Saturday, 1 December 2012

Anda Bijak Jauhi Zina


Tarikh: 31 Disember 2012 - 1 Januari 2013
Tempat: Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Penyertaan: Terhad kepada 2000 peserta sahaja.
Bayaran: Percuma!

Program HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI merupakan satu siri program 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Antara tujuan program adalah bagi menyediakan alternatif hiburan yang baik untuk para remaja dan belia menyambut sambutan tahun baru. Himpunan ini turut menjemput para artis, pertubuhan mahasiswa dan badan-badan lain untuk bersama remaja/belia menyambut TAHUN BARU 2013 secara SIHAT DAN BERAKHLAK.

BERMINAT TURUT SERTA? Remaja/belia boleh memilih untuk jadi peserta atau fasilitator dengan mendaftar di SINI. Kalau minat kena daftar cepat ya, sebab sambutan nampaknya menggalakkan. Untuk Fb program ni, sila KLIK SINI.

p/s: Untung jadi remaja zaman sekarang, macam-macam pengisian baik disediakan. Cuma perlu buat pilihan je. Nak ke tak nak?

12 comments:

  1. bagus buat program macam ni untuk sambutan tahun baru..

    takde lah melalak kat tempat hiburan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ujie :) sihat?

    sayangnya xdapat join ni :')

    ReplyDelete
  3. Harap2 tahun ini tak ada lagi program ambang tahun BARU yg dipenuhi hiburan2 melulu yg tlh banyak melahirkan anak2 luar nikah BARU...

    ReplyDelete
  4. terbaik...ros dh lame tak join program kak..huhu

    ReplyDelete
  5. as salam

    memang beruntung remaja sekarang..cuma jangan salah pilih jalan je..

    ReplyDelete
  6. drpd pegi konsert yg mcm2 tu elok sgt pegi program mcm ni...

    ReplyDelete
  7. ala..teringin nak p..tp 31 Dis tu ada meeting kat sekolah..jauh plak kalo nak p...

    ReplyDelete
  8. pilihan ditangan sendiri ..
    program macam nie memang bagus , cuma remaja x ambil endah sahaja huhuh

    ReplyDelete
  9. Bagus jugalah program macam ni..dari pegi konsert² yg melalak tu..

    ReplyDelete
  10. semoga remaja remaja ambil kesempatan program bermanfaat ni

    ReplyDelete
  11. salam uji.
    Napa tak bg tau awal .leh ta turun.ni yg geram ni dgn uji.leh kita jumpa kt sana..adoi..
    Tak cokot mengko tangan ne.

    Hahahaha...
    Dekat dgn tempat ta tu..

    ReplyDelete
  12. Sekarang masalah sosial semakin meningkat.mungkin sebab tu pihak yg terlibat banyak buat program macam ni.remaja2 sekarang perlu manfaatkan peluang ni

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...