Monday 17 December 2012

Aksi Mereka...

Saya sebenarnya suka ambil gambar serangga/haiwan.
Tapi hasilnya memang tak memuaskan, blur semacam. Maklumlah, kamera biasa-biasa je.
Haiwan ni bukan boleh kita dekat, larilah dia. Kenalah zoom kamera, tu yang jadi blur.

Ketam ni jumpa masa kat pantai Merang aritu. Biasa jumpa yang kecik. Kali ni memang besar. Syok main acah-acah dengan ketam ni, nilah gaya dia nak melepaskan diri masuk laut. 


Gambar ni baru berjaya diambil pagi tadi, ikut celah-celah daun pintu dapur. Sebelum ni saya pernah buat entri pasal tupai yang selalu masuk rumah, inilah tupainya. Rasanya banyak lagi, sebab yang masuk tu saiznya ada kecik ada besar. Pelik kan? Tupai boleh ada kat taman perumahan dan rajin pulak masuk dalam rumah. Kat kampung memang ada, tapi tak pernah berani masuk rumah. Mungkin sebab takde pokok nak panjat, tupai kat sini bertukar sifat. Teringat masa mula-mula terjumpa dulu, menjerit geli sebab ingatkan tikus. Padahal mana ada tikus berani jalan siang-siang, depan mata kita pulak tu. Kesian pulak kat tupai ni...hilang habitat asal.

27 comments:

  1. ada orang kata, ada haiwan yg selalu masuk rumah tu pembawa rezeki.. tak tau la betul ke tidak.. kat rumah ayah saya siap ada tupai beranak pinak dalam rumah.. hehe..

    ReplyDelete
  2. tupai jenis ni bukan setakat tak takut dengan manusia, dengan kereta yang melintas pun dia tak heran. dah biasa kot...

    ReplyDelete
  3. teringat lagu dikir pasal tupai halim yazid

    ReplyDelete
  4. haah kesian kat tupai tu takde tpt tgal..kt rumah saya dia suka gigit lampu lip lap tu..berapa kali tuko yg baru..last2 beli yg duduk dalam wayar tu :)

    ReplyDelete
  5. RAI:
    wah..tupai sampai beranak pinak dlm rumah? 1st time dgr ni.

    SM:
    tupai bandar la katakan..

    CHEQNA:
    cer nyanyi skit..^__^

    TIHARA:
    haa, yg tu sama kes kat rumah mertua. abis sume, apsal ntah mentol pun dia minat gak.

    ReplyDelete
  6. wahhhhh siap bole bergurau dgn ketam tu yang hebat..
    mcmna nampak ape pun binatang Na lari kecuali kucing..itu pun kena kucing bela..klau kucing kat luar na mcm takut sikit sbb pernah kena cakar.

    ReplyDelete
  7. ingat tupai, tiba2 teringat iklan pos mesia yang ada tupai tu, yang nak kirim surat pada aweknya.. hihi

    ReplyDelete
  8. Bagi penggemar fotografi haiwan liar, mmg kalau ada tele zoom lens satu advantage...sebab mmg susah nak capture gambar mereka yg bergerak..

    tupai tu mmg saya rasa dah adapt dgn kehidupan manusia, masuk rumah utk cari makanan..hihih

    ReplyDelete
  9. Teliti Ujie ni. Ketam tu oklah boleh captured sebab dia jalan lambat, Tapi tupai kalau tak cekap tak dapat Ujie. Mungkin dia dah suka rumah Ujir kot... rezeki tau kata org tua-tua.

    ReplyDelete
  10. JNA:
    Kalau tak acah2 ketam tu..laju je dia lari nk masuk laut..tak dptle amik gmbo dia.

    HANAMIKO:
    Ada eh? Tak perasan akak..

    DADDY Z:
    mmg cari mkn pun..dia suka pisang. Kalo pisang dah kena mkn sebahagian tu..mmg kerja dia la.

    KAKZAKIE:
    biasa dia laju lari..arini ni relaks je nampak saya. Tu dpt gamba. Rezeki? Mudah2an. :)

    ReplyDelete
  11. kat umah mak kt trolak tu, tikus bermaharajahlela...nk tido kat lntai pun dah takut. selamba je dia lari2 lompat atas kita. mak ckp, tgh tgk tv pun dia bleh lari atas tv!

    ReplyDelete
  12. sib baik tupai or musang kat area umah saya main2 kat tiang letrik jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. sesekali tgk haiwan mcm ni memang best..

    **tukar template...ingat blog sapa la saya masuk ni ^_^

    ReplyDelete
  14. Ambik gmbr binatang mmg menyeronakkan.. Tapi tak tahannya binatang ni suka bergerak2 dan sukar nak fokus..

    ReplyDelete
  15. gebunya ekor tupai tu..comel je hahaha

    ReplyDelete
  16. Bergurau dgn tupai... X tkt kena cepit ker

    ReplyDelete
  17. MUN:
    ganasnya tikus2 tu..kena bela kucing byk2 kot.

    AZLAN:
    tulah..pelik dgn tupai kat rumah akak ni.

    CIKGU MA:
    Apa2 pun takleh lawan blog c.ma..^_~

    SHAMEEL:
    tula cabarannya..puas ati bila dpt.

    ZIE:
    terkembang-kembang bila gerak..:)

    KHAI:
    Tupai ke ketam yg cepit..takut2 berani. ^_^

    ReplyDelete
  18. tupai takpa lagi kak, jgn cikKus (tikus) ja..memang marah betul sy dgn dia..huhu

    ReplyDelete
  19. Tupai memang cantik, terutama ekornya. Masa kecil dulu kawan JR ada pelihara tupai, jinak..tapi kena jaga2 dgn giginya...

    ReplyDelete
  20. tak pernah tengok lagi spesis ketam tu. nice juga gambar tu sis

    tupai....tupai bandar. saya suka. kalau boleh beri makan la jajan kat si tupai tu sis. nanti selalu lah dtg ikut time mencari makanan di situ. patu boleh ambil pelbagai aksi si tupai tu.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum...

    ketam ape tu??? pertama kali nengok ni.. x pernah jumpe yg masih berjalan selalu jumpe kat pasaraya jer hihihihii

    ReplyDelete
  22. tupai klu merayap laju jer...hihihi.tak pernah nmpk ketam besar bjln lg...ketam kecik2x je pernah nmpk..

    ReplyDelete
  23. Saya pun suka amik gmbr binatang. Saya ni kan pencinta haiwan. Ehehehehe. Kalau saya lalu kat area Ulu Klang dekat Zoo, selalu nampak flamingo bertenggek atas lampu jalan yang tinggi tu. Tapi selalu tak sempat nak amik gmbr.

    ReplyDelete
  24. NIZA:
    sbb tu akak tak marah, tupai je. comel pun. Kalau kena tikus..pening kepala!

    JR:
    gigit org eh??

    TP:
    saya pun tertanya-tanya..ketam apa ni, lain mcm.
    menarik gak idea bg mkn tupai tu..:)

    MASYA:
    saya panggil ketam pantai..hahaa

    AYUT:
    tu pasal akak jakun sikit ni..

    LYD:
    zoo tu mahal kan tiket dia..tengok luar je lah. ^__^

    ReplyDelete
  25. kat umah ita pun banyak tupai..
    time ada buah habis di makan buah..
    kalau takde buah suke sangat mencuri minyak masak...terutama nye dalam kuali ..
    bertutup pun masih nak mencuri jugak

    ReplyDelete
  26. Ujie: sis sebenarnya idea bagi makan tupai tu saya diajar oleh seorang guife semasa saya mendaki kinabalu. Dan si guidee tu dapat idea dgn menonton cerita omputih. Dimana tupai akan jinak bila senantiasa beri makan.dan anggap kita sbgai kawan. Mungkin ada betulnya juga...kerana pengalaman saya beri tupai makan di hitan kinabalu itu membuktikan teori guide tu

    ReplyDelete
  27. EITA:
    Apsal la minyak msk yg dia suka..mcm2 la tupai ni kan..

    TP:
    Ingat lg yg TP cite psl tupai jinak kat kinabalu tu.. Thanks kpd guide tu kan..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****