Sunday, 25 November 2012

Berlakon



Korang pernah berlakon?
Berlakon dalam drama kehidupan harian kita.
Berpura-pura sebenarnya. Palsu. Plastik. Kosmetik.
Eh, bukan semua kepura-puraan itu tak baik tau!
Ada masanya kita memang perlu berlakon.
Itu tandanya kita bijak mengawal emosi dan gejolak rasa.
Tahu mana yang perlu diekspresi dan mana yang perlu disimpan.

KISAH 1:
Kita pesan air Cappucino Three Layer, seperti dalam buku menu. Tapi bila sampai langsung takde layer, tak sama macam dalam buku menu. Ok, kita cuba minum pulak. Ya Allah, rasa dia memang buat tekak nak terluah. Pahit dan masam sangat! Tapi sebab tu tempat awam, kita pun BERLAKON. Muka kerut sikit-sikit je dek menahan pahit dan masam. Kita panggil pelayan kedai, ikut emosi memang nak marah-marah dan suruh dia minum sampai habis depan kita. Tapi sekali lagi kita BERLAKON, segaris senyuman diberi dan dengan sopan kita mintak dia tukar dengan air lain sebab Cappucino Three Layer dia rasanya sangat 'lari jauh'. Dengan muka selamba dia jawab, "Oh, harini budak baru yang buat air". Kita beri senyuman palsu, walau dalam hati geram sangat!


KISAH 2:
Dalam sebuah majlis kenduri, ada seorang makcik tua yang sibuk 'berceramah' pada kita tentang ruginya kita sebab masih takde anak. Siap mempersoalkan orang lain kawin senang je dapat anak, kenapa kita susah sangat nak ada anak. Kita jadi sedih, airmata nak menitik sebenarnya. Tapi sebab kita di tempat awam, kita BERLAKON. Kita tahan sebak didada, kita tahan airmata jangan sampai menitik. Kita tersenyum sambil berkata,"Belum rezeki saya makcik". Tapi makcik tu terus dengan ceramah umumnya.  Dan kita terus BERLAKON!
 
 
*Masa zaman remaja, saya memang tak pandai berlakon. Kalau marah, saya luahkan & buat muka marah. Kalau sedih, saya nangis depan orang tu. Bagi saya, kita mesti luahkan setiap rasa tak kira siapa dia. Itulah gejolak jiwa darah muda. Sekarang, saya bukan seperti yang dulu. Usia mematangkan kita. Berfikir sebelum bertindak. Hidup pun lebih tenang!

19 comments:

  1. heheh y no 1 tue ptg smlm ciktom br berlakon jgk..order air kelapa tp masam..order lambat sampai..hati geram gak tp ms cakap tetap senyum mintak tukar...hehee

    ReplyDelete
  2. assalam ujie..kenapalah makcik tu terlupa kewujudan Tuhan yang satu.kalau tidak mesti dia tak cakap sesedap lidah..sabar ye ujie..siapa yang kawen tak mau anak..cuba tanya dia..
    Ujian buat ujie lambat dikurniakan cahya mata..sabar..Insyaallah masa tu akan sampai teruskan berdoa..bertawakkal dan berusaha..acik dah alami smua tu..Alhamdulillah akhirnya dapat juga 3 hero..maasa ujie akan tiba In Shaa Allah

    ReplyDelete
  3. dtg follow :) slm pekenalan..jom join GA sha :)http://opzzpinky.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Kisah 2 mengingatkan JR pd diri sendiri yg pd mula kawin agak lewat dpt anak. Memang soalan2 tak sopan begitu sentiasa ada. Spt Ujie JR juga pelakon yg hebat, tapi bukan istri, air matanya sering berderai..Jgn jemu berdoa Ujie, Allah Maha Mendengar doa kita kerana bukankah Dia sendiri yg menyeru kita berdoa kpdNya? Dan berdoalah dgn sepenuh hati, tak apa menangis di depanNya.

    Semoga dugaan Allah akan berakhir tak lama lagi...

    ReplyDelete
  5. persoalan yg ke 2 tu dengar pun rasa macam nak marah kan...

    anak sedara ita kawen dah 2 tahun tapi masih takde rezeki..masalahnyer orang sibuk tanyer..nape lah susah sangat diorang nak faham...tu kan rezeki dari allah...

    rasanyer hari2 berlakon..penat jugak badan

    ReplyDelete
  6. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
    datang klik dan follow

    ReplyDelete
  7. sabar je la ujie..dah memang bukan rezeki..bukan tak berusaha.. dah jumpa doktor buat pemeriksaan?

    ReplyDelete
  8. CIK TOM:
    mmg marah mcm tu..dah le lambat, masam pulak.

    ACIK:
    ada pulak yg tanya kita..kau mmg tak nak anak ke? Pulaknya..
    Terima kasih atas semangat & doa Acik. :)

    JR:
    prmpuan mmg tak tahan dgn soalan menghiris hati, lelaki lebih kuat.
    Insya Allah..thanks doanya.

    EITA:
    Itulah masalahnya..terlebih amik berat.

    ReplyDelete
  9. kadang-kadang memang terpaksa berlakon untuk keharmonian hidup dan hati yang nyaman. Dalam kes 2 tu, Ikutkan hati nak belasah je dorang tu...

    ReplyDelete
  10. tak semua perlu berakhir dengan kekerasan dan kemarahan...

    ReplyDelete
  11. as salam

    tak tau nak cakap camne..nak suruh sabar..dah puas dah kita bersabar..tapi memang kena sabar jugak kan..dah nama pun ujian hidup...moga makbul impian kita nanti,in shaa Allah..eh pilihanraya bulan 12 eh..tetiba je alih topik..hins

    ReplyDelete
  12. btul tu kak ujie..walaupun kisah2 yg kak ujie bgtw ni xde kene pernah kena dekat natp bnyk kisah yg seakan sama dgn kisah ni da terkne kat na.

    ReplyDelete
  13. Ujie, kisah kedua tu lakonan yg paling perit utk dilakonkan. Mmg betul kata ujie, dulu masa muda2, saya pun langsung tak pandai berlakon. Kalau ada benda yg tak kena di mata, atau tak berkenan di hati, saya akan sound direct tanpa memikirkan dah airmuka orang lain. Skrg, dah makin belajar utk cover line supaya org tak tersinggung.

    *kalo saya jumpa makcik tu, saya takkan mampu berlakon. Mesti saya nak bagi ceramah kat dia plak.

    ReplyDelete
  14. Dalam kisah no 2 tu, memang saya kalau boleh nak luku aja kepala manusia macam tu. Terlebih ambil berat sampai guris hati dan perasaan orang lain/ Seolah olah rezeki itu manusia yang tentukan, kalau nak, terus dapat!

    ReplyDelete
  15. berlakon...skrg ni tgh blaja utk sabar..sbb ayut jenis sng nk melenting..huhuhu..mudah-mudahan mampu mengawalnya...amin :)

    ReplyDelete
  16. Ujie, yg nyata hidup memang pentas lakonan di mana kita semua adalah pelakonnya.. Nanti di padang mahsyar ada ulang tayang live punya...

    Cakkk! Jenguk jap..

    ReplyDelete
  17. TEA:
    adoi tea, main cakk pulak. dah dekat setengah taun menghilang.

    ReplyDelete
  18. ira pernah dgr someone cakap..dunia ni pentas lakonan n kita la sbg manusia ni pelakonnya..

    skrip tu bergantung pd pelakonnya..ada y buat cerita, ada y jujur dan mcm2 lagi la k.ujie..

    ira pn sll berlakon sbb nak jaga hati org...tp muka ira ni sbb nak tunjuk xsuka..hukhuk...kalo org y peka msti leh tau ira xsuka..huhu..my bad...xblh nak control..tp kalo tersedar cpt2 sengih blk..=.=

    ReplyDelete
  19. mmg selalu jugak terpaksa berlakon..hati memberontak nak melepaskan rasa yg sepatutnya..kdg2 terlepas juga amarah xpa disedari...

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...