Tuesday 17 July 2012

Politik Dan Agama...Tidak Terpisah

Mereka beranggapan...
Bila berbicara soal politik, ia terpisah daripada agama.
Bila berbicara soal agama, ia terpisah daripada politik.
Politik...kotor.
Agama...suci.

Bila pentas politik mengaitkan agama,
Ia dianggap menggunakan agama demi politik.
Bila bicara ustaz menyelitkan unsur politik,
Ia dianggap salah dan dipandang serong.
Kata mereka...jangan campurkan politik dengan agama!

Dangkal ilmu...
Sesungguhnya tiap cabang kehidupan itu terikat dengan agama.
Dangkal pemikiran...
Politik itu perlu untuk mendapatkan kuasa memerintah,
Kuasa itu perlu untuk menegakkan syiar agama (Islam).
Tanpa politik, tiada kuasa...Islam tak mampu ditegakkan!

Andai agama menjadi kotor dek politik,
Salahkan diri pelakunya...
Jangan disalahkan politik atau agamanya!

*Politik adalah alat, menegakkan Islam adalah tujuan kita*


p/s: Tulisan saya ni tak merujuk kepada mana-mana individu atau parti, sekadar bersifat umum.

21 comments:

  1. sangat setuju...

    setiap aspek kehidupan kita ni berlandaskan agama termasuk aturan-aturan politiknya. jadi kedua-duanya tak mungkin dipisahkan macam irama dan lagu.

    ReplyDelete
  2. setuju dengan ayat ni

    'Sesungguhnya tiap cabang kehidupan itu terikat dengan agama'

    ReplyDelete
  3. Jadi kita sebagai umat Islam kena peka yg mana baik demi agama dan politik. Usah butakan mata lagi.. Allah bagi kita akal mencari yg terbaik. Islam punya peraturan yg maha cantik...

    Kalau agamanya pincang alamat politiknya pun pincang..

    ReplyDelete
  4. ha'ah kan..banyak sangat orang bergaduh pasal agama n politik...

    ReplyDelete
  5. yg pnting agamanya...sy pernah terbaca komen pengikut satu parti politik ni kat fb..tak mengapa kalau tak ikut hukum agama, yg pnting berbakti kpd rakyat dan membela bangsa...nauzubillah.. sedih.

    ReplyDelete
  6. Muncung mulut sy bila baca entri ni.

    Walau apapun, saya tak boleh nak nafikan.

    ReplyDelete
  7. Awak, saya pun terfikir nak tulis pasal ni. Tapi tak berani sbb nnt ramai yg salah sangka saya ni fanatik atau obses dgn parti politik tertentu. Terukkan? Untuk tulis entyr macam ni pun tak berani, agaknya itu lah yg kebanyakannya ulama rasa untuk menyebarkan kebenaran sebab terlalu takut dgn pandangan manusia.

    Org yg tak betul-betul faham akan anggap agama dan politik itu berasingan. Sedangkan kalau tak silap, dalam bahasa Arab, politik itu dipanggil siasah. Tak boleh dipisahkan dengan agama. Tapi... seperti selalu... apa lah daya kita. Rakyat kerdil ni.

    *saya tak kisah parti mana pun memerintah, cuma saya mengharapkan pemimpin saya boleh jadi imam sewaktu solat berjemaah bersama rakyat, sorang pemimpin yg mengingati ayat2 ayat Al qURAN penuh di dada supaya rakyat boleh merujuk kepadanya bila ada masalah. Pemimpin yang hidup sederhana dan mudah untuk kita temui, bukannya perlu melalui prosedur2.

    ReplyDelete
  8. pemerhatian sendiri semua pihak hanya sibukkan nak menang je, nak tawan hati bakal2 pengundi.ntah la pasal politik ni dah jd sensitif lak nak komen lebih kurang pun..

    ReplyDelete
  9. camner yerk... memang tak boleh dipisahkan ...

    ReplyDelete
  10. politik dan agama selalu disalah ertikan..
    paling x boleh terima bila imam dari parti A, jemaah2 yang menjadi pengikut parti B terus xnak solat berimamkan si polan tadi.hanya kerana ilmu tentang politik terlalu cetek, ukhwah ummah pula yang terhapus..

    ReplyDelete
  11. x suka politik n,
    tp utk negara..kt ttp kna wak pilihan y terbaikk

    ReplyDelete
  12. asik duk canang pembangunan duniawi je kan..pembangunan ke akhirat tak dak pun....nampak habuan dunia saja....

    ReplyDelete
  13. yup mmg betul tue ujie...politik n agama mmg xdpt nak dipisahkan..

    ReplyDelete
  14. mana2 pun sama saja..
    kita bebas bersuara,
    dan pendapat itu umum..

    tapi usah terlalu obses menggunakan agama utk alasan dan kepentingan sendiri..

    ReplyDelete
  15. adoii..tak reti nk komen tp sedih dgn politik sekarang..

    ReplyDelete
  16. SM:
    tu yg slalu kita terlupa..

    TP:
    kecualilah org2 yg dah buang agama...

    KAK ZAKIE:
    suka dgn ayat last kak zakie..
    maksudnya kita kena pilih pemimpin berdasarkan agamanya dulu.

    EITA:
    bila kurang/tak paham, mmg jadi gaduh.

    MUN:
    astaghfirullah..agama tu tunjang segala perbuatan. Kata2 dia boleh buat imannya terpesong.

    FARA:
    nape? tak sama pandangan kita ya.
    takpe..raikan perbezaan!

    LYD:
    byk lagi perkara yg saya tak berani tulis sbnrnya juga. Yg ni saya tulis stlh buat research (utk pastikan ia tak menyalahi agama).

    Siasah..betulla tu. Tapi saya tak sebut dlm entri sbb tak mahir B.Arab & tak tau betul2 sejarah politik Rasulullah.

    *lps ni Lyd tulisla jugak isu yg sama ni..dlm versi lyd. sbb lyd lagi bg pembaca, elok utk sampaikan sesuatu.

    AISHAH:
    mmg masih ada yg pincang walau parti yg mengaku bertunjangkan agama. Maka entri ni saya tulis secara umum, tak merujuk mana2 parti.

    ReplyDelete
  17. SHAHZEE:
    saya blm jumpa betul2 jemaah mcm tu. kalau ada mau saya tegur. diorang tak tau le tu.

    TIHARA:
    betullah..baru saya terfikir.

    LIA:
    kdg2 susah nak bezakan..sbb politik mmg ada dlm agama. kita kena hati2 menilai & buat tafsiran.

    FIEDA:
    jgn sedih2..kita jadi rakyat terbaik dan buat pilihan terbaik (di antara yg kita rasa tak baik tu).

    ReplyDelete
  18. pendek akal sungguh mereka yang mengasingkan politik dan agama.. fenomena politik kita memalukan..

    ReplyDelete
  19. Yup sangat setuju..politik & agama tak mungkin dapat dipisahkan...

    ReplyDelete
  20. mempolitikkan agama dan memperjuangkan agama dgn menggunakan medium politik adalah 2 perkara yg berbeza..

    dan mengasingkan politik dr landasan agama itu yg menjadikan politik sekarang bertambah kotor..

    ReplyDelete
  21. CK:
    2 perkara tersebut yg selalu org terkeliru.
    akak suka komen CK..pemikiran yg matang.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****