Thursday 5 July 2012

Tips Memastikan Produk Adalah Halal

Rentetan Cerita Logo HALAL dalam entri sebelum ini,
adakalanya produk (makanan, minuman, kosmetik, barangan penjagaan diri) yang kita ingin beli/guna tiada sebarang logo HALAL. Atau logo HALAL yang tidak dapat dikenalpasti kesahihannya.
Berikut ada 5 langkah untuk memastikan produk tersebut adalah halal:

1. KENAL PASTI
Teliti logo HALAL pada label produk. Jika ada logo HALAL yang diiktiraf, boleh terus membeli/guna. Jika logo HALAL tidak dapat dikenal pasti, terus ke langkah kedua.

2. TELITI RAMUAN
Baca & perhatikan ramuan pada label produk. Cuba kenal pasti statusnya. 
*untuk ini kita perlu ada/cari ilmu, terutamanya untuk 'ramuan kritikal'.
Ramuan dianggap kritikal sekiranya melibatkan unsur-unsur haiwan seperti minyak dan lelemak serta arak. Klik DI SINI untuk ilmu.

3. HARAM
Jika produk ternyata ada ramuan haram, wajib tinggalkan.

4. HALAL
Jika ramuan produk adalah halal, teruskan beli/guna.

5. SYUBHAH
Jika ada ramuan yang syubhah (meragukan atau tidak jelas hukumnya), produk tersebut wajar dihindari.

(sumber: Majalah Q&A Bil. 5, halal.govhalaltoyyibah-hpa)


p/s: Jom sama-sama kita fahamkan 5 langkah ni, ia membantu dalam membuat pilihan produk. Sebab bukan semua produk ada logo HALAL. 
Ada ilmu, lebih mudah. Tanpa ilmu, memang susah.

14 comments:

  1. kalau tgk pelik smcm je...baik toksah belikan...tq kongsi tips ni,insyaallah boleh diaplikasikn nanti masa beli brg2 dapur...;)

    ReplyDelete
  2. Kenapa kita sgt yakin beli nasi lemak di gerai makcik2 tepi jalan? Walhal takde logo rasmi halal jakim pun kan? Jawapannya adalah - yakin dan tanpa was-was. Apa yg penting, keyakinan yg mendalam itu paling penting. Semoga Allah jauhkan kita dr kesulitan spt ini.

    P/S - Terfikir keadaan saudara sesama bangsa dan agama yg tinggal jauh dr negara Islam tu. Kagum dgn keyakinan yg ada dlm diri mereka tanpa goyah pegangan agama Islam tu sendiri.

    =D

    ReplyDelete
  3. mencari yg halal itu wajib kan sis.. :)

    ReplyDelete
  4. Betul.. kalau ada rasa syak/syubhah/kurang yakin baik tak usah beli.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya kalau ikut pengalaman tinggal kat luar negara, saya rasa kat sini garis antara halal dan haram tu kelabu..kalau kat sana lagi senang..yang halal tu kira putih..yg haram tu hitam..jelas.. takde kelabu asap..kat sini pulak.. kejap halal kejap haram.. susahh..

    ReplyDelete
  6. thanks share kak..saya ade kawan yang kerja ngan jadi tapi bukan dept halal nie..dia kata actually tak susah nak mintak sijil halal nie kalau pengusaha buat dengan cara yang betul..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. tq 4 sharing.. HALAL mmg sukar dikenalpasti kini..hanya ALLAH yg tahu.. xpecially daging burger.. saya sgt was2..

    ReplyDelete
  8. ohh yana ada gak dok tertanya2 kenapa halal dari jakim dengan halal negara2 lua tu berbeza?macam jatuh haram jer makanan yang takder logo halal jakim..

    confuse adakah umat islam kat negara luar tu makan something yang taksah taraf halalnya..sampai kita tak boleh nak beli barang2 makanan yang takder logo halal jakim..
    maksudnya logo halal dari negara lua..alahai confuse..

    macam haritu cari fruit koktel halal jakim tak jumpa..semuanya dari negara luar tapi ada la logo halal dari negara masing2..yang pasti halal..yana grab jer..tapi kalo yang jenis logo halal jakim ciplak memang tak beli la..sah2 tak tahu halal ke tak..

    ReplyDelete
  9. susah jugak nak menilik..

    ReplyDelete
  10. Betul tu...kalau rasa was2 dan ragu2 jangan beli.nice info n tq for sharing.

    ReplyDelete
  11. nice....terima kasih ingatkan kembali. yang penting yakin kan

    ReplyDelete
  12. FARA:
    betul..kita yakin gerai tu kepunyaan islam dan tentunya halal & bersih. tak perlu tunggu logo Halal Jakim.
    Yg masalahnya, bila kita tak amik tau pun tu gerai sape..terus je nak makan situ.

    BTK:
    kalau mengaku Muslim, mestilah ikut aturan agama..mkn/pakai yg halal je.

    RAI:
    ada dgr gak org citer gitu. sbb sana bkn negara Islam, jadinya bdn Islam kat sana mmg buat usaha bersungguh utk pastikan mana halal.

    AZLAN:
    pihak Jakim ckp gitu gak, kalau mmg tak bersih @ proses ada meragukan..camne nak dpt sijil.

    SUHANA:
    Kita masih boleh berusaha utk lihat secara luaran (sekurang2nya) utk pastikan sesuatu itu halal.

    Kalau daging burger..amik la Ramly. Produk muslim dan ada halal Jakim.

    PRETTYWRITE:
    penjelasan psl logo luar negara ada dlm entri-Cerita Logo Halal.

    Bg produk import, logo halal dari luar negara ADA yang dah diiktiraf oleh Malaysia..means ia halal. Tapi kalau setakat tulis 'halal' saje2 tu mmg sah jgn amik.

    EITA:
    mula2 susah. kalau dah biasa, dah kenal nama ramuan & logo luar negara yg diiktiraf..insya allah mudah.

    TP:
    yakin yg berasas.

    ReplyDelete
  13. lepas ni jgn tetipu lg yer... (ckp kt diri sendiri)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****