My Blogshop :

Wednesday, 20 June 2012

Kempen Bantuan Ramadhan

KLIK banner untuk membuat sumbangan.

Kempen Bantuan Ramadhan ni anjuran sebuah NGO, iaitu Islamic Relief Malaysia (IRM). Sebuah badan kebajikan yang boleh dipercayai untuk kita menghulur bantuan kepada yang memerlukan. Hanya RM50 bantuan untuk satu keluarga.

Matlamat kempen?
1. Menyediakan pek makanan berkhasiat sebagai usaha meringankan masalah malnutrisi di kalangan masyarakat miskin.
2. Menggalakkan pembangunan berterusan masyarakat penyayang dengan meningkatkan kesedaran dan mengadakan kerjasama pintar dengan pihak berkaitan membantu golongan terpinggir.

Siapa sasaran bantuan?
Sejumlah 6500 buah keluarga yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin.
    • Ibu tunggal
    • Anak yatim
    • Pesakit kronik
    • Orang Kelainan Upaya (OKU)
    • Orang Asli
    • Gelandangan

Lagi satu, kalau ada yang minat nak join sukarelawan IRM ni boleh KLIK SINI. Jangan risau, ada kursus induksi sebelum korang bergelar sukarelawan.

14 comments:

pok amai-amai said...

Menarik! Insya-Allah....ade rezeki, boleh kita berkongsi.

Prettywrite said...

insyaallah dah usha website tu..derma setakat yang mampu..tp kenapa dia kata untuk 2minggu bekalan makanan dalam bulan ramadhan..kenapa tak sebulan kan..betapa ramainya orang yang masih memerlukan..sma2 lah kita meringankan beban mereka..

Ujie said...

PRETTYWRITE:
Pd pndpt akak, kalau dia target nk bg bntuan sebulan..tak dptlah nk bantu lebih ramai lagi. Sbb dana terhad. Lebih baik sikit (2minggu), tapi jumlah penerima ramai.
Agaknyalah..

Tihara said...

bagus jugak ni, insya Allah nt nk pi website ni

Siti K------- said...

insyaallah dapat gaji nti ct tolong yang mampu..suka sgt lau dpt tolong :)

Telor Power said...

owh sangat seronok ni, tak sabar nak buat kerja2 sukarelawan begini.

tapi di area bandar sana saja kah?

Ujie said...

TP:
hmm..tak pasti pulak. kena tanya pihak IRM. Kalau kursus memang kena kat office Bangi.

fieda said...

bagus aktiviti ni..

SHAHZEE said...

bagusnya aktiviti ni..amik berkat bln ramadhan..jap nak terjah website islamic relief

Aishah Jahirah said...

kursus dia lama ke?bangi dekat dah tu..

Ujie said...

AISHAH:
tak lama..sehari je.
Tapi saya tak penah join..penjaga tak bg.

Lia Irdelia said...

bgus jugak kan ada aktiviti camni,, :)

Woofer Storm said...

mcm best je nak jadi sukarelawan ni..tapi harap2 tak ganggu dgn schedule keja ni..ermm

Ujie said...

WS:
IRM akan bg list kat mana & bila perlu sukarelawan..then kita pilih ikut sesuai kita. Slmt mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...