Sunday, 4 November 2012

Masa Untuk Kurangkan Bil Elektrik

Sekarang ni dah masuk musim hujan.
Biasanya tengahari dah mula hujan, membawa ke malam.
Sekarang ni pun tengah hujan lebat, berani buka netbook sebab takde guruh.

Bila musim hujan begini...
memang peluang terbaik bagi saya untuk kurangkan bil elektrik.
Sejak guna 'mobile aircond' untuk bilik tidur, bil elektrik terus melambung!
Daripada tak payah bayar langsung (bil saya tak lebih RM20),
kepada sekitar RM70 lebih sebulan.
Punyalah mahal kos elektrik untuk aircond je!

Asalnya memang tak mau pasang aircond...tambahan pulak cuma rumah sewa.
Tapi terpaksa sebab panas sangat sampai tak boleh nak tidur malam.
Inilah hakikat rumah dua tingkat, tingkat atas memang lebih panas dan bahang.
Tambahan pulak tinggal kat kawasan hutan batu, memang kurang sangat pokok.
Kipas berpusing laju pun tak mampu sejukkan ruangan bilik.
Tetamu pun kadang-kadang lebih suka tidur kat ruang tamu di tingkat bawah.
Lebih selesa sebab tak terasa bahang.

Sekarang ni, bila musim hujan memang tak perlu buka aircond bila tidur malam.
Sekadar kipas dengan kelajuan nombor satu pun dah cukup sejuk!
Lega...dapatlah saya kurangkan bil elektrik.

17 comments:

  1. anak2 saya pun tidur nyenyak je malam2 sebab sejuk..

    rasa seronok pulak bila tulis "anak2"
    ekekek

    ReplyDelete
  2. DIANA:
    saya pulak yg tersenyum..tumpang seronok. :)
    'anak2' saya tak kisah musim apa..sbb anak2 ikan je! ehehe

    ReplyDelete
  3. as salam

    saya pulak,,anak2 kucing tambah anak tekak sekali..haha..skrg dah sejuk..kipas pun jarang on :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih3..okla tu kn tiha, ada gak kita 'anak'.
      Lg jimat tu..jarang on. mesti sgt2 sejuk.

      Delete
  4. Hahhhaa..
    cakap pasal air cond,
    ada juga plan nak pasang,
    tapi x sure pasal bilnya..
    nak psg ruang tamu..

    takut melambung plak t..
    hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. LIA:
      mmg melambung punya..mula2 mmg ngeri tengok bil tau. ^__^

      Delete
  5. meh duk umah kayu ...pagi petang siang malam sejuk je..
    hehehhe...

    normal lah tu umah batu..bila malam bahang batu dia kuar..tu yg jadi panas..

    ReplyDelete
  6. ye betuuullll....
    umah saya pun hangat satu macam.
    harap musim hujan ni le ada sejuk haaaa.....

    ReplyDelete
  7. seronok tido mlm2 time musim hujan ni..sejukk..

    ReplyDelete
  8. Jauh beza ek kalo tak guna ekon dgn guna ekon. Itu baru 1, kalo 2, 3, 4 ekon... mahu dekat seribu bil letrik. Saya pun terasa kebaikannya musim hujan ni tapi baju plak lambat kering. Kekeke.

    ReplyDelete
  9. assalam ujie..betul tu ujie..acik pasang je ekon tahun 2006 dulu terus jadi RM140,..sekarang lagi la..200 sapa la yang mahal sangat..pasang ekon pun selalu nya 4 jam je..lepas tu tutup

    ReplyDelete
  10. kalau xguna panas...tp beza banyak tu,xlalu jugak berpanaskan...time ujan le nak jimat...hehee

    ReplyDelete
  11. aircond memang mahal kan..time macam ni terpk..bestnya kalau duk kampung.

    rumah saya tak pakai aircond.. alhamdulillah..duk rumah flat atas sekali..malam pun cukup dgn kipas je..

    ReplyDelete
  12. same la kak ujie...skrg ni tido mlm je msti pasang aircond...klau tak mesti terjaga bdn bpeluh2

    ReplyDelete
  13. tapi duk ari2 hujan kena pasang kipas ler pulak tuk keringkan baju huhuhu

    ReplyDelete
  14. EITA:
    Akak mmg teringin ada rmh kayu yg moden..mesti nyaman je..

    KJ:
    nilah masanya org bndar nk rasa sejuk ori.

    CIKTOM:
    betul sgt..rasa nikmat betul tido ujan2.

    LYD:
    Kalau tak mendesak..tak pyh aircond. slmtkn duit & bumi!

    ACIK:
    samala..saya psg dlm 3-4 j je. nk jimat..

    AISHAH:
    guna bila perlu..

    RAI:
    adik saya pun dok flat..mmg tak bahang mcm rmh saya. Ni jd bahang sbb bumbung tu kot..

    MUN:
    dah terjaga susah pulak nk tido balik..tu yg nyampah. :-)

    KA:
    takpe..bil kipas tak tinggi mcm aircond.

    ReplyDelete
  15. ha kan jimat duit nak bayar bil..hikmah musim tengkujuh:)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...