Tuesday 5 June 2012

Bakawali...Misteri dan Khasiat

Balik kampung kelmarin, saya ternampak pokok ni di rumah mak mertua.
Bunganya (yang dah layu) banyak bergantungan. Cantik tapi agak pelik rupanya.
Terus saya berminat membelek dan interview mak mertua pasal pokok ni.
Uniknya pokok ni, bunga dan daun yang baru akan tumbuh pada daun yang matang.
Nampaknya ia tumbuhan dari keluarga kaktus. Macam pokok naga (pitaya)...

Besar jugak saiz tiap kuntum ni.
Cantik dan unik!

Masa kembang ia akan ke atas, bila dah layu jadi bergantungan gini.

Ni masa kembang. Saya tiada gambarnya.
Gambar ni diambil dari SINI

Bunga ni hanya kembang sekali sahaja pada waktu tengah malam, kemudian layu.
Baunya sangat wangi masa ia kembang...menurut pengalaman mak mertua saya.
Ada orang tak berani tanam sebab pokok ni dikatakan ada penunggu.
Tapi setakat ni mak mertua saya tak pernah alami kejadian pelik lagi.
Mungkin hanya terjadi pada yang terlalu percaya atau terlalu takut.

Pokok ni dikatakan ada khasiat, tapi tiada bukti saintifiklah.
Antaranya, air pada kelopak bunga yg berkembang tu boleh sembuhkan sakit mata.
Kalau nak tau cerita-cerita lanjut berkenaan pokok unik ni, korang boleh KLIK SINI.


p/s: Sebab ia unik, saya teringin nak tanam. Tapi ia perlu ruangan luas, jadinya tak sesuai untuk laman rumah saya ni. Teringin nak tengok ia berkembang dan mewangi.

31 comments:

  1. macam misteri je pokok ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Ujie, bakawali nie mmg tumbuhan rare sy rs. Wow!

    ReplyDelete
  3. bermisteri owh pokok ni...

    ReplyDelete
  4. 1st time melihatnya...sebelum ni hanya dengar dari mulut ke mulut.

    ReplyDelete
  5. 1st time tengok bunga ni...tak pernah tau sebelum ni..

    ReplyDelete
  6. bakawali..teringat lagu elly mazlein dulu tu..hehe..

    ReplyDelete
  7. rupanya lain lak bila kembang....

    fes time tengok pokok ni n baru tahu pasal mitos ni....

    ReplyDelete
  8. ujie..memang pernah dengar tapi tak pernah tengok sendiri bunga bakawali ni

    ReplyDelete
  9. tengok dia bergantungan tu pun dah rasa seriau...
    mesti cantik bunga dia kan...

    ReplyDelete
  10. oh,inilah bakawali er...selalu dgr nama org dulu2 je bakawali neh..hehehe

    ReplyDelete
  11. bakawali.. sembuhkan sakit mata? kalau yang rabun bole sembuhkan tak? tengah cari cara cane nk hilangkan rabun ni hah. huhuhu

    sory lama tak bw.. jiwa kacau :)

    ReplyDelete
  12. ohhh mcm ni bunga bakawali eh...lagu siti nordiana tu

    ReplyDelete
  13. Ooo..ini rupanya bunga bakawali. Nak tanam guna anak pokok ke biji benih?

    ReplyDelete
  14. LYD:
    Guna keratan batang..dia spesis kaktus.

    ReplyDelete
  15. Baru first tgk bunga bakawali....cantik.

    ReplyDelete
  16. nmpk cntk bunga tue bila kembang..

    ReplyDelete
  17. tetiba teringat lagu bunga bakawali yang nana nyanyi... huhu

    ReplyDelete
  18. cantik :). tapi kampung mek mertua kak ujie kat ner yer?. first time saya tgk bunga bakawali :)

    ReplyDelete
  19. SURAYA:
    kat Batu Pahat, Johor.
    Nk tengok yg real, bolehla dtg..^_^

    ReplyDelete
  20. Mcm mana nk tanam nya tu...?

    ReplyDelete
  21. KARUKORD:
    mertua saya kata, kerat dan tanam terus. senang je katanya.. tapi ia perlu tiang sokongan, jenis nak memanjat.

    ReplyDelete
  22. bakawali?x penah dgr n x penah jumpa sblm ni..ingatkan lagu bakawalli 2 saje2 je penulis lirik letak hahaha
    mmg nmpak misteri la

    ReplyDelete
  23. selalu dgr, tpi x pnah tengok sendiri..

    menarik! :)

    ReplyDelete
  24. Askum..kalau sy nak anak dia atau benih atau keratan daun dia blh x..?sbb sy nak tanam kat umah sy,blh x..?kalau nk jual,sy sanggup beli..boleh..?kalau sudi nk juai,contact sy erk- 0139894573(shaiful).

    ReplyDelete
  25. SHAIFUL:
    Nanti saya tanya mertua dulu ya.. Tapi kena ambil kat Johor la. Sbb mertua kat sana.

    ReplyDelete
  26. Ooo,ok2..tapi kalau awk sibuk,xpe dululah.nnt ada masa,awk tanya la ya mertua awk..for info,sy tinggal di terengganu..

    ReplyDelete
  27. SHAIFUL:
    Beberapa hari lalu dah contact awak, tapi takde reply.

    ReplyDelete
  28. utk sakit lutut tumit darah tinggi kncing manis kulit

    ReplyDelete
  29. UJI...
    BOLEH SAYA BELI TAK KERATAN BATANG BUNGA BAKAWALI TU?SY DARI PONTIAN, JOHOR

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak...tak pasti mak mertua ada tanam lagi ke tak. Entri ni tahun 2012. :)
      kalau ada, tak yah beli. Boleh dtg ambik di BP.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****