TERKINI di Almari Baju Aisyah :

Tuesday, 24 July 2012

Bertemu Di Alam Mimpi

Semalam salah seorang kakak saya (saya ada 5 orang kakak) bagitau yang malamnya dia bermimpi bertemu dengan arwah bapa saya. Bapa saya dah meninggal lebih 3 tahun lalu, iaitu pada 12 Mac 2009. Sukar untuk kakak saya ingat apa yang dimimpikannya. Cuma yang pasti arwah bapa ada memegang tangan kakak saya dan bila terjaga ia seolah-olah benar.

Saya sendiri belum pernah alami mimpi bertemu dengan insan-insan yang telah berada di alam lain ni. Walaupun semasa beberapa bulan di awal 'pemergian' bapa saya, saya merasa sedih dan kerap menitiskan air mata tapi arwah bapa tak pernah hadir dalam mimpi saya. 

Berbalik kisah mimpi tadi, berdasarkan pandangan para ustaz bahawa secara UMUMNYA semua bentuk mimpi adalah mainan tidur. Ia mungkin hadir disebabkan keadaan emosi kita sebelum tidur, syaitan yang ingin mengganggu atau sekadar lintasan mimpi biasa. Memang ada mimpi yang mempunyai maksud, tetapi jika kita tersilap mentafsir atau meminta tafsiran dari orang yang bukan sepatutnya ia dibimbangi membawa mudarat. Sebaiknya kita anggap ia mainan tidur sahaja.

Bagi mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal, para ustaz menyarankan kita supaya mengirimkan doa kepada arwah atau bersedekah bagi pihak arwah. Anggaplah mimpi itu sebagai ingatan kepada kita yang masih hidup untuk memberi 'sumbangan' kepada arwah. Wallahu a'lam.


p/s: Mari kita doakan kesejahteraan kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang telah 'pergi'. Walau terpisah alam, tapi kita masih boleh memberi 'hadiah' buat mereka. Itulah tanda kasih sayang abadi.

25 comments:

  1. semoga roh ayah ujie tenang di sana..insya allah..dengan ingatan dan doa anak2..

    ReplyDelete
  2. Mungkin kakak ujie terlalu rindukan ayah. Asalkan dapat bertemu di alam mimpi pun dapat juga mengubat rindu kan?

    ReplyDelete
  3. salam ujie..semoga rohnya dicucuri rahmat.
    AlFatihah

    ReplyDelete
  4. faktor pengaruh emosi sebelum tidur, betul juga. sebab aku pernah bermimpikan kematian orang yang aku `benci'.

    ReplyDelete
  5. alfatihah... semoga arwah tenang disana

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi mimpi yang terasa2 kehadirannyer...
    semoga kita sentiasa ingat insan tersayang yang telah meninggalkan kitakan.. kirimkan doa...

    ReplyDelete
  7. Mesti kakak Ujie rasa gembira walau sekadar bertemu dlm mimpi, sebab rindu padanya kan. Mak kakak dah lebih 20 tahun meninggal so bila jumpa dlm mimpi kakak rasa suka.

    Kalau boleh setiap kali solat jgn lupa mendoakan ibu-bapa samada yg masih hidup atau yg telah pergi.

    ReplyDelete
  8. kakak akak rindu arwah kot? hurmmm


    eyda salu mimpi arwah makcik eyda yang eyda paling rapat.. rindu sangat kat dye.. sampai skrg, eyda takleh lupa penyebab dye menderita sebelum dye meninggal.. :'(

    ReplyDelete
  9. Hr tu ada dengar ceramah ustaz harun din mengenai kematian ...ktanya roh yg baik akn dtg menjenguk kita dn ianya hdir dlm bntuk mimpi..sebb ktanya hanya roh yg baik yg dibenarkn turun untuk menjenguk keluarga nyer...mknanya..doa dari ank2 dn cucu tu penting untuk arwah..sebb xde apa lg yg roh tu hrapkn kecuali doa n sedekah dr keluarga..wallahualam

    ReplyDelete
  10. betul tu sedekahkan saja alfatihah ye!

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah buat arwah ayah Ujie.
    Kak Nurul pun ada juga masanya bermimpi dgn arwah emak kak Nurul.

    ReplyDelete
  12. Al-Fatihah untk arwah ayh akk...semoga arwah tenang di sana..amin

    ReplyDelete
  13. ira pon xpernah mimpi camtu..

    al fatihah buat arwah ayah k.ujie..

    semoga allahyarham tenang di sana...

    k.ujie jgn sedih2 yea..:)

    ReplyDelete
  14. betul tu .. selalunya mimpi jumpe arwah ni tanda arwah mohon kt sedekahkan al-fatihah .... pdnya dan jgn melupakanya...

    al-fatihah buat arwah ayah ujie..

    ReplyDelete
  15. mimpi kalo macam real ni rasa macam taknak..sebab bila tersedar kita tahu tu hanya mimpi lepastu akan rasa frust n sedih sangat..huhu..

    selalu jugak mimpi arwah abah..

    semoga arwah bapa k.ujie tenang di alam sana..aamen.

    ReplyDelete
  16. betul tu sis..al fatihah utk mereka yg dah mendahului kita..moga roh mereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  17. walaupun dalam mimpi, mesti kakak akak seronok...

    semoga arwah tenang di sana....

    ReplyDelete
  18. hari ni genap seminggu la opah saya pergi..boleh kata setiap hari dalam seminggu ni saya asyik terkenang kan dia.bukan tak redha dia pergi tapi sedih sebab selama ni dia lah keutamaan keluarga kami..kadang2 nak jugak mimpi kan dia sebab rindu sangt..tapi tak pernah mimpi pun..tiap malam saya hanya berdoa dan mengaji je, untuk dia kat sana.

    semoga mereka2 yang telah pergi berada dalam sejahtera dan tenang di sana...

    ReplyDelete
  19. SM:
    tu benci betul ke benci tapi rindu? siap mimpi..

    J/IRA:
    thanks ira..ckp jgn sedih, lagi sedih pulak lah akak ni.

    PRETTYWRITE:
    betul tu yana, sbb mcm betul tapi hakikatnya hanya sebuah mimpi.

    oh, kita sama rupanya..takde bapa dah.

    DIANA:
    Takziah buat diana & keluarga. Sedih & tangisan bkn tanda tak redha, ia cuma luahan rasa kasih pd yg tiada.
    Saya dulu pun sebulan tu asik menangis. tiap kali doa/baca yasin, tiap kali tu mengalir air mata.

    ReplyDelete
  20. semlam genap 17 tahun arwah ayah tinggalkan saya..masa mula2 arwah meninggal mmg kerap sgt mimpi kat dia sebab terasa sgt kehilangan...
    moga arwah ayah kita tenang di sana. al-Fatihah...

    ReplyDelete
  21. AISHAH:
    sebak pulak baca komen aishah ni..
    Masa berlalu, tapi ingatan&kasih tetap segar.

    ReplyDelete
  22. semoga roh arwah ayah akak tenang di sana.mungkin juga mimpi tu 1 peringatan pd anak2 supaya sentiasa doakan dia kan..jarang2 orang dapat keistimewaan ni

    ReplyDelete
  23. kita kehilangan insan bergelar bapa pada tahun yg sama k.ujie.. >_<

    ReplyDelete
  24. Mlm tadi mimpi jmp e arwah nenek tiri n dok srumah dng die.tp mstu sy tngah mrancang untk pindh tpt lain sb xnk dfok m dng arwah....mimpi tu mnakutkn sy dn mmg buat sy asyk fikir tntng tu...plz sape blh tafsirkan mmpi sy ni

    ReplyDelete
  25. ADI RATNA:
    umumnya..mimpi cuma mainan tidur. Tapi kalau kerap mimpi yg sama, mungkin perlu kpd penjelasan.

    Jangan risau tanpa sebab kukuh, nanti menyeksa diri.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...