Saturday 12 May 2012

Cara Mudah Halau Burung Dari Tanaman Anda

Sebelum tu saya nak ucapkan TERIMA KASIH banyak kepada TIHARA atas kiriman hadiah untuk satu GA blognya. Sebenarnya dah sampai lama..Jumaat lalu, tapi asyik terlupa untuk menulis di sini. Sebabnya, sebaik je dapat terus saya letakkan hadiah PEWANGI tersebut dalam almari. Terima kasih kerana mewangikan almari baju saya ya! (Terima kasih daun keladi, kalau ada GA boleh bagi saya menang lagi!)

******************************************
Berbalik kepada tajuk entri, cara mudah menghalau burung dari tanaman adalah dengan menggunakan CD yang tidak digunakan lagi. Tips mudah ni saya dapati dari seorang usahawan tanaman anggur. Saya bukanlah berjumpa dengannya, tapi tengok dalam satu rancangan tv.

Caranya:
  1. Ambil 2 keping CD.
  2. Cantumkan keduanya. Bahagian yang macam cermin tu di bahagian luar.
  3. Ikat dengan tali dan gantungkan di kawasan tanaman korang.
Macam ni...
Macamana ia berfungsi? Burung akan 'lari' bila matanya terkena pancaran cahaya pada permukaan CD tadi. Selamat mencuba!


p/s: Saya nak gunakan teknik ni untuk mengatasi masalah burung yang 'berkampung' kat celah bumbung rumah mak saya. Terlalu banyak...najisnya memenuhi dinding & lantai rumah.

27 comments:

  1. hehe . boleh guna dekat sawah padi tak? teringat pulak dekat sawah di kampung ..

    ReplyDelete
  2. ni salah satu teknologi digunakan dgn cara yg betul...hahahaha...tp mmg bkesan ni,ayh sy pun ada buat kt kmpng..satu lg pkai tin susu ikat byk2 (yg ni nak halau babi @ monyet)

    ReplyDelete
  3. tengah duk pk ni nk halau ape eks...bagi awak menang? tak lah, mmg rezeki no giliran awak timul..dah bayk2 tu saya ambik je result tu..then baru check nama blogger, tgk2 kena ke awak dgn munna :)

    ReplyDelete
  4. bagus info...

    boleh cuba buat eksperimen yg mudah ni.

    ReplyDelete
  5. IKT:
    kalau ikut logik, boleh je.
    apapun..try le.

    MUNNA:
    tin susu..hmm, nak buat gak lah. Kat rumah mak akak skrg dah mula ada babi/monyet.

    TIHARA:
    hehee..ayat bg org lain jealous pulak ya! ^__^

    TP:
    penah nampak ada org buat gini kat laman dia..ingatkan apsal lah..

    ReplyDelete
  6. nice sharing :) nisa suka burung2 berkicau awal pagi ^__^

    ReplyDelete
  7. Ujie: tapi kalau senja bagaimana? burung2 kan banyak terbag pulang kesarang.

    maksud aku, kalau sarangnya tumpang di rumah bahagian atap,

    ReplyDelete
  8. TP:
    A'ah la..lupa pulak..teknik ni ssuai utk burung yg hinggap cari mkn. Yg dah mmg buat sarang...kena try & eksperimen dulu lah. ^_^

    ReplyDelete
  9. nak try gantung kat pokok cili ibu la.. hehe

    ReplyDelete
  10. Pasni kalau Ada cdrw yg rosak, leh simpan wat stok kann... :D

    ReplyDelete
  11. kat kampung sy, dah ada org pratikkan cara ni utk halau burung kat sawah padi diorg. menjadi la gaknya sebab byk sgt cd tu diorg letak.

    ReplyDelete
  12. ayah saya gantung sabut kelapa dekat belakang rumah, nak bagi burung bersarang dekat situ. terbalik pulak :D

    ReplyDelete
  13. bgs jugak idea ni.. boleh letak kat belakang rumah saya.. burung suke bertenggekk... kalau x sidai baju.. habis ampaian ade najis dia merata²...

    ReplyDelete
  14. Cara ni kalau nak halau burung waktu siang ye? Kalo malam takde cahaya matahari cemana? Burung selalu tido kat bahagian ampaian kat umah mak kat kmpung time malam. Ada petua tak?

    ReplyDelete
  15. cara y sgt2 sng n mudah j kan

    ReplyDelete
  16. LYD:
    malam? saya cdgkan gantung/letak benda yg boleh menghasilkan bunyi bila burung tu landing kat ampaian.
    tapi benda apa ya...^___^

    ReplyDelete
  17. hahaha bgus idea ni...nnt cuba :)

    ReplyDelete
  18. hehe mudah murah n berkesan ni kak..

    ReplyDelete
  19. apa lagi CD yg dah rosak tu guna le...mak saya nak halau cik B pun gntng jugak apa2 yg nampak berkilat...

    ReplyDelete
  20. sy pernah cuba letak ular plastik..konon2 nak suh burung tu takut la..haremmmm..x der takut nyer..makin melampau plak byk plak dia...ader jgk aku letak Goku kang nanti suh buat kamehameha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ular tu bergerak, baru dia takut. hahaa

      Delete
  21. Terima kasih byk2 puan. Berkesan sgt cara ni. Sy dah cuba. Smg puan murah rezeki

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****