Thursday 25 October 2012

Kenangan: Lembu Korban

Masa tinggal di asrama sekolah menengah, saya pernah beberapa kali tak balik menyambut Aidiladha bersama keluarga. Sebabnya cuti cuma beberapa hari, tak berbaloi pulak nak balik (dari/ke Seremban-Pontian). Ada sekali tu saya ikut kawan balik (sebab bapanya ambil/hantar) dan sekali lagi tu tinggal kat asrama dengan kawan-kawan lain yang sama-sama tak dapat balik. 

Pagi raya tu berderai jugaklah airmata bila takbir berkumandang dari surau sekolah. Entah apa-apa...asal takbir raya je nak sedih! Pagi tu menu sarapan di Dewan Makan bertukar jadi menu makanan raya, jadinya dapatlah makan ketupat dan lemang jugak. Lepas tu solat sunat hari raya ramai-ramai di surau sekolah. 

Kebetulan tahun tu ada cikgu-cikgu yang buat ibadah korban. Jadinya buat pertama kalinya dapatlah saya menyaksikan sendiri macamana nak sembelih lembu. Tapi sebelum dapat dikorbankan, lembu ni dah lari sekeliling padang! Jenuhlah budak-budak lelaki dan cikgu-cikgu mengejar lembu tu, ada jugak yang kejar dengan naik motor. Memang susah nak ditangkap semula dan ambik masa yang lama jugaklah. Bila dah dapat, bermulalah bahagian yang saya sedikit gerun. Nak tumbangkan lembu tu pun saya tengok macam kesian, tapi sebab nak ambil pengalaman saya kuatkan diri tengok semua tu. Tiba masa sembelih, darah lembu yang banyak tu sampai terpercik kat kami yang jadi tukang tengok (kedudukan agak jauh jugak). Terkejut dan ngeri sekejap. Bab darah ni memang ngeri. Tak tunggu lama cepat-cepat saya balik asrama nak cuci baju yang kena darah lembu tu.

Itu jelah kali pertama tengok lembu kena korban dan tak pernah tengok lagi sampai sekarang. Kalau korang yang lelaki mesti dah biasa tengok kan? 


**************************************************
Lagi beberapa jam nak bertolak ke Johor. Balik rumah mertua dulu lepas tu baru balik rumah mak sendiri. Insyaallah hari Sabtu ni ada rombongan dari Perak datang berkunjung, bakal dapat adik ipar yang terakhir.
SALAM AIDILADHA & SELAMAT BERPUASA BAGI YANG PUASA SUNAT HARINI!

18 comments:

  1. selamat hari raya aidiladha ujie..

    saya ngeri nak tengok orang sembelih..takut jatuh kesian pulak.. so saya tak tengok..lapah lembu tengok la..hehehe..

    ReplyDelete
  2. dulu masa kecik2 yela dapat tengok.. tengok dekat surau time orang2 surau bergotong royong nak sembelih lembu. dalam hati memang kata kesian la.. tapi katanya tak boleh kata kesian.. nanti tak boleh nak makan.. err, macam tu lah kot.. pernah sekali lembu nak di buat korban terlepas, satu qariah kecoh.. kebetulan saya tengah main dengan sepupu dan saya pakai baju warna merah.. lembu tu lalu sebelah.. nasib baik tak kena kejar..

    sekarang dah besar ni, malas pulak nak tengok.. hehe

    ReplyDelete
  3. Sy onh nmpk darah tu memancut-mancut ms saat disembelihkan. Pas tgk je darah memancut kuar, pandangan sy terus jd berpinar. Sekeliling tu mcm gelap je. Nsb bek kuat smgt, tak jadi pitam. Klu tak, mst dah tumbang. Sy tak ley tgk darah. Semacam perasaan la.. Adoi! Tapi kan, klu tulang lembu tu terus dibuat sup...adoi mak.

    Eh, cerita sy tersasar-sasar lak. Selamat raya korban Ujie!

    ReplyDelete
  4. izan first time tgk lembu kena sembelih beberapa thn lepas. kebetulan kami buat aqiqah kat umah MIL masa tu. buat plak depan umah... alahai... rasa sayu plak bila tgk lembu tu mcm meronta masa disembelih.

    salam aidiladha juga buat kak ujie~ hati2 bila memandu pulang ke kg ye...

    ReplyDelete
  5. selamt hari raya aidiladha juga ye

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. lawak jugak darah terpercik tu. [ceh, padahal org tengah cerita pasal kisah ngeri, aku kata kelakar]. Eh, tak.. yg kelakar bila lembu tu lari keliling padang. Kalo time tu ada henfon satu sorang, mesti dah kuar youtube adegan kejar mengejar tu.

    Selamat pulang beraya ujie. Hati2 di jalan raya ye. Saya patutnya dah balik dah ni. Tapi husband saya bizi last minute, so kena tunggu dia siap keja dulu.

    ReplyDelete
  7. x penah tengok masa korban.kalau time kenduri penah la tu pun tengok dari jauh je.memang susah nak tumbangkan lembu kan.kuat betul kudrat lembu ni..

    wah nak dapat sedara org perak ye

    ReplyDelete
  8. assalam ujie..acik pun pernah tengok dari jauh je..
    salam aidiladha..semoga selamat diperjalanan

    ReplyDelete
  9. saya sekali pun tak pernah tgk org sembelih lembu..takut. lagi2 tgk darah memang takleh tahan.

    Selamat hari raya korban kak :)

    ReplyDelete
  10. kenangan terindah ;)
    ^^selamat hari raya aidil adha ^^

    ReplyDelete
  11. sampai sekarang tak pandai nak lapah lembu.. Salam Aidiladha.. =)

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya aidiladha kak..

    seumur hidup ita...ita tak pernah lagi tengok macamana....

    waaa...best lah tu nak dapat adik ipar...

    ReplyDelete
  13. as salam

    salam aidil adha ujie..
    saya ada dua kali tk celebrate raya haji ni..masa kat upm sekali dan yg paling sedih masa 2010, raya kat sepital teman mak yg nak kena operate 2 hari lepas raya haji..

    ReplyDelete
  14. hehehe
    kenangan tu
    selamat hari raya aidiladha

    ReplyDelete
  15. akak mmng tak berani tengok acara korban tu....takut dan ngeri...
    Salam aidiladha utk ujie dan fmly...

    ReplyDelete
  16. bab2 kejar lembu nie boleh jadi kelakar dan boleh jadi takut gak..saya pernah kejar lembu yang tak redha untuk disembelih nie..at the end bila selesai ibadah korban semua tergelak balik bila cerita pasal kejar lembu tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. aiyarrkkk...tak pernah tgk live dpn mata...sy ni jenis kesian kat binatang.....xboleh..nmpak anjing kena lenyek lori pun sedih

    ReplyDelete
  18. Dulu waktu sklh duduk asrama ada juga beraya kat sklh.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****