Tuesday, 22 May 2012

Hadis Palsu Bulan Rejab

Dalam entri Eh, Esok Dah Bulan Rejab!, saya ada sebut mengenai percanggahan pendapat amalan khusus untuk bulan Rejab. Carian di internet tidak menemukan sumber yang benar-benar boleh dipercayai. Tapi sekarang saya dah dapat penjelasan dari Fb Bahagian Dakwah, JAKIM (elok korang LIKE). Rasanya elok juga saya sebarkan di sini. Semoga tiada lagi kekeliruan selepas ini ya.

******************************************
Bahawasanya bulan Rejab itu adalah bulan yang agung yang diberikan gandaan kebajikan-kebajikan padanya. Siapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka seakan-akan dia berpuasa setahun. Siapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab ditutup padanya tujuh buah pintu neraka jahanam. Siapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibuka padanya lapan buah pintu syurga.

Barang siapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab itu maka dia tidak meminta sesuatu pada Allah melainkan diberikan padanya. Siapa berpuasa bulan Rejab itu selama lima belas hari nescaya berseru suara daripada langit, sesungguhnya engkau telah pun memperoleh keampunan atas dosa yang telah lalu, maka memulakan amal kamu. Pada bulan Rejab Allah membawa Nuh dalam bahtera. Nuh berpuasa dan menyuruh orang-orang yang bersama-sama beliau dalam kapal supaya berpuasa kerana bersyukur kepada Allah. Bahtera belayar selama enam bulan lalu berlabuh atas bukit al-Judi pada hari ‘Ashura’ . Pada bulan Rejab itu Allah menerima taubat Adam dan juga taubat penduduk bandar Yunus. Padanya lautan terbelah untuk Musa dan padanya diperanakkan Ibrahim dan Isa . (Idris: 523)

Siapa menghayati satu malam dari bulan Rejab itu dan berpuasa sehari nescaya Allah memberi dia makan daripada buah-buahan syurga, memakaikan dia dengan pakaian-pakaian dari syurga serta memberi dia minum dari arak yang terpilih yang dilak tempatnya, kecuali orang yang melaksanakan tiga perkara, orang yang membunuh jiwa, atau dia mendengar orang yang meminta tolong pada waktu malam ataupun siang hari akan tetapi dia tidak menolong orang tersebut atau orang yang saudara dia mengadukan sesuatu kehendak padanya tetapi dia tidak melapangkan kehendak itu. (Idris: 524)

Rasulullah telah berkhutbah kepada kami sekali Jumaat sebelum Rejab, dan beliau bersabda, wahai manusia, sesungguhnya kamu telah diberikan perlindungan oleh satu bulan yang agung, bulan Allah yang pekak, padanya diberikan gandaan kebajikan, padanya terkabul permohonan-permohonan dan padanya hilang segala kesusahan, dan juga tidak ditolak satu pun permohonan orang mukmin. Maka siapa yang berbuat kebajikan pada bulan tersebut akan diberikan gandaan padanya beberapa kali ganda dan Allah akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang Dia menginginkan.

Oleh itu, hendak kamu mendirikan solat pada malam dan berpuasa pada siang. Maka siapa yang bersolat pada satu hari dari bulan Rejab lima puluh rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat apa yang mudah untuk dia dari al-Quran maka Allah mengurniakan dia kebajikan-kebajikan sebanyak bilangan genap dan bilangan ganjil, dan sebanyak bilangan rambut dan bulu. Siapa berpuasa sehari maka Allah akan menulis buat dia dengan puasa itu sebanyak pahala puasa setahun. Siapa yang menjaga lidah pada bulan Rejab pasti Allah mengajarkan hujah semasa pertanyaan Munkar dan Nakir. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah padanya maka itu menjadi pembebasan dia dari neraka. Sesiapa menghubungkan perhubungan pada bulan Rejab pasti Allah menghubungkan dia di dunia dan akhirat dan membantu dia ke atas musuh-musuh semasa dia hidup. Sesiapa melawat seseorang yang sakit pada bulan Rejab maka Allah akan memerintahkan pada malaikat Kiram supaya menziarahi dia dan memberi salam padanya. Siapa yang bersolat ke atas satu jenazah pada bulan Rejab seakan-akan dia menghidupkan seorang kanak-kanak perempuan yang ditanamkan hidup-hidup.

Siapa memberi makan seorang mukmin dengan satu makanan pada bulan Rejab Allah meletakkan dia pada hari kiamat atas satu hidangan bersama Ibrahim dan Muhammad. Siapa memberikan satu minuman air pada bulan Rejab maka Allah memberi dia minum dari arak yang terpilih dan yang dilak tempatnya. Sesiapa memberikan satu pakaian kepada seorang mukmin maka Allah memakaikan dia dengan seribu pakaian dari pakaian-pakaian syurga. Siapa memuliakan seorang anak yatim dan mengangkat tangan atas kepala (mengusap rambutnya) maka Allah memberi dia keampunan sebanyak bilangan rambut yang disentuh oleh tangan dia. Sesiapa beristighfar kepada Allah sekali pada bulan Rejab nescaya Allah memberikan keampunan. Siapa melakukan tasbih sekali padanya ataupun dia bertahlil sekali tahlil nescaya dia dicatat di sisi Allah dari golongan orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah. Sesiapa yang mengkhatamkan sekali khatam al-Quran pada bulan Rejab, dia dan bapa dia masing-masing akan dipakaikan dengan sebuah mahkota yang bertatahkan mutiara dan al-marjan dan dia terselamat dari kejutan hari kiamat. (Idris: 536)

Semua hadis di atas adalah hadis palsu mengenai bulan Rejab
yang dinyatakan oleh para ulama hadis. Jikalau dilihat pada hadis tersebut akan kelihatan betapa banyak maklumat yang bertentangan dengan fikiran manusia yang waras di mana ganjaran yang ditawarkan sangat berlebihan berbanding dengan amalan yang dibuat. Adapun perkara sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak mudah diterima oleh akal yang sihat. Sesungguhnya Islam mengharamkan merujuk kepada hadis palsu dalam apa jua bentuk ibadat kerana ia hanya mencemarkan kesucian Islam. Allah yang Maha Mengetahui. Dengan harapan penulisan ini bisa memberikan manfaat.

Wallahu a’lam.

Sumber: Idris, Abdul Ghani Azmi, Himpunan Hadis Dha’if Dan Maudhu’, jilid 1, (Kuala Lumpur, al-Hidayah: 2006)

***********************************************

Ini bukanlah bermakna tak perlu lagi kita buat amalan sunat yang umum (puasa sunat, mengaji, solat sunat), tapi lakukanlah kerana ikhlas ingin mendekatkan diri kepada Allah. Semoga kita tak silap faham lagi dan memperbetulkan niat dalam beribadat. 


p/s: Barulah jelas kefahaman saya sekarang. Jom kita 'Betulkan kefahaman yang biasa, biasakan kefahaman yang betul'.

17 comments:

  1. berani nya mereka yg pandai2 buat hadis sendiri ni..

    ReplyDelete
  2. Laa.. palsu ke? Tapi kalo fikir pun, best la puasa sehari je dpt pahala setahun.

    ReplyDelete
  3. kadang2 hanya dengan mendengar ayat n kata2 kita mudah percaya kan...lepas tu copy paste, copy paste...sorang demi sorang share...akhirnya, tanpa sedar kesilapan palsu...

    menakutkan la Ujie,
    semoga bile terjadi mcmni ada yang peka n memperbetulkan....

    mekasih ujie..

    ReplyDelete
  4. TQ Ujie for sharing the fact. Tp mcm ne pulak dgn - solat di bumi mekah pahalanya berganda dari kita solat luar dari tanah suci?

    Wallahualam. Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. TQ Ujie share tentang yg sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. eh alamak..entry sy smlm tu kena tgk blk tu..ermm..

    ReplyDelete
  7. moga kita semua ikhlaskan diri utk buat amalan2 sunat di bulan rejab ni...yg pasti semua ada ganjarannya dari Allah...

    ReplyDelete
  8. tq kerana share...

    bila baca hadis gitu pon.. dah boleh agak.. rasa cam pelik je..

    bila nak tau btol atau tak..
    perlu rujuk pada yg lebih arif..

    xboleh semudah2nya duk copy paste..share kat fb..

    ReplyDelete
  9. FIEDA:
    mungkin tujuan asal utk galakkan org tingkatkan amal ibadat di bln rejab. tapi ia tetap salah.

    PAA:
    yg solat di Mekah tu..tak pasti, walau saya rasa ia betul. Wallahu a'lam.

    MUNNA:
    yelah, kena tengok balik tu mun..

    IZAN:
    betul tu..tiap amal ibadat mmg dah ada ganjarannya.

    CMA:
    setuju..kena pastikan dari sumber yg sahih baru boleh share.

    ReplyDelete
  10. terima kasih berkongsi.l suka quote yg last tur

    ReplyDelete
  11. tq kongsi info macam ni... hadoilah.. tak baiknya sebarkan pahaman yg salah.. kite yg baca ni pun kenelah berhati²kan.. jgn amik mudah jer.. terus nak percaya...

    ReplyDelete
  12. terima kasih ats perkongsian..bab agama tak boleh buat main,takut sesat tambah menyesatkan..terima kasih sekali lagi kak..

    ReplyDelete
  13. lor...ct pon bru thu...huhu..thank 4 share kak ujie


    *thank 4 the wish :)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...