Monday, 14 May 2012

Bila YB Turun Padang

"Terima kasih YB kerana sudi turun padang ..."

Kita biasa dengar ayat sebegini.
Biasanya bila YB datang merasmikan majlis,
atau menziarahi orang yang kurang bernasib baik,
atau melawat kawasan banjir.

Pendek kata,
Kita akan mengucapkan TERIMA KASIH...
Bila YB hadir dikalangan masyarakat.

Sebenarnya,
TURUN PADANG memang kerja seorang YB.
Mungkin tak perlu kepada ucapan terima kasih pun...
Sebab memang itu yang sepatutnya dilakukan oleh YB.

Yang Berhormat (YB)...
Memang perlu selalu berada dalam masyarakat,
Untuk memahami masyarakat dan mengetahui masalah yang berkisar.
Barulah menjadi YB yang berfungsi!


p/s: Ini bukan satu teguran buat YB, tapi sekadar memperbetulkan fahaman kita yang biasa.

16 comments:

  1. Ujie..sangat setuju..selalu tak lupa ucapkan terima kasih kan..

    ReplyDelete
  2. sokong sangat2 tu...sepatutnya memang kena selalu turun padang, bukanya turun padang bila 'waktu dah dekat'

    ReplyDelete
  3. Memang ramai YB yg jarang turun padang, terutama YB di kawasan yg agak maju dan segala kemudahan sudah sedia ada...

    ReplyDelete
  4. ada ker yb yang turun padang??usahkan yb tok penghulu pun tak pernah jenguk orang kampung dia macamana..parti mana2 pun sama jer..huhuh

    ReplyDelete
  5. Super setuju. Saya tak faham kenapa YB selalu malas nak turun padang. Pastu kalo turun padang sekali sekala, nak sambutan yg istimewa plak untuk dia. Aduhh.. dia ingat dia mulia sgt ke? Dah lama saya ternanti-nantikan pemimpin yang seperti Saidina Umar Al Khattab.

    ReplyDelete
  6. kene ucap terima kasih gak sebab dia buat kerja... hahah

    ReplyDelete
  7. Ujie, klu sy...sy jerit mcm nie!

    TERIMA KASIH YB SEBAB JALANKAN TUGAS ANDA WALAUPUN SEKALI DALAM 5 TAHUN.

    =)

    ReplyDelete
  8. dah nama pun wakil rakyat kan..bekerjalah bersunggoh2 utk rakyat, bukan rakyat yg jadi kuli hangpa :)

    ReplyDelete
  9. YB tempat saya setiap kali nak jumpa mesti xde.xde jodoh kot dgn dia.dah lbh 3 kali mmg panas jugak la.hari yg dah set utk rakyat cuba jgn terima jemputan perasmiaan dsbnya.kecualilah yg xdpt nak elak tukan..ish2..

    ReplyDelete
  10. harap2 ada YB baca blog akk ni..supaya mereka sedar dan insofff. Dosa tau tak jalankan amanah yang diberikan..dah mmg t/jawan YB kan.

    ReplyDelete
  11. tu la..
    kita asyik berterima kasih kat yb..
    yb ada tak ucap terima kasih kat rakyat??

    ReplyDelete
  12. betul....amanah kena buat..jgn duk goyang kaki ja...lau stakat nk dpt nama atas pgkat tinggi je, rakyat pon menyampeh nti :D

    ReplyDelete
  13. datuk seri buat lawatan kat sini....
    :P

    biasa lah tu....
    time nak mengundi baru nampak muka...
    kalau tak hampeh...

    ReplyDelete
  14. itu sebaiknya.melihat pemasalahan rakyat yang ada disekilingnya..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...