Thursday 6 September 2012

MD2


Pertama kali saya merasa kemanisan buah nenas MD2. Manis dan tak lidas! Nenas ni saya tak beli, tapi ada orang bagi. Mari kita berkenalan dengan nenas MD2 ni...

Varieti: Golden Sweet (MD2) / Nanas Manis MD2
Nama gelaran lain: Dinar Pineapple (di negara Arab), Miss Dole (di negara-negara lain)
Asal: Ia varieti nenas kacukan yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Nenas di Hawaii.
Ciri-ciri: 
- berat di antara 1.3kg hingga 2.5kg sebiji bagi yang bersaiz sederhana atau besar. (Yang saya dapat ni rasanya kategori saiz kecil).
- warna kuning keemasan dan mempunyai mata besar.
- isi warna kuning, manis, padat dan tinggi kandungan fiber.
- tidak mudah rosak.
- 4 kali ganda lebih tinggi kandungan vitamin C.

Nenas jenis ni ditanam untuk tujuan eksport disebabkan permintaan yang tinggi dalam pasaran nenas segar dunia. Saya tak pasti berapa harganya jika ada dijual dipasaran tempatan. Disebabkan ia untuk dieksport, siap ada tunjuk cara potong buah ni.

Lepas potong, boleh terus makan. Memang tak lidas.

(Sumber fakta: mpib.com & anim agro tech.)

20 comments:

  1. sedapnya tgk nenas ni..tgk warna pun dah tau manis

    ReplyDelete
  2. Nanas ni tentu banyak kat Pontian kan Ujie...

    ReplyDelete
  3. saya biasa biasa je dgn nanas..tapi herannya kan.. time pregnant especially teringin nak makan.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. MIE:
    Kebetulan..yg saya dpt ni mmg dari Pontian.

    RAI:
    Teringat yg rai citer mkn nenas tu..:-)

    ReplyDelete
  5. Ujiee... huhu.. nak sikit. Masa dari awal preknen sampai skrg, nenas la yang paling saya teringin nak makan. Kat mana nak beli ni? Lidas tu yang gatal lidah tu ek? Macam nama saya pun ada. heheh.

    ReplyDelete
  6. LYD:
    Hahaa..ada la mcm nama lyd skit..LIDas. A'ah..yg rasa mcm gatal/tak selesa lidah lps mkn nenas. Tak pasti tu bhs Jawa atau Melayu.

    Lyd mcm Rai..time gini la dok teringin nenas. kalo mak lyd tau mesti kena marah tau.
    *sorry, tak tau MD2 ni ada jual kt mana la..yg ni utk eksport.

    ReplyDelete
  7. suka nenas weh.. nak sikit... boleh beli kat mana yerk,....

    ReplyDelete
  8. wow..sdpnye ni.ltk dlm peti, mkn sejuk2...hihi

    ReplyDelete
  9. mcm tu cara dorang potong nenas....

    bezanya hanya saiz dan rasa lebih manis yer sis

    ReplyDelete
  10. klau jenis yang tak gigit lidah tu sedap lah jugak makan...

    ReplyDelete
  11. lidas tu ape kak??yang macam tajam2 tu ek..1st time dengar pasal nenas nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. mcm sedap je kak..rasa nak makan juga ni,heheee

    ReplyDelete
  13. CHO ZILA:
    baru je ada yg bagitau, MD2 ada jual di Jusco. tapi rege mahal..

    TP:
    yup..yg ni manis boleh mkn terus. yg lain biasa masam, sesuai utk masakan atau ditinkan je.

    EITA:
    yg jenis ni mmg tak gigit lidah..akak sebut tak lidas. ^_^

    AZLAN:
    hehe..akak dah buat entri maksud lidas..

    ReplyDelete
  14. Slurrppp! Slurrrppp! Ishh...meleleh sy dibuatnye!!!

    ReplyDelete
  15. alamak kupas nenas pun saya tak berapa terer...hehee.suka gulai nenas ikan masin.tp kalau yg mcm ni mmg sedap dimkn begitu saje.

    ReplyDelete
  16. wahhh tinggi jugak vitamin c tu 4 kali ganda...

    ReplyDelete
  17. padu! suka juga buah nenas ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****