Kunjungan Isnin lalu ke Bharat Tea Plantation, Cameron Highlands menyelesaikan satu misi di situ. Iaitu turun ke sungai/mini air terjun yang sangat menggamit saya sejak kunjungan pertama lagi. Kali ni pergi cuma berdua dan cuaca pula elok membolehkan saya menunaikan hasrat hati. Untuk info, Bharat Tea ni ada dua tempat. Yang saya pergi ni terletak di antara Ringlet dan Tanah Rata.
![]() |
| Dalam bulatan..itulah tempat yang ingin dituju. Jauh di tengah ladang teh. |
![]() |
| Sampai sudah tempat dituju...sedikit penat. Seronok rasa dapat relaks kat sini..ada unsur air dan landskap teh yang menghijau. |
![]() |
| Maha Suci Allah yang menjadikan keindahan ini. Rasa nak lepak lama-lama je...merenung aliran sungai. |
Ada dua misi di Cameron Highlands yang dapat dicapai dalam kunjungan kali ni. Lagi satu, misi nak makan strawberi hasil ladang orang Islam. Insya Allah akan diceritakan nanti.
p/s: Gambar di atas langsung saya tak 'edit', keindahan asli Cameron Highlands dah cukup membuatkan gambar kita cantik!




31 comments:
assalam ujie..memang cantik..acik lama dah tak naik CH..last naik masa yang sulong sekolah rendah lagi
cantiklah ujie views kat ch kan...winduuuu nak gi
** pasal restoran SR tu saya ada dengar dalam ceramah UAI..dia tak galakkan sangat makan kat situ...sekadar perkongsian je, papehal roger eks :)
ACIK:
lama tu..
Skrg kalau akak pegi mmg dh lain..byk bgnn baru.
TIHARA:
Oh ya ke..SR tu masa dok kecoh status halal, mmg tak g. Ok, thanks tiha. Kena review balik nih..
hijau..nampak tenang je..
Cantiknya pemandangan di CH....
ujie,gambar yg last tu mmg ctk sgt2..
cantiknya ujie..zi teringin sgt2 nk g ch tp asyik tangguh je..ala x sabarnya nk g
chantek + tenang jer view dia esp. picta last 2..ida pon plan nk g CH next month...hope tcapai lah ^_^
FIEDA:
yg sbnr..lagilah cntik. Rasa mcm bkn kat malaysia jap. ^_^
SHAHZEE:
Jgn tangguh lagi..tak jauh sgt kn dari tmpt zi.
IEDA:
Insya allah..enjoy your holiday dik!
gambar dah cantik ..
kalau edit langsung jadi rosak gambo..
dulu masa pergi CH..nak turun tapi rasa macam jauh sangat lah..
tengok dari kejauhan je.
kalau tau comel macam ni..rela turun walaupun jauh
EITA:
Sbnrnya tak terlalu jauh. Cuma laluan berbukit agak memenatkan bg yg kurang stamina mcm akak.
Cantiknya tempat ni. :)
tgk gambo je....simpan jugak hasrat nak g cameron ni...xpenah jejak lagi.lawa pemandangan...
byk kali pergi tp aku x pernah tau pun ada view sebegini cantik
Kalau ke CH mesti singgah sini, tapi tak pernah turun sampai kat sungai tu... sbb semput bila nak naik semula...
subhanallah.. indahnye..=D
jom baca kejap..=D
http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/still-jahat-walaupun-dah-solat.html
Ujie, ari tu masa singgah Bharat Tea tu ada nampak sungai ni dari jauh. Teringin nak pegi, tapi tak tau ikut mana. Kena jalan kaki ke sebenarnya ? Hahah. Tak sabar nak baca cerita stoberi org Islam tu. Next time nak pegi lagi cameron ni. Hehehe.
KHAI:
Tak perasan kot..jauh kt tgh ladang.
MIE:
hmm..mmg tak cukup nafas gak masa nk naik semula tu. Nk turun ok..cuma rasa penat sikit. Tp teringin punya pasal..
LYD:
a'ah lyd..kena jln kaki. Ikut jln yg bersimen tu.
nxt time, try la. best gak jln2 dikelilingi ldg teh.
cantikknya...... sy xtau ade kawasan mcm ni kat kdg teh cameron tu...
teringin nak pergi CH .. terjah sana belum puas lagi.. keindahan disana memang cantik :) subhanallah
cantik sangat2......xpernah lg jejak ke sni....arap2 sempat :)
memang cantik suasananya,lama tak pegi sana,paling best udara pagi sejuk :P
dah tempah satu rumah peranginan kat sana utk bulan 5 taun depan... x sabo nak p ramai2 ngan family besar,,, hehhe
K.Ujie..jalan kaki jer turun ke sungai tu?pheww..jauh betul kan..tapi memang nampak mendamaikan..nakkkk jugak pergi sana..tenangkan pikiran..subhanallah!tak pernah sampai lagi ni..huhu
kak ujie... sangat2 cantik gambar2 yg diambil tu. teruja plak izan tengok. bilalah agaknya kaki ni nak jejak sana ye... dah berzaman2 tak pergi CH..
salam..lama tak kunjung tiba..apapun keunikan CH tak tergambar dgn kata2.. ciptaan tuhan indah2 belaka..
semoga kak ujie sekluarga sihat belaka..
LIA:
jauh lagi bln 5 tu..tak sabar kalau akak nih. ^_^
PRETTYWRITE:
yup, jln kaki. penat jugak tapi berbaloi.
IZAN:
lps ni kalau pegi boleh target ke sini.
WS:
wah..lama menghilang kini muncul.
eh, mcm pantun la komen achie!
Cantiknye tempat ni...
penuh kehijauan...sejuk & segar mata memandang...
gambar2 yg diambil pun cantik..~
lama tak jejak ke sungai ni...dah jadi gini rupa dia hehehe
dahulu ia tempat aku bermain bersama anak2 india (kawan sekolah) dan kawan2 orang asli...sampai kena halau lah dgn org dewasa hehehehe
TP:
serius..jeles daku!
Mesti best zaman knk2 awak...hutan..sungai..gunung.
ujie : jgn ar jeles...setiap kampung halaman ada cerita nya tersendiri. Memang betul tu... zaman kanak2 ku mmg dihabes kan aktiviti begitu selain tolong berkebun(yg ada kebun)
sebabb tu minat aktiviti lama dibawa sampai skrg ni. cuma ada pertambah dgn sukan2 laut pula :)
Post a Comment