rasa mcm Allah bg peluang terus hidup.

    LYD:
    Saya mampu ingat sbb tarikhnya tu..dan peristiwa cemasnya.

    DIANA & MUN:
    Mmg ada ajak suami keluar je dari keta. Tp dia kata nnti dulu. Lg pulak keta kami kat lorong ketiga..kalo tinggal gitu lg jam sume org takleh jln. Masing2 dok hon soh gerak cpt.

    ReplyDelete
  7. :) cantik tak cantik sbnr ye semua kerja Allah...Allah yg menentukan segalanya...berdoa jela..moa yg baik itu trus baik..dan sbliknya dijauhkan...

    ReplyDelete
  8. ada kisah disebalik tarikh... suka dan duka gembira sedih semua ada

    ReplyDelete
  9. seram..kalau sy memang mengucap panjang la..memang terasa mcm diberi peluang hidup sekali lagi

    ReplyDelete
  10. Ooooo..ada di lokasi kejadian ya masa insiden bas Delima tu...Mmg dahsyat eksiden tu..kalau tgk gambar2 yg tersebar di internet, katanya driver bas putus badannya..dan Myvi yg dihempap bas tu..aduh...

    ReplyDelete
  11. ya Allah, ngerinya.. kalau saya dekat tempat akak pun saya rasa cemas..

    ReplyDelete
  12. Ketika semua org terpesona kpd kecantikan tarikh dlm kalendar masehi, kita terlupa kpd kecantikan tarikh dlm kalendar Islam...

    ReplyDelete
  13. no cantik kadang kala menimbulkan satu tragedi tak diduga..:)

    ReplyDelete
  14. Betul..setiap tarikh tu ada ceritanya...
    Ingat lagi peristiwa bas terbalik tu..akak ada sana ye...klu lily pun memang cemas jugak lah..betul² bersebelahan tu...

    ReplyDelete
  15. bagi ita tak kisah langsung pasal tarikh...


    ReplyDelete
  16. tarikh memang cantik.. tapi tidak memberi apa - apa kesan pun.. :)

    ReplyDelete
  17. betul kak..sometime orang terlalu obses tentang tarikh yang cantik..kalau saya laa, sy lebih rela khawin pada apa-apa tarikh pun..kos pun tak tinggi..hehehe

    p/s: seram gak baca cerita akak tengok sccident tu..sy igt2 lupa pasal tarikh tu..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  18. Memang cantik tarikh ni kan...tapi akak tak kisah pasal tarikh ni..
    Betul tu..kejadian di sebalik tarikh yg kita ingati....

    ReplyDelete
  19. Kejadian kemalangan BAS memang diingat sehingga kini, dan dalam masa sama Angkasawan kita kawen termasuk Aqasha..

    ReplyDelete
  20. no yg plg bermakna bg saya, 9.12.12.. =)

    ReplyDelete
  21. JR:
    terima kasih JR..
    saya mula tersedar, mungkin patut kita letak tarikh kalendar islam di entri/blog.

    CK:
    tarikh apakah itu?? :)

    ReplyDelete
  22. ooo..saya ingat bas delima yang accident tu.. ya Allah, kalau saya pun kecut perut masa lalu sebelah bas tu..

    ReplyDelete
  23. hmm. teringat juga peristiwa kemalangan tu. trikh 10.10.10 tu tarikh konvo saya dulu. hehe

    ReplyDelete
  24. masih segar lagi di ingatan kemalangan ngeri tu..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...