Friday 16 November 2012

Dulu Boleh, Sekarang Jadi Bida'ah?

Kadang-kadang saya terfikir...
Banyak perkara yang kita lakukan sejak mengenal dunia,
Yang mendarah daging dalam diri dan sebati dengan pemikiran,
Tiba-tiba diberitakan ia adalah sebuah rekaan cuma,
Ia bida'ah semata!

Sedari dulu tiap malam Jumaat...
Kita digesa ibu bapa untuk membaca surah Yasin,
Seakan satu perkara sunat lalu kita kuat mengamalkan.
Yang sebenarnya, ia tidak tercatat dalam mana-mana hadis sahih!
Yang tercatat...SUNAT membaca surah AL-KAHFI,
Pada malam Jumaat atau siang harinya.
Tapi janganlah keliru...tidaklah menjadi satu dosa,
Jika kita tetap baca surah Yasin di malam Jumaat,
Kerana membaca ayat-ayat al-Quran amatlah dituntut pada setiap masa,
Cuma kita perlu tahu asal hukumnya,
Bukan sekadar ikut-ikutan semata.

Menjelang tahun baru kalendar Islam...
Kita digesa pula membaca doa awal dan akhir tahun,
Lengkap dengan doa khusus, fadhilat dan cara membacanya.
Hingga terasa bersalah bila tak berkesempatan melakukannya.
Yang sebenarnya, ia tidak tercatat dalam mana-mana hadis sahih!
Yang betulnya...mohonlah doa pada bila-bila masa jua.
Juga janganlah TERIKAT dengan perkara-perkara yang tiada dalam syarak.
Berdoa tidaklah salah, yang salah cuma cara dan kepercayaan kita.
Percayalah pada hal yang betul,
Bukan sekadar ikut-ikutan semata.

Dulu boleh, sekarang jadi bida'ah...kenapa?
Dulu...mungkin kurangnya cerdik pandai agama,
Sekarang...kian ramai yang celik agama,
Penyebaran ilmu pula lebih mudah dengan teknologi maklumat.
Buku-buku agama pun lebih banyak dihasilkan.


*artikel/buku berkaitan yang patut korang baca: ubibadok, abhalimyunos., 40 Hadis Palsu.
*(maksud bida'ah - mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya / berlawanan dengan sunnah Rasululullah s.a.w.)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya sekadar sentuh dua perkara, bersesuaian dengan harini Jumaat dan masih di awal tahun baru hijrah. Janganlah ada yg kata, "perkara kecil nak dibesar-besarkan". Walaupun kecil, tapi kefahaman yang salah harus diperbetulkan. Yang salah tetap salah. Kalau kita tahu asas, Insya Allah lebih mudah memahami perkara lain yang lebih besar.


16 comments:

  1. apa yang aku nampak, ada banyak kekeliruan. bila dah tau bida'ah, ramai yang terus tak nak buat. tanpa usul periksa, macamana dia ikut amalan tu, macam itulah jugak dia hentikan.

    kalau tak silap, bida'ah tu ada dua. (minta perbetulkan kalau silap)

    ReplyDelete
  2. Apa yg penting bila melakukan kena tahu apa dan mengapa. Tapi kalaulah ianya merupakan bid'ah hakikiyah ianya tak mencacat-celakan iman kita, so kakak rasa tak apalah cuma kalau ianya bid'ah idhafiyyah sebaiknya tinggalkanlah...

    Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  3. assalam ujie..tidak salah berdoa kan janganllah kita rasa susah hati jika tidak dapat berdoa sebab doa boleh dibuat bila2 masa..begitu juga membaca yassin..setiap malam jumaat ..tetap perkara baik sebab membaca ayat alquran

    ReplyDelete
  4. jumaat kan hari yg baik mungkin sbb tu digalakkan baca yasin pada malam jumaat.kadang2 bila kebiasaan yg kita buat, ada sesetengah yg anggap benda tu macam wajib.malam jumaat je kena baca yasin.wajib.padahal yg tu kan cuma amalan sunat.x baca pun xpe kalau baca lg bagus..lgpun xkan nak bg perhatian utk hari jumaat je,hari2 lain mcmana?ye dak..

    ReplyDelete
  5. Bkn boleh atau tak boleh sbg pokok ceritanya.. Tp kena tahu apa, kenapa mengapa.. Supaya bukan sekadar ikut-ikutan..

    ReplyDelete
  6. owh.. baru paham...huhuhu perkongsian yang baik dan bagus.... sy pn ada terfikir banda ni...

    ReplyDelete
  7. NIce entry..mengingati kat Na yg baru taw hal ni ;)
    Tq

    ReplyDelete
  8. saya pun xpenah terpk pasal ni.. apa yg baik jadi ikutan, yg tak baik dijadikan sempadan..

    ReplyDelete
  9. Setuju ujie. Sebenarnya ada byk lagi. Contohnya perarakan MaulidurRasul. Sebenarnya bidaah. Tapi sejak dulu org buat. So, skrg kalau nak bgtau org yg perkara tu bidaah, mesti ramai org yg akan marah.

    Perasan tak org Islam khususnya melayu ni.... perkara2 bidaah tu mmg suka ikut. Tapi kalo sunnah Rasul dalam menegakkan agama Islam tak ramai yg suka buat. Padahal sunnah itu la yg paling dituntut sebelum sunnah simpan janggut, kawen ramai dan sebagainya.

    ReplyDelete
  10. bagus jugak akak share kat sini..kadang2 tu banyak yg tak tau dari tau...

    ReplyDelete
  11. bagus jugak akak share kat sini..kadang2 tu banyak yg tak tau dari tau...

    ReplyDelete
  12. SM:
    a'ah betul, bidaah ada dua; bidaah hasanah (tak berdosa dibuat) dan bidaah mazmumah/dholalah (berdosa jika dibuat).

    LYD:
    masih ramai yg blm faham (termasuk saya yg masih belajar), bila kita sebut perkara tu bidaah je terus nak melenting. patutnya dgr penjelasan dan fikir. ada bidaah yg boleh diteruskan dgn KEFAHAMAN dan ada yg mesti dihentikan.

    ReplyDelete
  13. as salam

    terima kasih share kat sini...topik menarik:)

    ReplyDelete
  14. nice pos:) Post ini lebih baik Dari Yang Lalu :) Terus berkarya Y:) Mampir juga Y ke My Blog..:)
    http://rengga-tikus.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. IN SHAA ALLAH....
    IYERLAH SEKARANG NI MCM²... HATI KT SEDANG DIJAJAHKAN...

    ReplyDelete
  16. kiranya ada bidaah yg baik dan xharus ditinggalkan dan ada bidaah yg memesongkan dan wajib ditinggalkan...macam tu eh.saya mmg bab2 ni kurang ilmunya...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****