Tuesday 31 July 2012

Sedih, Letih dan Gembira

Sebenarnya sepanjang tiga hari lalu, Sabtu, Ahad dan Isnin saya bersama suami balik ke kampung kami di Johor. Satu malam di Pontian dan satu malam lagi di Batu Pahat. Jadi tak dapatlah berblog seperti biasa. Dalam tiga hari tersebut, ada tiga rasa yang berbeza. 

Sedih
Sewaktu nak bersahur awal pagi Sabtu lalu, saya menerima SMS dari seorang kakak saya yang menetap di Melaka. Dia menyampaikan khabar duka bahawa adik iparnya yang juga kawan se-universiti saya mengalami kemalangan jalan raya malam tadi (Jumaat malam Sabtu). A bersama suami dan bayi lelakinya dalam perjalanan pulang ke rumah ibubapa A di Merlimau, terlibat dalam kemalangan di highway PLUS arah Selatan berhampiran Simpang Ampat. A dan suami selamat walau cedera, tapi bayi lelakinya meninggal sewaktu dalam perjalanan menaiki ambulans. Bayi berusia sekitar 6 bulan itulah yang membuat saya rasa sedih sangat-sangat. Sebabnya, mereka dikurniakan bayi itu hanya setelah beberapa tahun berkahwin. Dan kini bayi itu 'pergi'. Semoga A dan suami tabah melalui ujian hidup ini. Pasti Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita hamba-Nya.

Letih
Hari Isnin saya dan suami berurusan di Pejabat Tanah Batu Pahat. Bertujuan untuk memohon tanah yang belum bertuan (sebenarnya milik arwah datuk suami saya, tapi langsung tiada geran). Terasa sangat letih berurusan waktu puasa ni, ke hulu ke hilir memenuhi prosedur yang perlu. Insya allah jika semua selesai (tapi memang lama lagi) saya akan buat satu entri prosedur memohon tanah tak bertuan ni. Korang pun bolehlah risik mana-mana tanah yang belum berpunya, lepas tu buat permohonan. Ada rezeki dapatlah tanah!

Gembira
Gembira dapat berbuka puasa bersama ibubapa. Juga gembira melihat mereka gembira dengan kepulangan kami. Dapat pula sama-sama bertarawih di masjid berdekatan. Maklum saja, mak saya hanya tinggal berdua dengan seorang anak saudara perempuan. Begitu juga di sebelah suami, hanya mak dan bapa mertua bersama nyai (nenek) tinggal di rumah tersebut. Semoga kami berkesempatan (masa, kesihatan & kewangan) untuk selalu pulang ke kampung pada Ramadhan akan datang...Insya allah.
  

20 comments:

  1. 1. takziah untuk keluarga mereka.

    2. pejabat tanah adalah tempat orang berlatih kesabaran. sebab mereka bagi khidmat terlebih efisien!

    ReplyDelete
  2. Moga kawan Ujie diberi kekuatan menempuh ujian yg amat berat itu..

    Ujie macam kakak je kampung di Pontian dan Batu Pahat... jangan-jangan kita berjiran hihi..

    ReplyDelete
  3. -takziah untuk mereka dan keluarga...simpati kerana kehilangan baby...dugaan di bulan ramadhan..

    -bulan2 pose mmg letih kalau nak ke hulu kilir.

    ReplyDelete
  4. takziah buat pasangan tersebut.. insya allah anak tersebut akan menanti mereka disyurga nanti..

    urusan dengan pejabat tanah memang leceh..yg ada geran pun leceh.. lagi la yg tak ada geran..

    seronoknya.. ayah saya orang rengit batu pahat..mak pulak benut..hehe.

    ReplyDelete
  5. takziah...anak tu menunggu di syurga...

    adoi urusan pejabat tanah ni, kalau bln xpose pn letih.prosedur dia mcm2...sat g ada je org tu ckp mcm ni, org ni ckp mcm tu..heee layan aje la.

    ReplyDelete
  6. salam takziah buat A dan suaminya...

    mmg seronok dpt balik kg masa bulan puasa ni kak... izan cuma balik kg mertua aje sbb dlm minggu depan mak pula yg nak dtg sini...

    ReplyDelete
  7. takziah bt A dan suami..smga mereka tabah..
    mmg penat kdg2 bila ikut prosedur.sabar ye.orang batu pahat ke kak?
    sronok kn blik kg.best je :)

    ReplyDelete
  8. SM:
    bkn je latih sabar, tapi latihan kecergasan fizikal. sbb kdg kena naik atas..turun bwh..naik balik.

    KAKZAKIE:
    ohoo..kira 'sekampung' la kita.
    iso ngomong jowo?

    TIHARA:
    saya malas jugak, tapi dah terpaksa..

    RAI:
    betul..bab tanah ni mmg byk prosedur.

    ehe..bapa saya punggor, BP dan mak ayer baloi, ptn.

    AISHAH:
    hahaa..betul tu. dah kena jugak aritu, sabo je lah.

    IZAN:
    seronokla izan, mak dtg utk tlg masa berpantang.

    AYUT:
    suami yg asal BP. akak Pontian. Daerah sebelah2.

    ReplyDelete
  9. dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

    ReplyDelete
  10. takziah utk kwn k.ujie.peritnya kehilangan sesuatu yg kita nantikan bertahun2..qada' & qadar..pasti ada hikmah disebaliknya..

    berurusan dgn pej kerajaan mmg memeritkan.sabo je la

    ReplyDelete
  11. TAKZIAH BUAT KWN UJI.. MUNGKIN ADE HIKMAH YG AKAN DIBERIKAN

    ReplyDelete
  12. Berita sedih tu mmg sedih. Ujian demi ujian utk mereka.

    Yang gembira tu, saya pun balik kg jugak minggu lepas. mmg gembira dpt berbuka ramai2. Wp mak abah tinggal berdua je, tapi abang2 dan kakak2 ada balik. Dpt jumpa family yg jarang2 dpt jumpa ni seronok kan?

    ReplyDelete
  13. sedihnya..ujian yang berat..semoga mereka tabah mengharunginya..dah ada ahli syurga yang menanti mereka di sana..

    ReplyDelete
  14. sedihnyaa...takziah utk kwn kak ujie tu sbb kehilangan anak dia..dahla dlm bulan puasa..nak raya lagi..tapi Allah lebih tahu apa y terbaik kan..:)

    k.ujie org pontian ke BP?hehe..ira dl praktikum kat muar..xjauh sgt kan dgn BP..:)..johor best sbb makanan sedap2 dan murah!muar la..hihihihi

    ReplyDelete
  15. eh lupa..hehe..:P

    hahah ira tergelak gak bc komen ira tu blk..hehehe..ira kalau tak confident gtu la..hahah..:p..byk hukhuk je..kikikiki..nsb baik btol..

    rezeki Allah nak bagi :)

    smbg komen kat atas.. :p wahh pasni akk pencen nak dok kg ek?tu ada tanah tu..hehe

    ReplyDelete
  16. alfatihah dan takziah untuk kawan akak atas kehilangan baby mereka..
    sedih tak terkata ...

    kalau gi pejabat tanah memang macam ni..
    selalu je menguji kesabaran...

    seronok dapat berbuka sama dengan keluarga,..
    ita plok habis minggu ni balik kampung lah..
    berbuka sorang2 lah gamak nyer..

    ReplyDelete
  17. saya tak balik kampung pun lagi untuk berbuka dengan mak dan adik kat sana..
    memang teringin tapi memikirkan masa dan kewangan suami yang terhad masa ni saya pendamkan dulu la..tunggu minggu last nak dekat2 raya nanti mungkin boleh.alang2 balik nak bawak mak dan adik shopping raya jugak..

    ReplyDelete
  18. takziah utk berita kemalangan tu,,
    hmm.. sedih saya baca,,

    banyak cerita sedih berlaku lately ni..

    dugaan,,

    ReplyDelete
  19. J/IRA:
    taklah, tlg mohonkan je. wakil family.

    EITA:
    sorang2..tapi kat rumah sendiri, tetap senang hati.

    DIANA:
    meriahla shopping time ujung2 tu..
    tambah meriah sbb dgn family.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****