Tuesday, 28 August 2012

Bukan Gambar Raya

Bila jalan beraya ke rumah saudara mara,
saya lebih tertarik memerhatikan perkara lain selain juadah yang dihidang.
Kebetulan majoriti saudara mara saya dan suami tinggal di kampung.
Saya memang suka memerhati suasana rumah kampung.
Binaan rumah, hiasan dan persekitarannya.

Kemudian, saya abadikan dalam bentuk gambar.
Mungkin tak menarik bagi orang lain, tapi ada 'sesuatu' pada pandangan saya.

Lampu minyak tanah @ lampu pam
Seorang saudara saya menjadikan lampu lama ni sebagai hiasan di rumahnya. Ada beberapa buah dengan bentuk yang berbeza. Saya tertarik sebab ni betul-betul lampu lama, bukan seperti yang kita temui di sesetengah premis makanan (lampu baru untuk hiasan). Mujur saya cuma suka melihat, bukan seorang pengumpul barangan lama. Kalau tak, lampu ni memang antara koleksi yang mesti ada.


Rumah papan yang masih teguh.
Rumah papan yang kelihatan usang dek masa tapi teguh (lantai dan dinding kelihatan elok tidak dimamah anai-anai) ini dihuni oleh seorang yang berusia emas. Melangkah ke rumahnya saja membuat saya terasa aroma zaman dulu-dulu. Sebabnya, tuan rumah membuka radio Klasik Nasional. Gabungan seni bina rumah lama dan irama lagu-lagu lama ni betul-betul mewujudkan suasana zaman dulu. Terasa macam berada dalam babak cerita lama kat tv la pulak!


Kebun sawit yang sangat bersih & kemas teratur.
Disekeliling rumah lama kat atas tadi, ditanam dengan kelapa sawit. Memang takde apa yang istimewa, kelapa sawit pemandangan biasa. Tapi kebun sawit yang ni saya suka merayau sebab sangat kemas dan bersih. Rasa gembira dan tenang memandangnya. Pastinya bukan kerja mudah nak dapatkan begini. 


p/s: Cuaca mendung dan kerap hujan...sesuai puasa enam ni. Jom!

21 comments:

  1. assalam ujie..zaman acik dulu tu la..lampunya..pasang sendiri tu..
    insyaallah habis hari ni..esok raya la acik..alhamdulillah selesai puasa 6 untuk tahun ni

    ReplyDelete
  2. ni kalau pengumpul barang antik tgk mesti suka....rapinya kawasan rumah dan kebun sawit, mmg sedap mata memandang....

    ReplyDelete
  3. Selamat la Ujie bukan mengumpul. Kalo tak mesti ilang dah lampu minyak tanah tu. heheh. gurau je.

    Pemerhati juga ujie ni ye. Sampaikan kebun sawit bersih pun dia perasan.

    ReplyDelete
  4. Insya-Allah, mgu dpn sy berpuasa 6 sekali dgn ganti. Mgu ni sy 'bercuti'. Heee~

    ReplyDelete
  5. kecik2 dulu penah la guna lampu ni..kena pam dulu baru nyala hehehe skang xtau la hilang kemana

    ReplyDelete
  6. ACIK:
    Jelesnyaaa! Saya baru nk mula, akak dh nk raya.

    AISHAH:
    tu psl..nasib baik saya cuma suka tengok je. ^_^

    LYD:
    hehe..tu pun dh kena curi..

    Curi amik gambo!

    FARA:
    Saya pun buat 2in1 ni..hrp2 smpat.

    SHAHZEE:
    balik kg nnti pi tanya mak ayah ya..^__^

    ReplyDelete
  7. kat rumah pun ada lampu minyak tanah ni tapi bukan yang lama2 punya la..hehe..

    ReplyDelete
  8. tu la ingat nak puasa 6 tak tahu sempat ke tak..dengan kena gantinya lagi..dahla skang ni tengah 'offday'..hi3..

    ReplyDelete
  9. Rajin tuan rumah ni...bersih je kawasan rumah dia.

    ReplyDelete
  10. 1 lawa rumah tu
    2 kalau lah dapat stay di rumah tu kompom senang nak keluar dan masuk bila balik lewat malam - ikut tingkap jer

    3 ada kebun sawit eh...dok felda ke sis?

    ReplyDelete
  11. haah, aldang dia bersih....tapi byk nyamuk ni..huhi..
    lampu tu mmg payah nak dapat..klasik :)

    ReplyDelete
  12. memang klasik sangat2....
    terasa macam berada di zaman 70 an.....

    jom kak kamis ni pose....

    ReplyDelete
  13. PRETTYWRITE:
    boleh je buat puasa ganti sekali dgn sunat puasa enam. ada pndpt yg membolehkannya. wallahu a'lam.

    TP:
    ni bkn sawit saya. dan bkn kat felda, kat kg biasa je.

    TIHARA:
    kalau balik kg, mmg selalu kena derma darah kat nyamuk. sekeliling kebun..

    EITA:
    jom..
    tapi akak dah start pun nih. takut tak sempat dah offday pulak.

    ReplyDelete
  14. memang best kan, tengok suasana kg macam tu, lagi2 rumah papan.. malangnya dekat kg saya ni dah ramai tukar rumah batu.. lagi2 banyak taman perumahan yang membangun..

    ReplyDelete
  15. hehe..kalau untuk orang yang membesarkan kota cam saya ini pun boleh dikatakan gmbar2 yg istimewa gak kak..mana lagi nak dpt original lampu minyak tanah camtu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. kt umh saye still ade pelita tu!!hehe
    batu kisar ngan lesung padi pn ade..hehe

    kak ujie rindu nye suasana kampung, atuk nenek sume dh meninggal..dh xde kampung.. =(

    ReplyDelete
  17. cantik²nya gambar ... puas hati tgk.. mcm depan mata lah pulak..

    ReplyDelete
  18. lampu minyak tanah tu ada lagi masa saya kecik2 dulu..best tengok masa nak pam utk nyalakan apinya..

    saya tengok kebun kelapa sawit kat kawasan bp banyak yg agak bersih.. kat kawasan rumah pakcik saya pun bersih je dari semak samun..rajin sungguh diorang jaga kan..

    ReplyDelete
  19. Salam ziarah, Ujie bagi saya ini pendekatan yang amat baik. Saya suka cara ini...saya minat dengan lampu dan persekitaran rumah lama ini. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  20. HANAMIKO:
    apa nak buat, skrg ni lebih praktikal buat rumah batu.

    AZLAN:
    ni betul2 anak hutan batu..^_^

    CK:
    wow..sgt menarik. buatlah entri, untuk rujukan yg lain jugak.

    MASYA:
    mesti masya guna komputer besar..saya guna netbook, kecik je nampak.

    RAI:
    oh..ni mmg kat BP pun. ^_^

    MAK WARDAH:
    hehe..ada gak yg sama mcm saya rupanya..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...