Monday 23 July 2012

Empat Halangan

Tazkirah pendek yang disampaikan oleh ustaz di surau taman perumahan saya malam tadi berkisar mengenai EMPAT PERKARA YANG MENGHALANG MANUSIA DARIPADA BERIBADAT. Sebelum tu kita kena tahu bahawa tujuan kita hidup di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah. Tapi kenapa kita selalu leka dan lalai untuk melakukan ibadat? Imam Ghazali menyatakan empat halangan tersebut, iaitu:

1) Kesibukan urusan dunia.
- cth: sibuk bekerja demi mengumpul harta sehingga lewat/meninggalkan solat.
- cara atasi: belajarlah untuk zuhud (maksudnya hati yang tak mencintai dunia). Harta memang perlu, tapi jangan sampai melupakan akhirat. Dunia hanya sementara, akhirat itu kehidupan yang abadi.

2) Makhluk manusia.
- manusia disekeliling kita seperti pasangan kita, anak dan kawan-kawan kadangkala menjadi penghalang untuk kita beribadat.
- cth: kawan ajak sembang sedangkan tu dah masuk waktu solat.
- cara atasi: belajarlah mengasingkan diri dari manusia apabila tiba masanya. Bijak atur masa untuk keluarga, kawan dan ibadat.

3) Bisikan Syaitan.
- syaitan memang sentiasa membisikan kejahatan supaya kita jauh dari Allah.
- cara atasi: banyakkan berzikir untuk melawan godaan syaitan. 

4) Nafsu
- cth: nafsu makan menuntut kita makan berlebihan masa buka puasa, sehingga kita tak larat nak melakukan solat sunat tarawih.
- cara atasi: diri kita perlu berlawan dan mendidik nafsu. Kita yang menguasai nafsu, bukan nafsu menguasai kita.


Jom kita renung kembali kehidupan seharian kita, kenal pasti mana satu perkara yang jadi penghalang kita untuk beribadat dan mendekati Allah. Mungkin satu, atau kombinasi diantaranya. Dah kenal pasti? Sekarang masa untuk mengatasinya!

12 comments:

  1. setuju !

    nafsu tuu yg paling payah .. puasa jin syaitan semua diikiat tapi nafsu sentiasa ada .. huhu

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. bila nak buat ibadat banyak je halangannya kan..tapi pucuk pangkalnya hati..

    ReplyDelete
  4. kena istiqamah dalam lakukan perkara yg baik,kdg2 diri sendiri xckp beristiqamah...insyaallah sama2 perbaiki lagi...

    ReplyDelete
  5. padat dan ringkas..sama2 lah kita renungkan..bila sesama kita saling ingat mengingati, berpesan2..insya Allah banyak manfaatnya :)

    ReplyDelete
  6. Godaan syaitan itulah yg paling sukar buat kakak nie. Lain-lain masih boleh lagi.. kena lebih bermuhasabah kakak nie ujie..

    ReplyDelete
  7. *belajarlah untuk zuhud (maksudnya hati yang tak mencintai dunia)*

    k.ujie tau x perkataan zuhud ni terngiang2 dalam fikiran sy..xtau knp, sampai kadang2 dalam toilet pun terkeluar perkataan zuhud dr mulut sy..pas2 sy terfikir apa maksud zuhud?zahid sy tau la hehehe
    alhamdulillah ari ni dah dapat jawapan.
    tapi knp ye zuhud ni terngiang2 di ingatan?

    ReplyDelete
  8. susah kalau dah nafsu mengatasi segala2nyer...
    terutama kalau bab makan..
    sebab tulah disaran kan makan sekadar alas perut je...
    kurma n air..
    bukan apa takut jadi berat tulang nak mayam...

    ReplyDelete
  9. KAKZAKIE:
    Bkn akak je, saya dan semua kena slalu muhasabah diri. Lagi pulak tahap iman tu slalu berubah..kdg tinggi kdg rendah.

    SHAHZEE:
    Terkeluar dimulut..pastinya dari hati. turutlah kata hati zee yg ingin belajar jadi manusia zuhud. Sbb ia sesuatu yg baik tp sukar...bg diri akak sndiri pun terasa berat. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  10. moga 4 halangan ni x menjadi bahan alasan kita mendekatkan diri pdaNya..nice sharing sis..salam ramadhan

    done follow sini

    ReplyDelete
  11. hukhuk..smuanya melalaikan..

    cuba untuk merubah diri jd y lebih baik..mudah2an...amin..

    thankss k.ujie igtkan..

    ReplyDelete
  12. bulan puasa ni yang ketiga tu dah tak jadi halangan. bulan puasa memang bulan yang nak menguji kuat ke tak iman kita.. kalau dah malas2 nak dekat dgn Allah tu dah tak boleh salahkan syaitan, kena tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****