Tuesday, 6 November 2012

Orang Malaysia Gemuk-Gemuk?

Sebenarnya dah dua kali berlaku,
Tapi baru ni saya nak tuliskan dalam blog ini.

Bagi yang belum tahu...saya ada menjual pakaian secara online.
Saya tumpukan kepada produk buatan tempatan asalnya.
Kemudian saya mula menjual blouse labuh denim dan kini kaftan buatan Indonesia.
Bukan nak menyokong produk luar, tapi sekadar pelbagaikan jualan saya.

Berbeza dengan baju buatan tempatan, baju dari sana berpotongan kecil.
Walau tertulis XL, tapi sebenarnya sesuai untuk yang bersaiz L atau mungkin M!

"Orang Malaysia ramai yang gemuk-gemuk, susah mau cari saiz"..
lebih kurang begitu kata si penjual wanita dengan bahasa Indonesianya.
Saya ambil stok di dua tempat berasingan, dan dua-dua cakap yang sama!
Terbakar hati saya tau, tapi masih mampu melemparkan senyuman palsu.
'Dia yang cakap pun gemuk! Cakap orang kita pulak.' getus hati saya.

Selepas ini...
Kalau ada yang cakap benda sama, saya bertekad nak membalasnya.
"Bukan sebab orang Malaysia ramai yang gemuk, tapi MUSLIMAH memang kena pakai baju yang longgar. Bukan pakai baju ikut bentuk badan. Inikan busana Muslimah!"


p/s: Saya terfikir..kehadiran warga asing sebagai 'sales girl' & pelayan kedai makan dengan pakaian yang muat-muat dan sendat ni pun menyumbang kepada gejala sosial di Malaysia. Sesuatu perlu dilakukan!

22 comments:

  1. hahaa... pelayan yang pakai ketat-ketat tu bukan setakat menjolok mata, malah menjolok iman kami!

    ReplyDelete
  2. SM:
    tulah pasal. saya malas nk pegi kedai mkn yg pelayannya camtu.

    ReplyDelete
  3. mungkin style sana pakai ketat2 kot walaupun pakai busana muslimah..kan?agaknya la..

    ReplyDelete
  4. bukan kat malaysia je ada org gemuk...sensitif ni statement dia cakap tu...

    ReplyDelete
  5. saya org malaysia yang tak berapa nak gemuk..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Setuju apa yg Ujie katakan. Kakak 2 minggu lepas singgah di Billion Pontian nak beli jubah denim itulah harga murah baru RM129/- tak boleh tawar tapi bila lihat XL pun kakak tak boleh pakai. Walau org kedai tu kata ok tapi kakak kata kakak tak pakai kalau yg nampak bentuk badan sorrylah... sudahnya tak jadi beli.

    ReplyDelete
  7. SHAHZEE:
    mmg pun. tu yg potongan baju kecik, sbb mmg style sana..mcm dlm sinetron tu.

    AISHAH:
    Mmg sensitif..lg2 ckp dpn saya org malaysia. mcm tak hormat.

    AZLAN:
    Awak slim jer..

    KAKZAKIE:
    Saya pun slalu kena gitu..sibuk penjual tu kata ok3. dia tak paham yg kita tak pakai baju yg ngam2 ni.

    ReplyDelete
  8. Baca 3 perenggan pertama tu saya dah tau dah kenapa derang kata mcm tu. Saya tgk org indon pun sama je besar atau keciknya dgn org Malaysia. Cuma derang tergamak nak pakai baju muat2 badan. Kalo body slim tu boleh la terima. Ni yang penuh dgn lemak2 air kat perut tu pun perasan kecik.

    Saya sokong sgt kalo Ujie nak jawab cenggitu.

    ReplyDelete
  9. mak saya cerita wktu pergi mekah dulu, mak saya pelik mcm mana pak arab bole cam org msia ngn indon..then 1 hari mak saya tnye la tym beli brg, diorg ckp saiz badan(rangka, bukan isi) org indon kecik berbanding msia.. ;)

    ReplyDelete
  10. Sedap je mulut dia ckp org2 M'sia gumuk2.....

    ReplyDelete
  11. as salam

    alamak saya mmg ke arah gemuks ni..kenyataan hehe..tp mmg nak kena indon tu..huhu

    ReplyDelete
  12. Mungkin org tu kenal org malaysia yg bbdan gemuk sj kot..sabar k, :)

    ReplyDelete
  13. izan pun perasan kalau baju dari sana mmg ikut bentuk badan walau saiz dah besar.

    kami pun kalau pergi kedai makan, pilih yg pelayan mmg lelaki je.

    ReplyDelete
  14. pesanan ujie tu mmg btul.. :) sales girl yg dtg keje tu suke bnor pkai muat2x..mmm..

    p/s:thanks bgtau pasal ustaz don pnye FB tu..bru tau :)

    ReplyDelete
  15. btl2... bkn gemuk tapi kena pakai longgar2....

    ReplyDelete
  16. Ok jugak ayat tu, sesuai sangat ;)

    ReplyDelete
  17. LYD:
    kan3? adat & agama kita buat kita tak tergamak.

    CK:
    mungkinkah itu faktor potongan baju sana lebih kecik???

    NAZAYIENA:
    kalau melayu kita kira kurang ajar ckp mcm tu..

    TIHARA:
    saya pun, umur dah meningkat..
    sesekali nak kenakan jugak, nak mengajar sbnrnya. :)

    KJ:
    sbb sabo tu mampu tersenyum..

    IZAN:
    kita pulak yg segan tengok org gini, lagi2 pulak mknn dgn suami..

    AYUT:
    mmg budaya kebanyakkan mereka..

    ReplyDelete
  18. sekarang ni banyak sangat diorang jual baju yg sendat2 je dengan tubuh..sampai kan tubuh tu xleh nak bernafas langsung...

    ReplyDelete
  19. naseb baik akak dpt bg senyuman tu....mmg mendidih la lau ckp gitu...huhuhu

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...