Monday, 6 August 2012

Kalau Imam Tersilap...Ini Caranya

Situasi
Dalam satu solat tarawih, sepatutnya imam duduk untuk tahiyat akhir. Tapi imam telah bangun kerana menyangka ada satu rakaat lagi. Hampir kesemua makmum ikut perbuatan imam tersebut (walaupun pada awalnya semua dah duduk untuk tahiyat akhir). Hanya segelintir yang tetap duduk tahiyat akhir kerana yakin sudah cukup dua rakaat. 

Selepas berdiri dan mula membaca 'Bismillah..', barulah imam tersedar. Imam menyebut 'Subhanallah' sebagai isyarat berlaku kesilapan dan kembali untuk duduk tahiyat akhir. Seterusnya melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Caranya
Bagi makmum yang yakin sudah cukup rakaat tersebut, ada dua cara perlu dilakukan:
  1. Makmum sepatutnya berniat mufaraqah (berpisah) daripada mengikut imam, dan terus menyempurnakan solatnya.
  2. Atau makmum tetap duduk tahiyat akhir dan menunggu sehingga imam duduk tahiyat akhir dan menyempurnakan solat tersebut bersama imam.
----------------------------------------------------------------------------------


Perkara ni terjadi semasa saya ikut berjemaah tarawih di surau taman perumahan. Mula-mula keliru jugak, nak ikut imam atau tak (sebab jarang berlaku perkara gini). Tapi tiba-tiba teringat ceramah UAI...katanya kalau dah tau imam tu tersilap, janganlah kita ikut. Saya buat cara no. 1. Lepas tu bila buat carian di internet, barulah tau ada cara no. 2 tu.  Saya letak di blog sebagai panduan kita bersama. 


p/s: Menyelit sikit...solat tarawih tu memang lebih elok buat kat surau/masjid. Tapi kalau kita ada halangan, boleh je buat kat rumah secara bersendirian atau jemaah (lagi elok). Takde masalah.

7 comments:

  1. baru tahu...tak pernah alami keadaan macam tu lagi...

    ReplyDelete
  2. assalam ujie..setakat ini belum hadapi lagi..terima kasih kongsi

    ReplyDelete
  3. Surau tempat kakak pernah terjadi Ujie tapi masa tu solat isyak bukan bulan puasa. Makmum dah kata subhanallah tapi imam tak dengar agaknya terus berdiri sambung.

    Last satu suaru semua sujud sahwi.. tapi kesiannya budak-budak boleh cakap solat apa tadi tu mama? Budak 6-7 tahun tak faham lagi..

    ReplyDelete
  4. Ujie, kalo imam tu sampai ke sudah tak sedar kesilapan dia cemana? Sedangkan masa tu kita dah pilih option ke dua?

    ReplyDelete
  5. bagus info ni sis...

    terima kasih ya. mohon share di FB (dah ambil pun hehehe)

    selamat beramal ya di BUlan MULIA ni

    ReplyDelete
  6. LYD:
    Option ke dua tu maksudnya tak kira samada imam sedar @ tidak, kita tunggu je smpai imam duduk tahiyat akhir. baru kita ikut imam.

    Tp biasanya imam akan sedar sbb biasa ada makmum yg akan bg isyarat dh tersilap.

    TP:
    takyah mohon2..amik je. Bkn ilmu sendiri..^_^

    ReplyDelete
  7. emm sy x penah lg alami situasi mcm ni..bagus jgk at least bila jadi kita tau nak buat apa kan..tq 4 sharing:)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...