Thursday 30 August 2012

Ambil Isi, Buang Kulit

Esok rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 tahun. Hari bersejarah yang perlu diraikan oleh kita semua atas dasar cintakan negara. Buat pertama kali juga, sambutan Hari Kemerdekaan mencatat sejarah luka apabila segala 'kosmetik' Hari Kemerdekaan (logo, lagu dan tema) menjadi kontroversi hangat. Kontroversi begini sedikit sebanyak telah melunturkan semangat untuk menyambut kemerdekaan dikalangan kita. Tambahan lagi ramai di antara kita masih dalam mood berhari raya. 

Saya cuma mahu menyentuh satu daripada 'kosmetik' sambutan kali ini, iaitu tema 'JANJI DITEPATI'. Berbanding tema tahun-tahun sebelum ini yang berjaya menerbitkan rasa patriotik kita, tema 'JANJI DITEPATI' agak kabur maksudnya. Sekali dengar, ia menggambarkan 'apa yang telah negara beri pada rakyat'. Sedangkan tema kemerdekaan sewajarnya menggambarkan 'apa yang rakyat perlu lakukan/beri untuk negara'. Paling buruk sekali bila tema ini berbaur parti politik. Memang tak menyalahi mana-mana akta, sebab ia hak kerajaan memerintah. Tapi harus disedari Malaysia bukan milik mutlak mana-mana parti dan Hari Kemerdekaan adalah penyatuan seluruh rakyat. Maka temanya juga jangan sampai memecah-belahkan rakyat.

Bagi yang bersetuju dengan segala 'kosmetik' tersebut, itu hak anda. Bagi yang sependapat dengan saya, juga ada hak untuk rasa tidak setuju. Tapi sebagai rakyat yang waras, saya memilih untuk tetap menghormati kemerdekaan dan meraikannya tanpa ambil peduli dengan logo, lagu dan tema tahun ini. Logo, lagu dan tema hanyalah kulit luaran juga bersifat kosmetik semata dan ia berubah setiap tahun. Saya ambil isi dan buang kulit!

(Untuk rujukan arkib tema, sila klik DI SINI)


p/s: Sekadar pendapat saya. Berbeza pendapat bukan bermaksud kita putus kawan ok!

14 comments:

  1. tahun ni aku tak sambut hari kemerdekaan ni, sebab aku belum merdeka lagi. buat apa nak sambut? duduk rumah cuci kereta lagi bagus. merdekakan peluh...

    ReplyDelete
  2. pada saya setiap tahun merdeka sama saja..ramai lagi rakyat dibelenggu kemiskinan.. kemudahan asas belum sampai atau belum sempurna.. dan sebagainya..

    tahun ni pun sama juga..tapi yang paling mencalarkan adalah keengganan dan keangkuhan kementerian terlibat dalam menerima pendapat rakyat..

    apa yg pasti esok hari cuti umum. ada banyak masa utk keluarga :D

    ReplyDelete
  3. saya pun memang agak tak setuju dengan tema tahun ni.. tak semangat nak sambut kemerdekaan tetiba :(

    ReplyDelete
  4. Salam merdeka juga ye

    ReplyDelete
  5. malam merdeka planing merempit hehehe

    "janji ditepati" tak sesuai untuk tema merdeka...tiada unsur2 supaya SAYANG kan negara.

    lantaklah janji cuti dapat jalan2 sana sini

    ReplyDelete
  6. Setuju. saya mmg dah syak... ni agenda pihak2 tertentu. benci betul.

    ReplyDelete
  7. err...esok yg sy tahu ada knduri kt umah makcik fendy....smbut mdeka? tak kot....ntahape2 je..masa bls budi la konon~

    ReplyDelete
  8. kecewa sgt dgn sambutan tahun ni..
    semakin banyak kita berhabisan tuk sambutan berunsur hiburan seharian disaat ramai lg rakyat di belenggu kemiskinan sepanjang tahun dan institusi kerajaan kekurangan dana bukti jiwa kita bkn sekadar tidak merdeka lg, malah semakin dijajah dgn kebendaan dan keduniaan semata..

    ReplyDelete
  9. Salam kemerdekaan, dan salam kenal...

    ReplyDelete
  10. tahun ni diorang buat kelainan tema...
    tu yang jadi macam tu

    ReplyDelete
  11. pun rasa tak sesuai tema dia....tp tu la merdeka ttp merdeka,tolak tepi la segala tema,logo n apa sahaja...huhuu

    ReplyDelete
  12. assalam ujie..apa pun kontrovesinya kita tetap menyambut hari merdeka dengan bercuti dan acik pulak dengan meraikan harilahir hero sulung acik

    ReplyDelete
  13. hari merdeka sy berada diatas jalan nk ke kelantan:)

    sy syukur negara kita dh 55 tahun merdeka.yg lain2 x brapa nak ambil tau

    ReplyDelete
  14. yg penting aman damai..malas nak pk,hehe :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****