Friday, 3 August 2012

Tarawih...Secebis Kenangan Lalu

(sumber: google)

Bila tiba bulan Ramadhan, kenangan di zaman sekolah (asrama) pasti menjengah diingatan. Antaranya kenangan semasa solat tarawih. Solat tarawih berjemaah untuk semua pelajar putera (lelaki) dan pelajar puteri (perempuan) diadakan di dalam Dewan Besar sekolah. Sebab surau yang ada tak mampu menampung kesemua pelajar untuk solat bersama. 

Rutin harian, balik sekolah tengahari kemudian wajib menghadiri kelas persediaan (biasa sebut 'PREP.' iaitu 'preparation class') pada pukul 3pm hinggalah waktu Asar menjengah. Lepas solat Asar baru boleh buat aktiviti sendiri...nak tido ke, basuh baju atau lepak kat beranda asrama dengan kawan-kawan. Tu pun tak lama, pukul 6pm dah ke Dewan Makan beratur ambil makanan untuk berbuka. Rutin yang agak ketat ni membuatkan ramai yang letih, termasuk saya jugak.

Kesannya bila tiba waktu solat Tarawih, ada bermacam ragam. Solat pulak 20 rakaat, ada pulak imam yang baca surah agak panjang. Mulalah ada yang terhangguk-hangguk ke depan masa berdiri tu. Ngantuk! Kadang sampai siap melangkah ke depan masa tengah layan ngantuk tadi. Kawan kat sebelah pulak jadi tak khusyuk sebab nak tergelak tengok gelagat orang mengantuk. Tapi yang paling lawak bila ada yang sujud tak bangun-bangun! Ada yang cepat 'terjaga' sempatlah berdiri balik untuk rakaat kedua. Ada jugak yang tak sedar (masa sujud terakhir) terus sujud sampai imam bagi salam. Kenalah kawan sebelah tolong kejutkan.

Hmm...macam-macam lagi sebenarnya. Ada yang ngelat duduk saf belakang sekali, solat sikit terus cabut tidur kat belakang. Ni senior je boleh buat. Semuanya sebab NGANTUK & LETIH.

# Solat Tarawih adalah amalan sunat muakkad (sunat yang dituntut) untuk dilakukan dalam bulan Ramadhan. Memang tak wajib, tapi meninggalkannya berlalu pergi adalah satu kerugian kerana hadirnya cuma sekali dalam setahun. Mulakan sekarang, mungkin Ramadhan akan datang kita sudah tidak bernafas lagi.#

p/s: Saya pun sebahagian dari cerita di atas...tapi bukan yang sujud tak bangun-bangun tu la. ^__^

15 comments:

  1. mcm2 ragam mse scol lu kan kak...

    ReplyDelete
  2. Bila dah penat...macam2 lah ragam nyer..
    Tapi yang bab sujud tak bangun2 ita pernah tengok...

    ReplyDelete
  3. kawan saya ada sujud yg tak bgn2 tu tp masa kat upm dulu..kat ktp..ada yg buat 4 rakaat terus blk teringat bubur lambuk masjid upm tk makan lg kt bilik..mcm2 la kan

    ReplyDelete
  4. Hahaa sujudnya x bangun...ngantok betul tu...

    ReplyDelete
  5. emm sama la pengalaman kita k.ujie..yg bestnya pelajar perempuan sbb ada langsir nk pisahkan laki n pompuan.macam2 ragam la.tidur telentang,tidur sujud, mcm2 gaya.skali ustaz kata"singkap langsir 2 saya nk tgk pelajar perempuan" apalagi berselerak bangun huhuhu terkulat2 tenyeh bijik mata hahaha lawak2 *termasuk la saya*

    ReplyDelete
  6. Hihii... ujie kakak gelak bila baca tang sujud terus lena tak bangun. Itu budak sekolah Ujie. Nie kalau mak org (tapi dah neneklah) pun ada. Kesian dia malu tau..

    ReplyDelete
  7. hahahha...ngantuk sgt la tu.bangun mesti malu gileee...hihi

    ReplyDelete
  8. seronok g terawih masa belajar dgn masa bujang, mcm2 pengalaman kan...

    sejak ade anak ni mmg pyh nak pg terawih ... sampailah sekarang .. suami tkt anak buat peragai kat surau dia g sorang jer...

    ReplyDelete
  9. Sama la dulu masa dok hostel masa skolah pun kena gi solat terawikh. Tapi takde la sampai kena buat kat dewan. Sbb skolah saya bukan skolah asrama penuh. So, yg dok hostel pun skit je. Asrama puteri dipanggil Aspuri dan asrama lelaki dipanggil aspura. Puteri la sangatttt... Part yg kul 6 dah siap2 chup tempat kat dewan makan tu pun nostalgia jugak. Pastu makan je la lauk asam pedas cair giler anak kembung. Heheh.

    ReplyDelete
  10. saya masa budak2 dulu seronok plk bile ingat2...tiap2 ari mesti gi terawih ramai2..pastu suka tgk juadah2 yg dihidangkan pas terawih...hihi..masa tu sekolah rendah..

    ReplyDelete
  11. kalau dok asrama ni memang macam2 ragam la boleh tengok..
    saya tak pernah dok asrama tapi kakak saya pernah.macam2 cerita yang dia bagitau..kelakar yang banyak..hahah

    ReplyDelete
  12. mmg geli ati yg sampai tertido tu..hehee.

    ReplyDelete
  13. Situasi yg sama masa dibangku sekolah dulu

    ReplyDelete
  14. ye betul. mmgla sunat tapi sgt rugi kalau tak buat. setahun sekali je. ;)

    ReplyDelete
  15. TIHARA:
    oh, awak ktp ya..saya kat 5th.
    tapi tak penah join terawih situ.

    SHAHZEE:
    hahaa..yela. agaknya sbb ada langsir tu memudahkan aktiviti bdk pompuan kan..

    KAKZAKIE:
    yelah..kesian pulak kalau yg tua2 jadi gitu. mmg malu..

    MASYA:
    betul masya..nnti dah besar sikit baru boleh bwk. ibu2 ni kenala korban sikit, terawih kat rumah je.

    LYD:
    bila lagi nak rasa jadi 'puteri'..^___^

    FIEDA:
    ohoo..moreh! mmg bdk2 paling suka.

    DIANA:
    mmg pun, skrg bila kenang mmg nak ketawa.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...