My Blogshop :

Monday, 7 May 2012

Jambatan Kedua Tertinggi Di Malaysia!


"Anda sedang menyeberangi jambatan kedua tertinggi di Malaysia"
(48 m tinggi)

Lokasinya di Bukit Putus, iaitu laluan Seremban - Kuala Pilah.
Laluan baru ni telah dibuka secara rasmi pada November 2009, sejauh 6.9 km dan mempunyai lima jambatan. Jambatan KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA ini merupakan jambatan ketiga dari lima jambatan yang dibina. Pembukaannya mampu menyelesaikan masalah kesesakan selama 40 tahun di laluan lama Bukit Putus.

Kenapa perlu banyak jambatan?
Kerana ia merentasi Hutan Simpan Gunung Angsi dan pembinaanya telah mengambil kira aspek penjagaan alam sekitar. 

(sumber fakta:  utusan)
*********************************

Bagi yang pernah melalui laluan Bukit Putus lama, pasti tau keadaannya bagaimana. Laluannya memang sempit, bengkang bengkok, sebelah gaung dan sebelah lagi bukit. Keadaannya membuatkan jalan selalu sesak . Kalau ada kemalangan berlaku di situ, memang jam teruk sebab tiada ruangan untuk berpatah balik atau laluan alternatif. Waktu malamnya lebih ngeri, sebab sunyi dan gelap tanpa lampu jalan.

Tapi tetap ada yang menarik di hati saya tiap kali melaluinya. Iaitu udaranya yang segar dan kehijauan alam...kalau jalan tak jam biasanya saya memang suka buka tingkap kereta untuk menikmati alam. Juga saya suka tengok kumpulan monyet yang berada di tepi jalan. Entah bila nak lalu sini lagi...nak membangkit nostalgia!

p/s: Demi Tempoyak Daun Kayu, kelmarin saya melalui jambatan ini lagi... 

25 comments:

Izan Ishak said...

seingat2 izan macam tak pernah lagi lalu kat situ...

baru tau pasal info jambatan kedua tertinggi ni pun sbnrnya...

Hanamiko Sakura said...

saya betul2 katak bawah tempurung.. tak tau pun pasal jambatan ni.. >_<

Ujie said...

IZAN:
baru lagi kan, izan blm smpat lalu.
kalau takde signboard tu, mmg tak tau ni 2nd highest.

HANAMIKO:
katak? hahaa..mana ada jd katak bwh tempurungnya! benda baru, ramai la blm tau. ^__^

ieda said...

wah info baru nie .. akk x tahu ada jambatan kedua tertinggi di bukit putus nie .. ;)

ps : dikk jumaat akak saje2 amik cuti ekekke ;)

Mie said...

Sejak di buka belum pernah lalu lagi jalan ini. Dulu kerap juga melalui jalan lama untuk melawat anak di MRSM Muadzam Shah.

Yg bestnya jln berbelok-belok ni, kita tak mengantuk sebab sibuk memutar stereng....

Tentang Kita said...

serius mmg x tahu tentang jambatan ke2 tertinggi di malaysia

Telor Power said...

menarik...rasa nak pi terjah je bukit putus tu.

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

last lalu 2007, so mmg xsempat merasa lg la..huhu

p/s:abg saya pernah eksiden jatuh gaung setinggi bangunan 2 tgkat dekat bukit putus sbb elak kereta yg memotong dr arah bertentangan..

LydSunshine said...

Ooo.. tak pernah tau pun. Thanks for the info ujie.

khaifaiz said...

pernah lalu jambatab tu bulan lepas

Prettywrite said...

biasa dengar nama bukit putus ni tapi tak tahu kat mana hehe..n tak tahu pun ada jambatan tertinggi kat situ..

Niza Romli said...

saya belum pernah sampai situ...pernah dengar je sebelum ni.
Jadi kalo nak pi makan tempoyak daun kayu kena lalu jalan ni je ke kak?

Tihara said...

saya penah lalu sekali dari kl ke kratong..tp mlm2 buta la..rasa mcm sama dgn jalan nk g kuala kubu bharu dari fraser hill...bengkang bengkok n sempit..yg jln baru ni tk pernah lalu sbb dh tkde point dah utk ke sana :)

Munnafendy said...

eh, dah ada jalan baru? best la mcm tu...sy pnh lalu bukit putus..fobia..

CikUna said...

bukit putus lama.. dulu selalu lalu situ time nak hantar kakak balik UiTM kuala Pilah.. boleh singgah ke air terjun Ulu bendul.. weeeee

Ujie said...

MIE:
kalau ngantuk gak..mmg bahaya. ^_^

TP:
nak terjah Bkt. Putus yg lama?
lebih kurang mcm laluan tapah-cameron kot..

CK:
ngerinya kisah abg CK..kat situ mmg bahaya dan tak boleh memotong, tapi kdg2 ada yg tak sabar..degil.

PRETTYWRITE:
Bkt Putus mmg glamer sbb jalannya yg bahaya. Ia mmg laluan utk ke pantai timur, kalau dari seremban.

NIZA:
a'ah..sbb akak dok Bangi. Tempoyak daun kayu tu mknn Kuala Pilah. Kalau teringin, kena pegi Kuala Pilah..laluan utamanya Bukit Putus ni lah.

TIHARA:
kalau dh penah lalu siang, kemudian lalu mlm..mesti rasa ngeri. Sbb nampak & tau ada gaung.

MUNNA:
sape2 1st time lalu jln lama tu, mmg rasa ngeri. Lama2 dah biasa, tapi tetap hati2 sbb risau.

CIK UNA:
betul la tu..skrg pun masih boleh lalu/singgah Ulu Bendul kalau guna jln yg baru ni.

9n0L4 said...

mcm familiar je bukit putus. huhu. dah ramai org accident kat situ kan.

Telor Power said...

owh kalau lebih kurang takpe lah....ingat kan ia seperti bahaya gile

Ujie said...

9n0L4:
Mmg betul la tu..

TP:
Lebih kurang je. bezanya bkt putus tu laluan utama seremban-kuala pilah. Tu yg byk knderaan, dgn keadaan jln yg bahaya..byk la accident.

eita said...

tak pernah gi pun...

tapi kan tempoyok daun kayu tu memang mebeles...

Woofer Storm said...

cantik tempatnya kak..teringin nak pergi,boleh merasai suasana segar..amin3,harap ada rezeki..

Masya said...

wahh demi tempoyak yer.. sanggup diredah.. x perasan.. pernah lalu x huhuhuhuhu.. maklumlah rabun jalan.. ikut jer.. suami bwk.. mata mudah lelap dlm kereta..

Ujie said...

WS:
tak jauh sangat dari puchong tu..ujung minggu pegi la. lalu LEKAS pun boleh kan..

Ujie said...

MASYA:
Lauk Tempoyak Daun Kayu tu mmg kegemaran saya dan suami. beberapa bulan sekali..mesti cari. ^__^

Azlan Strider said...

btul tu kak..laluan bukit putus nie memang mencabar..pusing2 buat saya pening..hehehe

Regards,
-Strider-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...