Thursday, 9 August 2012

10 Akhir Ramadhan : Uzur?

(sumber: google)

10 hari akhir Ramadhan...
Fasa yang kritikal bagi si pencari malam istimewa..Lailatul Qadar.

Bagi wanita yang uzur syar'ie (datang haid) pada ketika ini,
Pasti terselit rasa kecewa...ibadatku sudah terhenti!
Tanpa terawih, tadarus Al-Quran dan solat sunat lainnya,
Bagaimana mungkin mampu bertemu malam Lailatul Qadar?

Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Uzur bukanlah titik noktah bagi wanita untuk terus beribadat.
Masih ada ruang bagi wanita meraih hebatnya Ramadhan.
Masih boleh mendengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran,
Masih boleh membaca dan mendalami tafsiran Al-Quran,
Masih boleh berselawat dan tenggelam dalam zikir,
Masih boleh memanjatkan segunung doa.

Lakukanlah semua itu...
Pada waktu siang dan pada waktu malam nan sepi,
Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu pergi,
Jangan hentikan misi mencari Lailatul Qadar,
Hanya kerana UZUR!


p/s: Entri ni terhasil lepas tengok MHI awal pagi tadi, ada ustaz sebut mengenai hal ni. Satu pencerahan dan motivasi buat wanita yang datang haid. Juga untuk para lelaki, yang menjadi pembimbing keluarga.

13 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. terima kasih ujie kongsikan....

    ReplyDelete
  3. Sungguh Allah menjadikan lelaki dan perempuan yg mana keadilan tetap ada usah diragui..

    ReplyDelete
  4. lega baca artikel ni..memang akan rasa frust kalo dalm 10 hari akhir ramadhan tu tiba2 uzur..rupanya masih boleh beribadat kan..tapi takper cerita uzur dah lepas awal2 lg..hehe

    ReplyDelete
  5. Syukur. Allah Maha Pengasih dan Maha Adil. Dia tetap beri peluang kepada kaum wanita untuk mengejar Lailatul Qadar.

    ReplyDelete
  6. tapi biasanya ramai yg berduka sampai tak boleh nak buat apa.. hati dah ingat raya..hehehe.. alhamdulillah..pose masih penuh lagi tahun ni..

    ReplyDelete
  7. insya Allah, moga dapat keberkatan di malam lailatul qadar, segala impian akan terlaksana, mudah2an..insya Allah :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih juga atas perkongsian ini :-)

    ReplyDelete
  9. perkongsiaan yg baik untuk kita perempuan ni....time ksh.

    ReplyDelete
  10. bukan sepuluh malam terakhir ni orang perempuan sibuk cari baju raya dan buat kuih raya ke???muahahahah...

    ReplyDelete
  11. betul...
    dulu saya pun keciwa kalo period...x dpaat posa penuh...tapi mase tu belum ade kesedaran..skrg alhamdulillah, ada sedikit ILMU..=)

    ReplyDelete
  12. insya allah...
    moga2 dapat lah bertemu dengan malam istimewa ni

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...