My Blogshop :

Saturday, 12 May 2012

Cara Mudah Halau Burung Dari Tanaman Anda

Sebelum tu saya nak ucapkan TERIMA KASIH banyak kepada TIHARA atas kiriman hadiah untuk satu GA blognya. Sebenarnya dah sampai lama..Jumaat lalu, tapi asyik terlupa untuk menulis di sini. Sebabnya, sebaik je dapat terus saya letakkan hadiah PEWANGI tersebut dalam almari. Terima kasih kerana mewangikan almari baju saya ya! (Terima kasih daun keladi, kalau ada GA boleh bagi saya menang lagi!)

******************************************
Berbalik kepada tajuk entri, cara mudah menghalau burung dari tanaman adalah dengan menggunakan CD yang tidak digunakan lagi. Tips mudah ni saya dapati dari seorang usahawan tanaman anggur. Saya bukanlah berjumpa dengannya, tapi tengok dalam satu rancangan tv.  Caranya:
  1. Ambil 2 keping CD.
  2. Cantumkan keduanya. Bahagian yang macam cermin tu di bahagian luar.
  3. Ikat dengan tali dan gantungkan di kawasan tanaman korang.
Macam ni...
Macamana ia berfungsi? Burung akan 'lari' bila matanya terkena pancaran cahaya pada permukaan CD tadi. Selamat mencuba!


p/s: Saya nak gunakan teknik ni untuk mengatasi masalah burung yang 'berkampung' kat celah bumbung rumah mak saya. Terlalu banyak...najisnya memenuhi dinding & lantai rumah.

23 comments:

Ini Kisah Tia said...

hehe . boleh guna dekat sawah padi tak? teringat pulak dekat sawah di kampung ..

Munnafendy said...

ni salah satu teknologi digunakan dgn cara yg betul...hahahaha...tp mmg bkesan ni,ayh sy pun ada buat kt kmpng..satu lg pkai tin susu ikat byk2 (yg ni nak halau babi @ monyet)

Hanamiko Sakura said...

berguna juga cd buruk ni.. :)

Tihara said...

tengah duk pk ni nk halau ape eks...bagi awak menang? tak lah, mmg rezeki no giliran awak timul..dah bayk2 tu saya ambik je result tu..then baru check nama blogger, tgk2 kena ke awak dgn munna :)

Telor Power said...

bagus info...

boleh cuba buat eksperimen yg mudah ni.

Ujie said...

IKT:
kalau ikut logik, boleh je.
apapun..try le.

MUNNA:
tin susu..hmm, nak buat gak lah. Kat rumah mak akak skrg dah mula ada babi/monyet.

TIHARA:
hehee..ayat bg org lain jealous pulak ya! ^__^

TP:
penah nampak ada org buat gini kat laman dia..ingatkan apsal lah..

khairunnisa ♥ said...

nice sharing :) nisa suka burung2 berkicau awal pagi ^__^

Telor Power said...

Ujie: tapi kalau senja bagaimana? burung2 kan banyak terbag pulang kesarang.

maksud aku, kalau sarangnya tumpang di rumah bahagian atap,

Ujie said...

TP:
A'ah la..lupa pulak..teknik ni ssuai utk burung yg hinggap cari mkn. Yg dah mmg buat sarang...kena try & eksperimen dulu lah. ^_^

eita said...

mudah sangat tu...

CikUna said...

nak try gantung kat pokok cili ibu la.. hehe

Melati Qistyna's Mummy said...

Pasni kalau Ada cdrw yg rosak, leh simpan wat stok kann... :D

Niza Romli said...

kat kampung sy, dah ada org pratikkan cara ni utk halau burung kat sawah padi diorg. menjadi la gaknya sebab byk sgt cd tu diorg letak.

Yayan. said...

ayah saya gantung sabut kelapa dekat belakang rumah, nak bagi burung bersarang dekat situ. terbalik pulak :D

Masya said...

bgs jugak idea ni.. boleh letak kat belakang rumah saya.. burung suke bertenggekk... kalau x sidai baju.. habis ampaian ade najis dia merata²...

LydSunshine said...

Cara ni kalau nak halau burung waktu siang ye? Kalo malam takde cahaya matahari cemana? Burung selalu tido kat bahagian ampaian kat umah mak kat kmpung time malam. Ada petua tak?

khaifaiz said...

dah dpt idea... awesome

LYAfrina said...

cara y sgt2 sng n mudah j kan

Ujie said...

LYD:
malam? saya cdgkan gantung/letak benda yg boleh menghasilkan bunyi bila burung tu landing kat ampaian.
tapi benda apa ya...^___^

Karukord Jagau's said...

hahaha bgus idea ni...nnt cuba :)

Prettywrite said...

hehe mudah murah n berkesan ni kak..

Aishah Jahirah said...

apa lagi CD yg dah rosak tu guna le...mak saya nak halau cik B pun gntng jugak apa2 yg nampak berkilat...

fieda said...

bagus petua ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...