Friday 29 June 2012

Untuk Yang Baru Belajar Berpuasa...

Pek kurma Upin & Ipin.

Idea 'packaging' yang menarik.

Sesuai untuk anak kecil yang belajar berpuasa.


p/s: Entri ringkas...balik kampung di Johor.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 27 June 2012

10 Entri Yang Selalu Dicari

Saya terlupa...hari ni genap setahun menulis blog.
Untuk jangkamasa setahun ni, saya nak paparkan 10 entri paling banyak dicari.
Tujuannya untuk kenangan dan rujukan masa akan datang. 
Memang tak banyak mana pageviews, tapi statistik ini tetap bernilai bagi saya.


Paling menarik, entri 'Shamsiah Fakeh' tu dipromosikan sendiri oleh penulis bukunya (Azzah AR) melalui laman Fb beliau. Dan entri tu mencatat sejarah sebab paling banyak mendapat 'LIKE' (23 orang), yang pastinya datang daripada peminat-peminat Azzah AR.

p/s: Apa entri paling 'hot' dalam blog korang? Share la..

Siapa Ada Buat Begini?


Haaa...siapa ada buat macam ni?
Bukan setakat bercakap, tapi siap menyanyi lagi.
Suara yang kurang sedap pun jadi macam sedap je kan.
Tak percaya? Cubalah sendiri!
^___^

Tuesday 26 June 2012

Strawberi Hasil Ladang Orang Islam

Misi kedua saya dalam siri ke Cameron Highlands (CH) baru-baru ini...ingin menikmati strawberi hasil ladang orang Islam. Biasanya kita beli strawberi yang ada di pusat jualan atau di ladang yang banyak di sepanjang jalan CH tu. Yang mana saya dapati semuanya milik non-Muslim. Setakat beli strawberi tiada masalah, sememangnya halal. Tapi saya agak ragu-ragu untuk menikmati hasil proses strawberi seperti home made ice-cream. Lagi-lagi yang menyediakannya jelas non-Muslim dan tiada jaminan Halal Jakim.

Jadinya saya mula mencari-cari di mana lokasi ladang dan pusat jualan milik Muslim (selain beli di MARDI). Hasil carian Internet menemukan sebuah ladang strawberi Muslim yang terkenal. Lokasinya di Kampung Taman Sedia, kira-kira 600 meter dari pekan Tanah Rata. Ia sebuah perkampungan tradisional orang Melayu.

Jalan masuk ke Kg. Tmn. Sedia.
(Gambar ambil dari blog ini.)
Agak padat dengan rumah, homestay dan ladang-ladang strawberi. Memang menarik kampung ni! Homestay memang banyak dan dikelilingi ladang strawberi (lain-lain pemilik). Suatu pengalaman yang berbeza jika kita dapat menginap di sini. Lepas berpusing dua kali, barulah kami jumpa ladang yang ingin dituju tadi. Kami terus ke pusat jualan/kafe, keadaan lengang sebab hari Isnin. Tapi hampa sebab staf di situ asyik berborak sesama mereka dan macam tak nampak kami yang berdiri di kaunter jualan. 

Tak mahu hilangkan mood happy, kereta kami bergerak ke ladang bersebelahan iaitu YZ Agro Farm. Juga menyediakan pusat jualan/kafe untuk pengunjung bersantai di kelilingi ladang strawberi. Kat sini layanan memang baik dan mesra. Alhamdulillah...tidaklah kecewa lagi. Di sini kami menikmati strawberi segar, strawberi coklat dan marshmallow coklat. Kalau nak bersarapan, nasi lemak pun ada. Sayangnya home made strawberry ice-cream sudah habis. Strawberi sedang berkurangan berikutan pengunjung ramai masa cuti sekolah yang baru berlalu.

Strawberi segar- RM6/pek @ RM15/ 3pek.
Strawberi coklat & marshmallow coklat- RM5/ 3 cucuk.

Kafe/pusat jualan yang terletak di tengah ladang strawberi.
Memang best bersantai kat sini...sangat dekat dan boleh capai buah strawberi  tu
.
(gambar ambil dari YZ Agro Farm)
Bagi yang berminat nak datang, YZ Agro Farm ni terletak di:
No. 22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands.
Tel.: 05-4850032

Untuk homestay & penginapan apartment, kena call 011-1945 2116 (Abdul Khalid)

p/s: Jom sokong bisnes Muslim CH! 


Sunday 24 June 2012

UAI Di KUIS, Selangor.

Alhamdulillah...
Malam semalam (Sabtu malam Ahad), saya berkesempatan hadir kuliah Ustaz Azhar Idrus.
Kebetulan ia diadakan sangat dekat dengan perumahan saya, iaitu di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Selangor. Bukan nak menunjuk, tapi sangat gembira selepas kecewa bila kuliah di PICC dibatalkan baru-baru ini.

Saya tiba menjelang waktu Maghrib, memang dah ramai orang membanjiri sekitar KUIS.
Untuk mencari parking tidaklah sukar, sedari awal ada ramai 'pengawal trafik' yang mengawal dan membantu lalu lintas. Sangat sistematik dan amat membantu. Waktu solat maghrib jemaah dah melimpah ruah hingga jauh ke bahagian luar masjid. Syukur saya masih sempat cari ruang di dalam.

Selepas tamat kuliah & solat Isyak, orang ramai bersesak untuk bersalaman dengan UAI.
Gambar ni suami saya yang ambil...ni jelah paling elok.
Kat luar masjid ada jualan buku, vcd kuliah dan barangan UAI lain spt. t-shirt & sticker. Ni semua yang original. Suami saya berkenan kat t-shirt bertulis 'Cap Ayam' tu, tapi takde saiz la pulak.

Sedikit isi kuliah/jawapan pada soalan, untuk perkongsian bersama:
- Mukjizat hanya untuk para nabi. Karamah pula bukan saja untuk para wali, tetapi juga untuk orang-orang beriman (mampu hafal ribuan hadis..itu juga karamah).
- Bacalah al-Quran sekurang-kurangnya 1 helai sehari (2 muka surat), barulah kita dikira tak lalai dari mengingati akhirat.
- Isu lagu/drama/filem cinta Islami... asalnya tak salah, TAPI jika kita jadi seronok hingga mengarah yang tidak elok maka ia jadi salah.
- Hukum menonton wayang...JIKA kita tak buat maksiat di situ dan filem yang ditonton pun tiada unsur maksiat maka tak haram. Jika sebaliknya, jadi haram walaupun tonton di rumah sendiri.
- Kedudukan isteri sangat mulia, setiap perbuatan (tumbuk sambal, panas memasak, senyum pada suami) semuanya dapat pahala.
- Jika PRU diadakan pada musim haji, lebih elok pergi haji. Walau tak dapat mengundi, masih boleh berdoa dari sana.

p/s: Sorry..terlebih panjang sudah.

Thursday 21 June 2012

Sungai Di Bharat Tea Plantation

Kunjungan Isnin lalu ke Bharat Tea Plantation, Cameron Highlands menyelesaikan satu misi di situ. Iaitu turun ke sungai/mini air terjun yang sangat menggamit saya sejak kunjungan pertama lagi. Kali ni pergi cuma berdua dan cuaca pula elok membolehkan saya menunaikan hasrat hati. Untuk info, Bharat Tea ni ada dua tempat. Yang saya pergi ni terletak di antara Ringlet dan Tanah Rata.

Dalam bulatan..itulah tempat yang ingin dituju.
Jauh di tengah ladang teh.
Sampai sudah tempat dituju...sedikit penat.
Seronok rasa dapat relaks kat sini..ada unsur air dan landskap teh yang menghijau.

Maha Suci Allah yang menjadikan keindahan ini.
Rasa nak lepak lama-lama je...merenung aliran sungai.
Ada dua misi di Cameron Highlands yang dapat dicapai dalam kunjungan kali ni. Lagi satu, misi nak makan strawberi hasil ladang orang Islam. Insya Allah akan diceritakan nanti.


p/s: Gambar di atas langsung saya tak 'edit', keindahan asli Cameron Highlands dah cukup membuatkan gambar kita cantik!

Wednesday 20 June 2012

Kempen Bantuan Ramadhan

KLIK banner untuk membuat sumbangan.

Kempen Bantuan Ramadhan ni anjuran sebuah NGO, iaitu Islamic Relief Malaysia (IRM). Sebuah badan kebajikan yang boleh dipercayai untuk kita menghulur bantuan kepada yang memerlukan. Hanya RM50 bantuan untuk satu keluarga.

Matlamat kempen?
1. Menyediakan pek makanan berkhasiat sebagai usaha meringankan masalah malnutrisi di kalangan masyarakat miskin.
2. Menggalakkan pembangunan berterusan masyarakat penyayang dengan meningkatkan kesedaran dan mengadakan kerjasama pintar dengan pihak berkaitan membantu golongan terpinggir.

Siapa sasaran bantuan?
Sejumlah 6500 buah keluarga yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin.
    • Ibu tunggal
    • Anak yatim
    • Pesakit kronik
    • Orang Kelainan Upaya (OKU)
    • Orang Asli
    • Gelandangan

Lagi satu, kalau ada yang minat nak join sukarelawan IRM ni boleh KLIK SINI. Jangan risau, ada kursus induksi sebelum korang bergelar sukarelawan.

Tuesday 19 June 2012

Kenduri Kahwin Mun

Dah beberapa hari tiada update.
Ahad (kelmarin) ke majlis kenduri kahwin blogger Mun dan suaminya di Trolak, Perak.
Lepas tu terus naik ke Cameron Highlands, Pahang untuk satu malam.
Dalam perjalanan balik, singgah di Tanjung Malim beli stok t-shirt untuk blogshop pulak.

Berbalik cerita kenduri kahwin...
Sampai di majlis kenduri Mun, memang terasa meriahnya.
Dari masa ke semasa ada pengumuman nombor cabutan bertuah.
Rasanya untuk penduduk kampung yang bergotong-royong menjayakan majlis ni.

Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah kumpulan kompangnya.
Sebab ia terdiri daripada golongan pakcik dan makcik...bukan budak muda!
Tak ramai pun, sekitar enam orang. Tapi hasilnya memang hebat.

Tadi dah berkompang di luar, ni di tepi pelamin pulak.

Antara 'buah tangan' dari pengantin...
Bunga biru tu rasanya hasil tangan Mun sendiri. 
 Saya sekadar cerita sedikit je. Untuk gambar dan cerita lanjut biarlah Mun yang tulis ya.


p/s: Sorry korang, lewat petang nanti baru boleh merayau blog korang. Ada kerja nak kena bereskan dulu ni.

Friday 15 June 2012

Jangan Ada Benci...

Lokasi: Pantai Batu Rakit, Terengganu.

Kalau jumpa orang berbuat dosa,
Jangan benci orang itu kerana dosanya.
Tapi bencilah perbuatan dosa itu sendiri,
Dan hindari diri daripada melakukan dosa yang serupa.

Kalau jumpa orang berbuat dosa,
Bimbinglah dia keluar dari gelumang dosa itu.
Jangan sekadar benci dan mengata,
Dia masih sempat memohon taubat,
Kita pula yang mengumpul dosa!


p/s: Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang sudi membacanya...

Thursday 14 June 2012

Jun

Bulan Jun ada kelainan berbanding bulan lain. Sebab ia bulan kelahiran saya dan 'kelahiran' blog ini. Walaupun bukan pada tarikh yang sama, tapi masih dalam bulan yang sama. Kawan-kawan blogger yang sama-sama lahir dalam bulan Jun ni...Diana Rashid, Eita & Fieda. Ni setakat yang saya tahu dan ingat. 

Hujung bulan nanti, blog ni berusia SETAHUN. Sekejap je masa berlalu. Dan buat pertama kalinya saya dapat undangan ke majlis perkahwinan seorang kawan blogger di Trolak, Perak. Insya allah saya akan menghadirkan diri, sebab tak terlalu jauh dari Bangi ni. Menariknya, tarikh tersebut juga tarikh penting bagi saya.


Bagi korang yang dapat kad ni, kalau dapat hadir bagitaulah ya. Insya allah boleh kita jumpa di sana hari Ahad ni. ^_^

Wednesday 13 June 2012

Pesanan Yang Unik

"Pesanan ikhlas: 
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan"

Gambar ni saya ambil dari ipar yang berkunjung ke Kelantan masa cuti sekolah lalu.
Kenapa saya kata unik?
Sebab saya tak pernah lihat atau tahu ada pesanan sebegini daripada pemerintah.
Kalau ada pun, di masjid-masjid untuk menghormati masjid sahaja.
Pesanan ini sebenarnya menunjukkan prinsip yang dibawa oleh sesebuah kerajaan.
Jelas...prinsipnya mahu mewujudkan sebuah negeri/negara berlandaskan syariat Islam.
Juga ia menunjukkan keprihatinan sebenar untuk 'menjaga' wanita.
Alangkah baik kalau pesanan baik ini ada di banyak tempat.


p/s: Kalau rajin...bertandanglah ke blogshop saya. Ada link kat sidebar tu. Kalau korang ada blogshop jugak, boleh exchange link. ^_^

Tuesday 12 June 2012

Terapi Alam

Lokasi gambar: Merlimau, Melaka.

Tika jiwa bergelodak...
Marah, benci, sedih atau bosan.
Juga tika anggota badan terasa lesu...
Semuanya bagai lenyap,
Dirawat oleh terapi biru hijau alam!

Monday 11 June 2012

Hari Keluarga

Cuti hujung minggu lalu saya dan suami sekali lagi balik kampung di Johor. Kali ni sebab ada Majlis Hari Keluarga yang mengumpulkan beberapa generasi dari keturunan arwah datuk saya. Disebabkan berturutan dua kali hujung minggu berulang-alik Bangi-Pontian/Batu Pahat, maka blog ni agak terabai. Termasuklah jarang bertandang ke blog korang. Kepada cik Yana Prettywrite yang bertanya...itulah sebabnya ya. 

Banner yang menyambut kehadiran semua.
Haji Nawawi tu arwah datuk saya, dari sebelah bapa.
Majlis ni diadakan setiap tahun. Penganjuran dibuat secara bergilir dikalangan adik-beradik arwah bapa saya. Disebabkan ramai di antara pakcik/makcik telah meninggal (bapa saya pun telah tiada), maka penganjuran diadakan oleh waris masing-masing. Semalam lokasinya di Ayer Baloi, Pontian, Johor. 

Gambar kiri: Khemah...tempat makan dan berkumpul.
Gambar kanan: Pertandingan mewarna...aktiviti wajib untuk menceriakan kanak-kanak.
Setiap keluarga ada warna baju sendiri, keluarga kami berbaju biru.
Majlis bermula dari pagi hingga sebelum waktu Asar. Tapi sebab saya nak balik jauh, waktu Zohor saya dah berundur dari majlis. Ada beberapa aktiviti yang tak sempat diikuti. Insya allah tahun depan jika berkesempatan, saya hadir lagi.

Thursday 7 June 2012

NEC Primero Ex...Barang Antik!


Inilah handphone pertama yang wujud dalam keluarga saya...NEC Primero Ex. 
Ia sebenarnya juga handphone pertama milik arwah bapa saya.
Bapa saya mula menggunakannya sekitar tahun 1997/1998. Sebelum tahun 2000.
Harganya mahal...lebih RM1000. Saya memang ingat, sebab terasa mahal sangat.
Kalau menurut cerita sorang blogger tu, dia beli dulu harganya RM1,800!



Handphone ni berat tau. Memang boleh jadi senjata.
Kalau nak guna, kena tarik antena kat atas tu dulu.
Nombor telefon yang bapa saya guna masa tu bermula 010.
Tak pasti saya ia kepunyaan service provider yang mana.

Handphone ni sekarang memang ada terletak atas almari hiasan di rumah mak saya.
Dah macam bahan pameran...barang antik!
Ada jugak yang berjual beli handphone ni di internet, sebab ia antik.
Tak percaya? Sila search... ^__^

Tuesday 5 June 2012

Bakawali...Misteri dan Khasiat

Balik kampung kelmarin, saya ternampak pokok ni di rumah mak mertua.
Bunganya (yang dah layu) banyak bergantungan. Cantik tapi agak pelik rupanya.
Terus saya berminat membelek dan interview mak mertua pasal pokok ni.
Uniknya pokok ni, bunga dan daun yang baru akan tumbuh pada daun yang matang.
Nampaknya ia tumbuhan dari keluarga kaktus. Macam pokok naga (pitaya)...

Besar jugak saiz tiap kuntum ni.
Cantik dan unik!

Masa kembang ia akan ke atas, bila dah layu jadi bergantungan gini.

Ni masa kembang. Saya tiada gambarnya.
Gambar ni diambil dari SINI

Bunga ni hanya kembang sekali sahaja pada waktu tengah malam, kemudian layu.
Baunya sangat wangi masa ia kembang...menurut pengalaman mak mertua saya.
Ada orang tak berani tanam sebab pokok ni dikatakan ada penunggu.
Tapi setakat ni mak mertua saya tak pernah alami kejadian pelik lagi.
Mungkin hanya terjadi pada yang terlalu percaya atau terlalu takut.

Pokok ni dikatakan ada khasiat, tapi tiada bukti saintifiklah.
Antaranya, air pada kelopak bunga yg berkembang tu boleh sembuhkan sakit mata.
Kalau nak tau cerita-cerita lanjut berkenaan pokok unik ni, korang boleh KLIK SINI.


p/s: Sebab ia unik, saya teringin nak tanam. Tapi ia perlu ruangan luas, jadinya tak sesuai untuk laman rumah saya ni. Teringin nak tengok ia berkembang dan mewangi.

Sunday 3 June 2012

Makan Berhidang...

Ada 10 dulang semua...juga 10 set kuih muih dan buah.

Ni hidangan kenduri di rumah mertua saya.
Cara 'makan berhidang'...satu dulang ni untuk empat orang makan.
Dah lama sebenarnya tak buat style gini, beberapa kali kenduri sebelum ini buat cara buffet.
Kenduri di rumah mak saya pulak masih seperti tahun sebelumnya..buffet.

Bila buat 'makan berhidang' ni kerjanya memang lebih.
Dari kerja menghidang sampailah nak membasuhnya pun banyak.
Tapi memang memudahkan para tetamu untuk menjamu selera.
Mudah nak menambah nasi, lauk, kuih atau minuman...semuanya terhidang depan mata.

Makan berhidang...ADAT yang kian terpinggir.
Kehidupan hari ini membuat kita terpaksa memilih yang lebih PRAKTIKAL...buffet

Friday 1 June 2012

Apam Pelangi


Apam Pelangi...
Bukan bikinan sendiri, tapi order online.
Apam ni saya tak pernah cuba buat pun.
Kalaupun saya pandai buat, saya memang kurang rajin nak buat banyak.
Saya beli banyak ni untuk bawa balik kampung di Johor.
Untuk keluarga saya di Pontian dan sebelah mertua di Batu Pahat.
Dua-dua rumah serentak buat kenduri hari Sabtu (malam).

Saya order online sebab dia boleh hantar percuma ke rumah saya.
Kiranya tak berapa jauh jarak rumah kami pun.
Harga Apam Pelangi ni RM20 satu bekas.
Produk lain- kek, puding pun ada.
Nak beli? Tengok-tengok pun boleh..
KLIK SINI.


p/s: Entri ni auto-published. Pagi ni saya dah bergerak ke selatan tanahair. Kalau ada kesempatan dan line internet okey, bolehlah saya berjalan-jalan ke blog korang ya!