My Blogshop :

Sunday, 3 June 2012

Makan Berhidang...

Ada 10 dulang semua...juga 10 set kuih muih dan buah.

Ni hidangan kenduri di rumah mertua saya.
Cara 'makan berhidang'...satu dulang ni untuk empat orang makan.
Dah lama sebenarnya tak buat style gini, beberapa kali kenduri sebelum ini buat cara buffet.
Kenduri di rumah mak saya pulak masih seperti tahun sebelumnya..buffet.

Bila buat 'makan berhidang' ni kerjanya memang lebih.
Dari kerja menghidang sampailah nak membasuhnya pun banyak.
Tapi memang memudahkan para tetamu untuk menjamu selera.
Mudah nak menambah nasi, lauk, kuih atau minuman...semuanya terhidang depan mata.

Makan berhidang...ADAT yang kian terpinggir.
Kehidupan hari ini membuat kita terpaksa memilih yang lebih PRAKTIKAL...buffet

18 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

jarang dah tengok style macamni klu pegi mana2 majlis...selalu buffetkan..

LydSunshine said...

Dah lama tak tengok teknik menghidang2 macam ni. Biasanya dalam 1 dulang tu ada lauk ayam, lauk daging, acar dan tembikai.

Telor Power said...

rindunya cara makan begini kali terakhir makan begini di BP, Johor. tapi bukan nasi ambang, mmg makan nasi berlauk begini.selepas majlis tahlil

paling syok masa nak basuh tangan, tangan kita akan di basuhkan oleh tuan rumah, tanda hormat pada tetamu kot (xpasti)

tekejut masa tu.

Pok Amai-Amai said...

Sy mmg dah lame tak menikmati kenduri kawen berhidang mcm nie.

CikUna said...

huhu.. style orang jawa ni kak ujie kan ?? hurmm.. kat area rumah una pun diorg masih buat style gini.. best..

eita said...

style macam ni memang dah takde dah..
baik kat kampng mau pun bandar..semua dihidang secara buffet...
tenaga keje yang semakin berkurang...

Prettywrite said...

kenduri arwah jer yang masih amalkan makan hidang ni..lain2 senang buffet jer..tak kerah banyak tenaga..ambik sendiri jer..

Ujie said...

TP:
Ni mmg kat BP..^_^
Kami ni pun tak buat nasi ambeng..sbb lagi byk kerja msk2nya.
Siap basuhkn tgn..hmm..layanan baik punya!

CIK UNA:
yup, betul..jawa.
Tp skrg dh ramai buat buffet..mudah kerja.

EITA:
betul tu..tenaga kerja mmg jd problem. sume org ada hal sndirik.

PRETTYWRITE:
Yelah..yg ni stkt knduri arwah. pun dh tak larat nk membasuh pinggan dll.

Siti K------- said...

kt umah ct bila ade majlis pape...skali skala buat gk makan berhidang :D

Izan Ishak said...

rumah MIL izan masih buat cara makan berhidang camni. mmg kerjanya leceh sikit tapi tetamu yg dtg suka dan seronok...

khaifaiz said...

dah lama x jumpa makan jenis berhidang ni... kebanyakkan guna buffet

Telor Power said...

ujie : maknanya betul lah warga BP masih kekalkan tradisi. tahniah.

yup mmg siap basuhkan tangan lagi... masa tu aku kata tak payah dan nak basuh sendiri. siap tuan rumah bekeras dan biar dia basuhkan...

"jangan pelik, adat org johor mmg begini" kata tuan rumah.

Tihara said...

buffet tu cepat tp byk membazir..saya ske makan hidang mcm ni..macam makan kat umah,,tp kalo nak wat nuri saya prefer bungkus anto kat mesjid..hehehe..tp nk try jugak lah wat nuri berhidang ni :)

diana said...

dulu makan berhidang ni kalau buat pun sebab ada ramai budak2 bujang yang sukarela jadi tukang basuh..la ni budak2 bujang tak mau buat dah benda2 gini..depa lebih suka ambik gambaq ja..

la ni nak harap kat yang tua2 tu memang tak terbuat la depa..

Ujie said...

TIHA:
kalau nk buat mkn berhidang, pastikan ada tenaga kerja membasuh yg cukup. kalau sikit, patah pinggang jugak.

DIANA:
hmm..betul la tu. Knduri ni pun yg anak dara sume menjauh..

Nazayiena said...

Dulu rumah MIL klu kenduri pun buat hidangan pki dulang nie,tp dah beli set buffet xde pki dulang lg.

SHAHZEE said...

kalau kat kg berhidang lg la.bulan lps balik umah atuk suami kat grik,dorang still mkn bhidang.bagus sbb budak2 muda semua tolong..
tp kat bandar2 payah la nk jumpa,sedangkan umah sy yg felda 2 pun dah buat bfet

Lia Irdelia said...

kalau kenduri belah ayah saya selalu buat mkn berhidang camni,,, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...