Monday 22 October 2012

From Kampung Boy To CEO

From Kampung Boy To CEO

Tajuk: Fearless: From Kampung Boy To CEO
Penulis: Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim
Penerbit: Menteri Besar Incorporated
Harga: RM25
Muka surat: 75


Buku ini baru saja dilancarkan bulan lepas, nipis tapi padat dengan 'isi' yang cuba disampaikan. Sekali tengok terasa mahal (cuma 75 muka surat untuk RM25), tapi sebenarnya bersesuaian dengan helaian kertas berkualiti tinggi yang digunakan. 

Mulanya saya sangkakan ia sekadar sebuah buku memoir Tan Sri Abdul Khalid. Rupa-rupanya ia lebih daripada itu. Bagi saya buku ini juga adalah sebuah buku motivasi kepimpinan, iaitu bagaimana untuk membentuk diri menjadi pemimpin organisasi yang baik. Menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dan turut bercampur Bahasa Melayu, gaya penyampaian buku ini sangat santai dan seronok membacanya! Tak rugi membeli, tambahan lagi hasil jualan buku ini juga turut akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.

Sinopsis
Bermula dengan menjual kelapa salai dan peristiwa kebakaran rumah salai tersebut, seawal usia 12 tahun beliau mula belajar erti tanggungjawab. Akhirnya selepas 21 tahun, iaitu pada tahun 1979 beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad. Dan akhirnya kini menjadi Menteri Besar Selangor ke-14.

Petikan Buku
The workers were very good at music; one even played an organ. They didn't believe in karaoke, and at that time, how could u have a karaoke set in an estate? It was live music all the way! At some stage of the night, I was asked to sing, and the workers asked me, what key was I going to sing? I tell you - I can mingle with my staff, joke with them, talk but SING? So I had no choice but to learn and the only song I sang at these parties was 'Widuri'. I practised really hard!



p/s: Tak kisahlah beliau dari parti mana, paling penting kita kutip pengalaman dan tips/motivasi yang membawa beliau menjadi seorang pemimpin korporat dan kini pemimpin kerajaan negeri.






.

15 comments:

  1. nnti share citer ye

    ReplyDelete
  2. buku macam ni yang aku suka.

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak utk dibeli. Tapi ada banyak sangat buku yang saya dah beli tapi belum baca.. Adoi... Mood nak membaca ni kadang2 ada pasang surut.

    ReplyDelete
  4. bukan senang nak jadi pemimpin yg hebat kan... dan bukan parti mana yg jadi sandarannya.

    ReplyDelete
  5. setuju..bila ad ilmu..ketepikan hal yang satu tu

    ReplyDelete
  6. yg penting nilai motivasi yg dikongsikan tu...
    p/s:metered earning(ME) tu iklan buffering earning(BE) yang dah tamat...:)

    ReplyDelete
  7. macam buku motivasi lah ni ye kak?

    ReplyDelete
  8. bagusnya..
    selalu teringin nak baca buku2 camni,
    tapi beli sekadar beli..
    Entah bila terbaca,,
    hee

    ReplyDelete
  9. FARA:
    nipis, santai..kejap je abis baca.

    EITA:
    yup, byk kata2 dan tips utk jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  10. dr hari tu sy plan nak cari...tp sampai ke sudah x singgah kedai buku...huhu...tp on my list dah

    ReplyDelete
  11. saya rasa tan sri khalid seorang ahli perniagaan yg hebat..tgk lah dia jadi MB selangor..

    ReplyDelete
  12. RAI:
    org lain femes lps masuk politik, tp dia mmg dah femes sbg ahli korporat yg berjaya..then baru masuk politik utk dpt kuasa mentadbir negeri. Lain dari yg lain!

    ReplyDelete
  13. saya jarang membaca buku nie tapi content buku nie cam menarik utk dibaca..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****