Friday 14 September 2012

Jom 'Check': Bagaimana Cara Kita Memandang Alam

Mari kita tengok kedua-dua gambar berikut...

Gambar (1): Pokok biasa.

Gambar (2): Pokok dengan bentuk kalimah 'ALLAH'.
(sumber: Google)

BIASANYA...
Bila lihat gambar (1), orang tak kata apa-apa. Paling-paling pun mungkin akan kata 'Cantiklah!'.
Bila lihat gambar (2), orang akan kata 'Subhanallah!' dan anggap ia kebesaran dan kekuasaan Allah. Lalu mulalah sekeping gambar ni disebarkan di internet dek kerana kagum dan rasa pelik.

Sekarang mari kita tonton video ni. Sila beri tumpuan untuk faham ya.

Lepas ni, ubahlah cara kita memandang alam ini. Pandanglah menurut pandangan Al-Quran, bukan dengan pandangan mata biasa kita. Setiap kejadian alam adalah tanda kekuasaan dan kebesaran Allah, tak kira samada terdapat kalimah 'Allah' atau yang tiada. 
------------------------------------------------------------------------
Selama ni saya rasa ada sesuatu yang tak betul bila orang ramai sibuk menyebarkan gambar pokok atau apa saja yang berbentuk kalimah 'Allah'. Tapi saya takde point untuk berkata-kata. Penemuan video di atas benar-benar mampu menjawab persoalan saya. Memang tak salah sebarkan gambar begitu, tapi lama-kelamaan ia membuatkan umat Islam hanya memandang sesuatu yang pelik tu saja sebagai tanda kekuasaan dan kebesaran Allah. Terima kasih kepada IPRODUKSI yang menghasilkan video bermanfaat ini!

16 comments:

  1. walaupun tak dpt tgk video tu, tapi saya rasa saya faham maksud ujie. Ye lah.. kita ni kalo nak kagum dengan kekuasaan Allah pun nak tunggu benda2 aneh berlaku. Kalo benda2 yang biasa2 je kita tak rasa apa2.

    Kalo kt FB lagi la.. bila gmbr mcm tu tersebar, ayat org yg post tu mesti mcm ni, "like jika anda nampak kekuasaan Allah".. Eii.. geram je rasa.

    ReplyDelete
  2. 5 star utk iproduksi sbb create video yang betul2 hebat yang boleh menyedarkan betapa kita alpa dengan kekuasaan Allah.Setiap kejadian alam adalah tanda kekuasaan ALLAH bukan semata2 ciptaan tersebut mempunyai kalimah Allah atau tidak

    ReplyDelete
  3. LYD:
    iyelah..nyampah je dgn ayat gitu. lps tu ramai pulak yg dok like.

    SHAHZEE:
    syukur ada org yg mampu hasilkan video hebat ni. kita sbnrnya tau ayat2 quran tu, tapi terlupa/alpa..

    ReplyDelete
  4. Kakak nak bagi anak-anak kakak tengok video ini Ujie. Selalu kalau yg dari FB kakak dah dapat tapi ini belum so terima kasih sebab kongsi di sini..

    ReplyDelete
  5. terima kasih..setuju sangat dengan apa yg ujie cakap..sampai pada satu tahan saya ada jugak rasa yg gambar2 yg "kebetulan" mcm kalimah Allah atau muhammad tu diada adakan..

    mcm diorang terbalikkan logo coca cola jadi kalimah tu..jujur..saya tak pernah like gambar begitu.. bukan tak kagum..tapi mcm yg ujie cakap ni lah..

    ReplyDelete
  6. KAKZAKIE:
    Insya allah video ni mudah bdk2 paham.

    RAI:
    mmg saya pun terfikir yg sama..kot ada yg saje create sbb syok nk org like. maklum je skrg mudah nk edit.

    ReplyDelete
  7. alaa..... tak blh tgk video ni.. nak kene bukak kat rumah ni.. ka opis ni.. video mmg tak blh tgk apetah lagi you tube.. tq kongsikan...

    ReplyDelete
  8. terima kasih sbb share video ni :)

    ReplyDelete
  9. haah betui tu..tengok tasik yang dikelilingi kehijauan pun dapat rasa kebesaran Allah..mungkim diorang lebih takjub kalau ada kalimah Allah..kalo takde buat dek je kan..gambar 1 tu cantik, nice picca :)

    ReplyDelete
  10. hari2 yg kita lalui tu semua tu menunjukkan betapa besar nye ciptaan allah....


    dlm fb banyak sangat benda2 macam ni...

    ReplyDelete
  11. xlepas nak loading video...tenet semput..mmg betul semua ciptaan Allah kat muka bumi ni tanda kekuasaan Dia. Dia mampu mencipta apa sahaja yang dikehendakiNya...:)

    ReplyDelete
  12. maaf yna xdpt view video tu..ngn fon je pun..huhu..tp yna stuju sgt dgn apa yg k.ujie kata..org kita bl tgk yg ajaib2 yg pelik2 ni baru nak rasa kekuasaan Allah tu..yana dulu pn g2 gak..dulu kat unisza ada pokok yg akar dia jelas kalimah Allah tu..yna n kwn2 ciap ambk gmbr lg uplod kt fster ms 2..tp pokok 2 mmg phk univsti pagar la tkut ada yg bt bkn2 kot..

    ReplyDelete
  13. loading lambatnyer..
    huhuh...

    kdg2 rasa insaf dengan alam semulajadi..
    Dia mampu mencipta apa sahaja yang dikehendakiNya...:)

    ReplyDelete
  14. bgusnye video nie..
    btul tue, sumer yg ade kat dunia nie adalah tanda kebesaran Tuhan.. ^_^

    ReplyDelete
  15. sifat2 kebesaran ALLAH.

    terasa sayu jiwa bila melihatnya sendiri (bukan dari gambar atau video) dari internet

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****