TERKINI di Almari Baju Aisyah :

Thursday, 27 September 2012

Doa Dalam Sujud

(Sumber: Google)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:
"Keadaan yang paling dekat antara hamba dengan tuhannya ialah ketika dia sedang sujud. Maka perbanyakkan berdoa."
(Riwayat Muslim)

Sujud merupakan antara saat yang paling mustajab untuk berdoa. Ia tidaklah terikat untuk berdoa pada sujud terakhir dalam solat kita sahaja, tapi boleh dilakukan pada setiap sujud di setiap rakaat. Bagaimanakah caranya? Sewaktu sujud selepas kita membaca zikir untuk sujud, bolehlah kita membaca doa. Samada doa yang telah diajarkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, antaranya seperti berikut (maaf cuma mampu tulis maksudnya, tak dapat tulis Bahasa Arab):

"Ya Allah, ampunilah dosaku kesemuanya; kecil dan besarnya, yang lama dan yang baru, yang nyata dan yang tersembunyi."

atau kita juga boleh berdoa untuk lain-lain hajat. TETAPI jika kita berdoa dalam Bahasa Melayu (selain Bahasa Arab) kita cuma boleh berdoa di dalam hati. Sebab terdapat perbezaan pendapat mengenai hal ini, jadinya yang paling selamat adalah berdoa dalam hati. 

*Peringatan..kalau kita yang jadi imam, jangan pulak sujud lama-lama sebab berdoa. Kenalah meraikan keadaan makmum yang lain. Mana tau ada makmum yang tak dapat nak sujud lama-lama.


p/s: Perkara ni dah tau dan amalkan masa zaman duduk asrama dulu, tapi makin lama saya macam melupakannya. Syukurlah terbaca dalam majalah Gen-Q, refresh balik. Manusia..sering lupa walau dah tau. 

16 comments:

  1. iye.. hanya pada allah kt bersujud dan mengadu.. krn dia maha mendengar...

    ReplyDelete
  2. Masa yg baik kita berdoa dgn sujud memohon kpdNya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas entri ni kak. byk perkara yg kita dah tau tapi kalau tak diamalkan mmg boleh lupa...

    # sori ye kak... lama sangat izan tak singgah sini. jgn merajuk eh...

    ReplyDelete
  4. ujie,
    berlaku kekonfiusan sikit..sujud tu mana2 sujud ke sujud akhir ek..yg saya biasa dengar sujud akhir..tapi sujud lain ok gak ke?

    ReplyDelete
  5. IZAN:
    betul, tu yg bak refresh ni.
    *takpe..izan kn dlm pantang lagi. :)

    RAI:
    mmg biasa kita tau utk sujud akhir je kan, tapi sbnrnya mana2 sujud pun boleh. takde hal.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, sbb tu bagus kan majalah macam tu..boleh share dgn kawan2 yg tak sempat nak baca..at least mana tau org lain jadi lebih baik dari kita.. :)

    ReplyDelete
  7. saya ingat dalam sujud terakhir je boleh berdoa....dalam setiap sujud rupanya boleh...

    ReplyDelete
  8. pinjam lagi....nak share kat FB (dah post sebelum kebenaran diberi)hihihihi

    ReplyDelete
  9. yana pun sama..igtkan dlm sjud akhir jer bleyh doa ..huhu..thanks kak..

    ReplyDelete
  10. bagus jugak akak share sini....
    boleh lah tau sikit2

    ReplyDelete
  11. Sebab itulah Ujie kalau di Raudhah masjidinabawi polis wanita dia kalau kita berdoa dgn tadah tangan tak boleh lama-lama dia akan halau, tapi kalau kita berdoa secara sujud lama mana pun dia tak halau.

    ReplyDelete
  12. TP:
    dialu-alukan..:)

    KAKZAKIE:
    oh..camtu ya. untungla akak dah dpt ke sana. ^_^

    ReplyDelete
  13. Jgn kedekut berdoa...Allah suka kita meminta pertolonganNya..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...