Monday 24 September 2012

Pendarahan Selepas HSG

Sedikit pengenalan bagi yang belum tau apa tu HSG. HSG (singkatan bagi Hysterosalpingography) adalah ujian x-ray untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia antara ujian yang perlu dilalui bagi megetahui punca/sebab seseorang itu gagal hamil. Semasa ujian ini 'dye' akan disuntik ke dalam rahim. Ia akan mengalir ke dalam saluran peranakan dan ke ruang pelvis. Untuk info lanjut korang boleh KLIK DI SINI dan DI SINI. 

Entri ni saya nak ambil perhatian bagi sesiapa yang ada mengalami pendarahan (sedikit atau banyak) selepas HSG. Bagi kita orang Islam, bila berlaku pendarahan begini ada dua perkara yang biasa difikirkan iaitu berkenaan MANDI WAJIB dan SOLAT. Bolehkah solat sedangkan masih ada pendarahan dan perlukah mandi wajib lepas darah tersebut berhenti? Jawapannya berikut:

MANDI WAJIB tidak perlu dibuat kerana darah yang keluar adalah darah istihadah (iaitu darah yang keluar dari faraj perempuan bukan semasa haid atau nifas). Darah istihadah tidak termasuk perkara-perkara yang mewajibkan 'mandi wajib'. Oleh sebab ia darah istihadah, maka tiada larangan untuk SOLAT seperti orang yang haid/nifas. Maksudnya wajib solat macam biasa. Bagaimanapun orang yang beristihadah perlu berwuduk hanya apabila telah masuk waktu solat dan setelah membersihkan darah berkenaan (serta guna 'tuala wanita' yang baru). Lepas tu terus bersolat, tak boleh menunggu. Maksudnya tiap-tiap kali nak solat mesti ambil wuduk dan bersihkan darah tadi. Boleh fahamkan? Jawapan ni sama jugak kalau ada yang alami pendarahan masa hamil. 

(olahan jawapan: buku Indahnya Hidup Bersyariat)


p/s: Ni bukan cerita orang perempuan je ya. Orang lelaki pun mesti tau sebab lelaki pemimpin rumahtangga :)

19 comments:

  1. baru saya tahu....bertambah lagi pengetahuan ari ni..:)

    ReplyDelete
  2. betul..lepas hsg mmg darah akan kuar..masa tu dah mmg tau pasal hukum darah ni.balik umah terus mandi n solat mcm biasa..nice sharing.utk pengetahuan sesama kita..

    ReplyDelete
  3. Ooo... kalo masukkan dye tu boleh menyebabkan pendarahan ye? Ujie pernah buat ke ujian ni?

    ReplyDelete
  4. Betul mereka yg istihadhah wajib bersolt/puasa tapi tidak boleh simpan wudhu'. Setiap kali mahu menunaikan kena ambil wudhuk yg baru.

    ReplyDelete
  5. Thanx for sharing..
    Untuk pengetahuan kita bersama..

    ReplyDelete
  6. errr..
    macam ngeri jer dgr..
    hehehe

    ReplyDelete
  7. arr takutnya hsg..btw nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  8. bagusnya ujie kongsi pasal ni..

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana berkongsi info. :)

    ReplyDelete
  10. LYD:
    rasanya bkn sbb 'dye', tapi sbb prosedur tu sendiri.

    ReplyDelete
  11. ujie buat prosedur ni ke?

    kes ni macam pendarahan yg berlaku kalau doktor nak check bukaan rahim tu la kan..

    ReplyDelete
  12. baru tahu ....
    terima kasih ujie.. kongsikan..
    iyerlah org lelaki pun patut tahu kan..

    ReplyDelete
  13. Saya baru buat harinie...selepas balik terasa sakit sgt2 dan 2x tukar tuala wanita...itu normal ka doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya bukan doktor. Saya jawab ikut apa yang saya tahu - pendarahan selepas HSG adalah normal. Perlu tukar tuala wanita setiap kali nak solat. Tapi jika berlarutan selama berhari-hari, eloklah puan jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya.

      Semoga Allah permudahkan urusan puan.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****