Wednesday, 28 November 2012

Sutra Beach Resort

[Notis: Entri berjela..]

Dua hari tak menulis diblog, kelmarin (Isnin) melalui perjalanan yang panjang dari Setiu ke Bangi. Sampai rumah hampir jam 12 tengah malam. Sebabnya saya dan suami banyak menyinggah. Semalam (Selasa) seharian kepenatan, banyak benda nak dikemas. Tanaman pasu pulak semua mati, tinggal satu je yang bertahan-Lidah Jin. 

15 hari tinggal kat resort membuatkan saya rasa lain macam bila balik rumah sendiri. Kembali buat kerja rumah, takpe lagi. Tapi nak melupakan irama ombak dan indahnya pantai, itu bahagian yang terasa berat. Ada rindu! Disebabkan dah duduk lama, haruslah saya cerita pasal resort ni pada sudut pandangan saya.

Ada 3 jenis bilik: Standard, Deluxe Garden View & Deluxe Sea View. Untuk lebih lanjut, korang boleh ke laman web Sutra Beach Resort. Sekarang ni harga turun sikit sebab musim tengkujuh. 

Pemandangan dari balkoni bilik 'Sea View'. Bilik jenis ni sangatlah sesuai untuk korang yang nak berbulan madu sebab pemandangan yang terus menghadap lautan. Sangat dekat dengan pantai, terutamanya waktu malam bila air pasang. Pulau yang ada tu-Pulau Bidong. Pulau yang pernah diduduki 'orang hanyut' Vietnam. Dah boleh dikunjungi (day trip), tapi sekarang musim tengkujuh semua pulau ditutup. Kat balkoni ni disediakan dua kerusi, bolehlah bersantai dengan selesa. Bila waktu makan tengahari, saya dan suami lebih selesa duduk bersila kat lantai kayunya. Terasa ala-ala berkelah tepi pantai gitu.

Ni pemandangan kolam renang dari pintu hadapan bilik saya. Saya suka mengintai bila waktu hujan, cantik tengok titisan air atas permukaan kolam. Cuma yang kurang best (hal kecik je), takde laluan khas untuk ke bilik-bilik di blok ni. Setiap kali tu kena lalu tepi kolam renang. Kalau tengah penuh orang tu, memang terasa segan. Yang bangunan putih tu, blok Standard Room.

[Gambar kat atas ni warnanya suram, sebab lepas hujan.]
Saya rasa selain dari dekat dengan pantai, tarikan utama resort ni adalah kolam renangnya yang luas dan berkonsepkan 'Infinity Pool'. Kalau tengok tu macam bersambung je kolam renang dengan lautan luas. Rekaan kolamnya pun menarik. Kolam paling dalam- 1.4meter. Saya sempat masuk, airnya sampai paras leher saya. Kolam renang ni sentiasa meriah sebab cuti sekolah, terutamanya Jumaat-Ahad. Untuk hari biasa, sedikit lengang terutamanya pada waktu pengunjung 'check-out'/'check-in'. Untuk korang yang ada anak-anak, kolam renang ni memang sesuai untuk bersantai sekeluarga. 

Kafe ni berkonsep terbuka, takde dinding. Menghadap kolam renang tadi dan lautan. Memang best. Tapi saya cuma makan untuk sarapan je lah sebab dah masuk dalam harga bilik. Selain dari tu memang tak sanggup, mahal tak agak. Untuk sarapan, menunya kurang menarik bagi saya. Sebab takde kuih-muih. Tiap-tiap hari saya makan nasi (nasi dhal, nasi minyak, nasi kerabu..), kalau dah bosan saya makan mee goreng pulak. Eh, bukan merungut tapi saya cerita untuk panduan korang yang nak ke sana.

Pemandangan sebahagian resort dari pantai.

Saya berangan naik kuda tepi pantai, memang tak kesampaian. 
Tiba-tiba satu pagi tu, ada pulak orang naik kuda ni...jeles sungguh!
Untuk info, dekat dengan resort ni ada Terengganu International Equestrian Park.

KESIMPULAN:
Sutra Beach Resort memang berjaya buat saya selesa walaupun kena duduk lama di sana. Bagi yang belum tau, saya ke sana ikut suami bekerja. Tak terasa bosan walau saya banyak menghabiskan masa bersendirian. Persekitarannya terjaga rapi dan staf yang mesra. Bagi korang yang nak bercuti/berehat, resort ni memang sesuai! Ini cuma pendapat saya je, seorang yang gemarkan alam semulajadi.

*tips: ada kedai makan yang tak mengecewakan, tidak jauh dari resort ni. Keluar resort, belok kanan. Kedai makan 'Restoran Desa' terletak di sebelah kiri. Kalau nak yang dekat dan boleh jalan kaki, ada kat sebelah kiri resort. 

24 comments:

  1. Menarik Sutra Beach Resort ni. Saya suka pegi Terengganu. Banyak makanan yang murah dan boleh diterima.

    Ujie, bestnya dpt dok tepi pantai 2 minggu. Saya rasa kalo saya pun tak kisah walaupun kena tinggal sorang. Mungkin kalo saya yang pergi, saya menjahit sementara tunggu suami gi kerja.

    ReplyDelete
  2. LYD:
    Hobi jait menjait la ni..
    Saya hobi baca buku, tapi bila dah ngadap laut ni jd leka..asik tengok bot nelayan la, kwnn burung..tak dpt abis buku tu. Jap2 snap pic pulak. :)

    ReplyDelete
  3. heaven anak2 kalau dapat duk kat resort tepi laut gini sampai 2 minggu.. eh bos husband saya takde pulak nak hantar encik somi pegi kursus2 gini kan..hahaha..

    ReplyDelete
  4. bestnyaa kak ujie..

    ira pergi besut weekend aritu..tganu gak tp nak ke kelantan sana..heee

    ReplyDelete
  5. Bukan ombak rindu Ujie tapi Rindu Ombak... lama juga di sana mestilah seronok. Kakak kalau ke sana tak tinggal hotel tapi homestay - murah. Lagi pula makanan di sana baaaaanyak tempat ada. Murah pun ye juga itu yg bestkan...

    Sejuk mata memandang pemandangan yg Ujie captured.

    ReplyDelete
  6. dlam banyak2 benda yang akak cerita nie kuda tu yang menarik perhatian saya..nnt bila sy honeymood sy igtkan nak ajak wife sy masa tu naik kuda and hopefully dia tak takut kuda..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. fuyooo.
    lamanya k,ujie p sana...

    mesti bestkan duduk kat balkoni,
    tengok pantai, pastu tulis puisi.. wahahhaa...

    ReplyDelete
  8. Kak ujie aman damai tenang nyaaaaa pemandangan kat sne..klau Na laa kan xnk balik heheheh :))

    ReplyDelete
  9. tak dapat gi dapat tengok sini pun ok dah kak....

    terasa macam berada di sana jugak ni

    ReplyDelete
  10. untungla dapat ikut suami sokmo lah akk berjalan kan? jeles..! teringin nak berumah ditepian pantai..pernah pun dekat langkawi je ritu duk tepi pantai..seronokkkkkk..

    ReplyDelete
  11. Bestnya tempat tu...
    Teringat sorang kawan JR, 8 tahun kawin tak dpt anak..satu hari mereka berhoneymoon part 2 di Langkawi...sebulan lepas balik dari Langkawi, isterinya mengandung. Tau apa nama anaknya? Nama anaknya Mahsuri, kerana katanya anak tu 'made in pulau sumpahan Mahsuri (Langkawi)'

    ReplyDelete
  12. best kan sutra beach resort ni...hihihi..saya ke sana bulan April yg lalu..ni ada coret kan sikit cerita saya...

    http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2012/04/kuda-laut.html

    ReplyDelete
  13. FARA:
    warong pok nong tu lagi! hahaa

    JR:
    kalau lelaki..nak bg nama apa ek?

    DZ:
    dah baca..syoknya tengok kuda tu masuk laut!

    ReplyDelete
  14. mane gambar tuan tanah yang dok kat resort tu 2 minggu hihihihihihi... malu nak tunjuk eh...

    ReplyDelete
  15. MASYA:
    hahaa..yg tu utk simpanan peribadi. :)

    ReplyDelete
  16. seronoknya kak.. dpt pula bilik yg menghadap laut. dengar bunyi ombak tiap masa tu yg rasa lain mcm bila dah balik rumah sendiri kan.

    ReplyDelete
  17. 15 hari...lama tu berumah kat sana...mmg dah serasi dengan deruan ombak...

    ReplyDelete
  18. as salam

    dekat dgn tpt matriks saya dulu..skrg dah jd umt..dinner matriks pun buat kat sini..makanan dia ok masa thn tu lah..hehe:)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...