Monday 3 September 2012

Hari Ahad Yang Padat

Cuti 3 hari yang padat! Hari Jumaat seharian di Perak, Sabtu dah mula terima kunjungan keluarga pakcik sebelah suami dari Johor, dan Ahad....

Lebih separuh hari dihabiskan di Kolej Ke-11, Universiti Malaya (UM). Tiba kira-kira jam 9.30 pagi dan bergerak balik jam 2 petang. Tujuan ke sana untuk bersama-sama keluarga pakcik menghantar anaknya untuk pendaftaran pelajar baru. Kiranya saya dan suami jadi penunjuk jalan untuk ke UM. Padahal takle mahir pun jalan-jalan di KL ni, tapi dengan bantuan GPS Alhamdulillah takde masalah.


1) Lepas mendaftar, ibubapa kena dengar taklimat dlm dewan Kolej Ke-11 (Kolej Kediaman Ungku Aziz).
2) Lepas tu taklimat lagi...masih untuk ibubapa di Dewan Canselor (tempat lain), kena naik bas yang disediakan. Sementara tu saya pun ikut sepupu masuk ke bilik dia, hantar & kemas barang. Ni bangunan luarnya.
3) Sebilik untuk 4 orang. Sama macam saya kat UPM dulu. Cuma almari tu comel sangat.
4) Yang bestnya, ada balkoni yang menghadap hutan. Saya suka tengok hutan..

Masa beberapa jam selebihnya cuma duduk melepak kat bangku-bangku di sekitar kolej kediaman. Jadi agak letih sebab semalam kebetulan cuaca panas terik. Pukul 1 lebih barulah bas yang membawa ibubapa dari Dewan Canselor tiba. Pukul 2 petang kami bergerak balik rumah kat Bangi.

***************************************************
Sampai rumah, solat dan rehat kejap. Lepas tu acara wajib, bawa keluarga pakcik ke Pusat Pemborong Nilai 3. Dekat je dengan rumah saya, kira-kira 10 minit memandu. Sebelum tu saya dah bagitau mereka, harini susah nak dapat harga rendah sebab hari Ahad ramai pengunjung ke Nilai 3. Jadinya cuma beli barang yang mereka tau harganya memang rendah dari di Johor. 


Selepas beli barang, kami makan di medan makan Nilai 3.
1) Makan mee sup daging. Rasanya biasa-biasa je kat tekak saya ni, tapi habis gak makan.
2) Nilah rupa tempat makannya. Nilai 3 dah glamer, tapi tempat menjamu seleranya masih tak naik taraf. Harap-harap ni cuma sementara, sebab nampak banyak lagi binaan sedang rancak dibuat.

Lepas makan, kami hantar mereka ke plaza tol berhampiran. Berpisah di situ. Dah maghrib pun, balik rumah buat apa yang patut. Lepas Isyak ke rumah adik saya pulak, di kawasan yang sama sebab dia jemput makan-makan. Jemputan orang tak baik ditolak. Penat tapi lega semua urusan selesai!

13 comments:

  1. ermm saya baca pun dah tau mesti penat sesangat..sama mcm kat kolej dulu 1 bilik 4 orang tapi loker besar.yg ni cenonet je hehehe

    ReplyDelete
  2. assalam ujie..acik kalau kenilai 3 memang tak pernah makan..sanggup acik keluar dari sana baru cari tempat untuk makan

    ReplyDelete
  3. gambo kecik2 tak puas tgk heeehehehe

    owh berjalan raya betul utk 3 hari ni....ujie

    ReplyDelete
  4. wah...pack betul jadual akak nie..sy dah dapat bayangkan betapa penatnya akak aritu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Balkoni menghadap hutan bahye tu. Kang ade munyit. Kihkih...

    Jadi, pakcik ujie beli apa je di Nilai?

    ReplyDelete
  6. SHAHZEE:
    hahaa..baca pun dh penat eh..

    ACIK:
    saya pun tak penah, sbb rumah dekat je. 1st time pegi sbb bwk sedara ni.

    TP:
    saje tak buat besar, cerita biasa2 je..takut org boring.

    AZLAN:
    mmg tersangat penat..

    LYD:
    saya rasa pun mesti byk monyet tu..

    pakcik beli 2 set 'partition' buluh. kalau kat johor rm100++. Nilai3 dptla rm75. saya beli sblm tu cuma rm60 (pegi hari bekerja).

    ReplyDelete
  7. Kalau saya... penat seharti kena ganti rehat tidur 2 hari he he hehh

    ReplyDelete
  8. teringat zman dok hostel dulu...dok asrama lama, almari ngan katil ngan meja kayu...sekarang besi suma...
    penat tapi berbaloi bila bersama familykan...:)

    ReplyDelete
  9. ita baca pun dah penat ni....
    heheheh....

    hutan mendamai kan

    ReplyDelete
  10. saya tk penah g lg um tp kalo ukm pernah lah dulu..nilai pon tk nah g jugak..sian kan :)

    ReplyDelete
  11. TIHARA:
    Ala..nilai3 tu best utk perabih duit je. rambang mata. Mmg elok tak pegi..bkn murah mana pun tiha.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****