Sunday 5 August 2012

Shopping?

Dah separuh Ramadhan ni nampaknya ramai yang giat shopping.
Semalam di Parkson, Alamanda Putrajaya memang sesak sangat.
Singgah situ sebab nak guna baucer RM20 yang ada.
Tapi hasrat ditunda bila tengok punyalah ramai orang dalam tu.

Tujuan ke Alamanda sebab nak ke kedai buku MPH,
Ada sales discount 20% untuk semua buku dan 30% untuk buku terpilih.
Nasib baik orang tak ramai sangat, selesa nak pilih buku.
Ambil peluang diskaun, saya dan suami beli buku Doktor Umum.
Karya Tun Mahathir yang berharga RM59.90 sebelum diskaun.
Kalau korang nak pegi, promosi sampai esok (6 Ogos).

Sebelah malam keluar ke Jusco Cheras Selatan.
Nak ke bahagian electrical, survey harga mesin basuh.
Sebab mesin basuh yang ada dah tak mau bekerja lagi.
Lepas maghrib cepat-cepat keluar konon boleh cepat balik.
Sekali sampai sana memang dah sesak amat.
Cari parking je dah habis 45 minit!
Selebihnya tak payah cerita lagi...
Tak kira bangsa semua sibuk shopping
Macam satu Malaysia ni nak beraya.

Huh...moralnya, sila elakkan shopping bulan Ramadhan.
Walau saya bukan shopping keperluan raya,
Tapi tetap terkena tempias sesaknya orang shopping raya.
Hmm...tapi time ginilah banyak sales kan,
Memang godaan dan dugaan...


p/s: Dah nak abis Ramadhan patut kena giatkan aktiviti ibadat, tapi nampaknnya giat lagi aktiviti shopping! Sesuatu yang perlu saya dan kita semua ubah.

11 comments:

  1. pi giant pagi tadi nak bayar bil broadband..terkejut tengok suasana meriah kemain macam esok dah nak raya. dgn lagu raya diorg mainkan, dgn ramainya org beli baju raya, tudung raya.... rasa mcm baru je lagi puasa kan..

    ReplyDelete
  2. hari tu masa gi jusco rawang...
    giler sesak..dengan india...
    sambil jalan sambil fikir..nak raya ke nak sambut deepavali..
    confius...

    ReplyDelete
  3. sy skg ni kak banyak bekerja dari duduk kat uma..semoga bulan yang indah tidak terbuang sia2..

    salam ramadhan kak,baru berkesempatan nak menyinggah..

    ReplyDelete
  4. sy skg ni kak banyak bekerja dari duduk kat uma..semoga bulan yang indah tidak terbuang sia2..

    salam ramadhan kak,baru berkesempatan nak menyinggah..

    ReplyDelete
  5. kat penang ni pun sama k.ujie.petang2 nak balik keje mmg jln jem.komtar ni dikelilingi ngan shopping complex paham2 je la betapa sesaknya..

    ayah mertua ada pinjamkan buku dr umum 2..baru baca separuh.en.suami kata elok utk motivasi diri saya.best buku ni

    ReplyDelete
  6. NIZA:
    akak pun terkejut, ramai shopping maybe sbb org gomen kan akan dpt bonus 1/2 bln gaji.

    EITA:
    hahaa..betul2. dah tak kira raya sape, sume nak shopping.

    WS:
    bagusla Achie, sibuk bekerja dpt pahala ibadat jugak.

    SHAHZEE:
    dasat jugak ayah zee ya.
    buku tu suami akak tgh dok baca, khusyuk je nampaknya..best la tu.

    ReplyDelete
  7. As Salam kak,

    Saya shopping last day puasa jer sbb saya bukan jenis memilih sgt..aslkan nampak cantik dah kira on laa tu..hehe :D

    comment previous entyr saya: bukan saya yang bercinta laa kak..sy tukang dengar jer..hehe :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. mph ada diskaun?start smlm ye kak?hari sabtu sy pegi xde pun..huhu

    ReplyDelete
  9. ada sale ker tiada sale ker....aku hanya pergi bila perlu saja( terutama bila nak cari barang yang tiada di kedai2 biasa sahaja)

    nasib baik duduk bermaustatin dan bekerja di area kurang sesak ni

    terasa hidup ini penuh makna setiap masa tanpa menempuhi sesak lalu lintas.

    ReplyDelete
  10. AZLAN:
    senang le gaya shopping gitu.
    *ok..tkg dgr..

    WANIE:
    sabtu dah start la tu..wanie tak perasan kot. dia tmpal ciput je kat dpn kedai.

    TP:
    syok idup gitu..lambat sikit tua sbb kurang stress.
    Hajat hati nk dok kat tmpt mcm tu..tp blm rezeki.

    ReplyDelete
  11. Sis Ujie : tak ape...pelan2 nanti dah ada rezeki pasti boleh. mmg syok rasa aman sahaja

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****