Tuesday 16 October 2012

Kerepek Buah Bactris


Untuk percubaan pertama, saya guna sebiji buah je.

Dalam entri INI, saya ada ceritakan yang staf di booth MPOB bermurah hati beri saya setangkai buah Bactris. Tanaman spesis palma ini juga dikenali sebagai PAJIBAYA (sila rujuk SINI). Ia dah pun ditanam secara komersial di Pahang sejak beberapa tahun lalu.

Mula-mula saya rendam buah ni dalam air bercampur garam selama beberapa jam bertujuan nak hilangkan kesan racun. Sebabnya staf tadi dah berpesan yang buah ni kena bersihkan betul-betul, mungkin sebab dah banyak semburan. Lepas tu saya buangkan kulitnya yang nipis tu. Kemudian isinya dihiris nipis. Tapi agak susah sebab buah ni kecik je kan. Oh ya, isi buah ni rupa seakan keledek tapi lembut. 

Saya goreng kosong je, tak letak apa-apa. Rasanya? Lemak-lemak...macam makan kerepek sukun kegemaran saya! Lepas ni bolehlah habiskan buah yang ada ni jadi kerepek. 

*bagi yang nak tahu lebih lanjut mengenai Bactris, sila KLIK DI SINI.


22 comments:

  1. as salam,
    saya rasa saya penah makan yang rebus..msa tu sepupu bagi sbb dia keje ..tak pasti tp maybe buah yang sama..

    ReplyDelete
  2. TIHARA:
    betul la tu kot..buah ni mmg boleh direbus utk mkn. sbb dia mcm ubi keledek. Lg pulak kat pahang mmg dah ada dikomersialkn.

    ReplyDelete
  3. Buah ni boleh makan rupanya. Selalu nampak kat pokok. Racun tu hanya sebab org sembur je kan? Buah ni yg sebenarnya tak beracun kan?

    ReplyDelete
  4. LYD:
    Racun sbb semburan je. Tapi jgn silap pokok pulak lyd, kot rupa je sama tapi pokok lain yg buahnya betul2 beracun..naya!

    ReplyDelete
  5. Kakak belum jumpalah Ujie walaupun kakak org kampung. Bila dah semakin dikommersialkan kelak baru kakak tahulah agaknya.

    Nampak sedap bila Ujie kata macam sukun, akak pun suka sukun.

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan pun... mesti sedapkan....

    ReplyDelete
  7. Macam pernah tgk buah ni tapi tak pasti kalau ia buah yg sama...
    macam kerepek ubi..sedapnye...

    ReplyDelete
  8. buah ni macam buah pokok pinang hiasan pulak bila tengok sekali lagi...
    kalau macam buah sukun, sedap tu...:)

    ReplyDelete
  9. macam keledek pun ade gak kak..hehehe..tak cicah ngan apa2 ker??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. x penah makan..tp kalau dah rasanya macam kepek sukun memang sedap la

    ReplyDelete
  11. tak sangka buah ni pun boleh dikerepekkan!

    ReplyDelete
  12. Buah ni pernah nampak tapi tak tau kegunaannya....

    ReplyDelete
  13. nampak macam sedap..pos sini sikit kak..lapor ni..
    hehehhe

    ReplyDelete
  14. mcm sedap.....

    mana nak dapat buah ni. baru kenal la ngan buah ni sis

    ReplyDelete
  15. AZLAN:
    dah jd kerepek takde cicah2 dah..^_^

    EITA:
    mana kenyang mkn sikit ni eita..:)

    TP:
    staf MPOB ada kata, kalau berminat dgn pokok ni boleh dapatkan kat MPOB.

    ReplyDelete
  16. owh... boleh jadi kerepek yerrr...

    nanti nak suruh org rumah buatkan

    ReplyDelete
  17. Baru tahu buah nie,cantiklah buah nie.

    ReplyDelete
  18. kalau akak kata rasanya cam sukun... mmg sedap tu. * dah laa tak makan sukun... terliur plak dah.

    ReplyDelete
  19. terima kasih diatas info tu sis MPOB eh

    ReplyDelete
  20. 1st time dengaq nama buah ni :)

    ReplyDelete
  21. first time denga nama buah ni..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****