Thursday 19 April 2012

Sebarkan Cinta-Mu


Tajuk: Sebarkan Cinta-Mu
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit: PTS Litera Utama S/B
Harga: RM31
Muka surat: 870


'Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda. Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan. Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya'.

Kata-kata di kulit hadapan ini menerbitkan rasa ingin tahu apakah persoalan yang mampu dijernihkan oleh novel ini. Melihat nama penulisnya, saya tahu ini novel islami. Di bahagian bawah buku pulak tercatat 'SEBUAH NOVEL TAUHID', ia sebuah novel yang 'berat' pastinya! Dan ia memang agak 'berat' bagi saya, kenyataannya saya cuma mampu menghabiskan bacaan novel ni setelah beberapa bulan membacanya. Membaca mengikut mood dan sempat menghabiskan novel lain pulak! 

Pada pendapat saya, novel ini lebih menjurus kepada persoalan POLIGAMI, selain isu kekeluargaan dan cinta sebelum kahwin. Sangat menarik bila sebuah novel turut memberikan info, pendapat ulama tersohor, ayat quran dan hadis yang diselitkan sepanjang penceritaan. Cara ini membuatkan pembaca boleh memahami asas bagi sesuatu hukum, dan bukannya mengambil suatu hukum tanpa memahami sebabnya. Hasilnya, saya kini lebih jelas mengenai isu poligami. Poligami...suatu yang dibenarkan Allah, tetapi hanya dengan syarat yang ketat! Dan isteri/wanita berhak menerima atau menolak poligami. Menolak untuk dimadukan, bukan bermaksud menolak hukum poligami. Tapi ia memang hak memilih yang dibenarkan kerana memahami sifat cemburu isteri/wanita dan demi menjaga agamanya (imannya).

Sinopsis
Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya dan terpaksa menjadi tukang sapu disebuah kolej swasta. Di situ Ibu Dhiya' didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu. Dia cuba membantu dengan ilmu agamanya dan dengan penuh hikmah.

Petikan Novel
"Zaman sekarang zaman fitnah. Zaman orang kurang berpegang pada agama. Zaman keadilan sering terabai. Zaman kos sara hidup tinggi. Zaman anak-anak terdedah dengan bermacam-macam cabaran. Zaman pendidikan anak-anak perlu diperkasakan. Al-Quran menegaskan bahawa berkahwin satu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Berkahwin satu digalakkan oleh Islam. Tetapi berpoligami, Islam tidak pernah menggalakkannya. Ianya hanya untuk keperluan mendesak." terang Sarra.


*Buku ni sangat perlu dibaca bagi mereka yang belum ada kefahaman mendalam tentang poligami, tetapi ingin berpoligami (lelaki) atau rela bermadu (perempuan). Kefahaman itu penting sebelum melakukan sesuatu!*

17 comments:

  1. rasa macam nak pulak baca novel ni...mcm best je. Untuk pemahaman yg jelas pasal poligami..

    #klu dekat boleh pinjam kan kak *wink

    ReplyDelete
  2. Tertanya-tanya, siapa penulis tu ye?

    ReplyDelete
  3. Fatimah Syarha Mohd Noordin.. saya minat dengan karya2 beliau.. :)

    ReplyDelete
  4. menarik isu dala buku ni...nice sharing :)

    ReplyDelete
  5. buku ni patut diketengahkan...isu poligami ni selalu jd perbahasan..

    sy share kat fb entry akak ni =)

    ReplyDelete
  6. sedap gok ork citer ni......

    ReplyDelete
  7. NIZA:
    kalau dekat..boleh je.
    share buku ni tak luak kan..

    PAA:
    penulis muda yg penah menang hadiah sayembara novel remaja DBP.
    blog beliau..http://sebarkanbahagia.blogspot.com

    HANAMIKO:
    oh..mesti dh byk baca karya dia ya?
    akak baru ni satu. sblm ni slalu baca penulisan dia di majalah je.

    MUNNA:
    thanks munna..amat dialu-alukan.

    Jd isu bila lelaki slalu salah guna, dan perempuan tak faham hak sendiri (hak memilih).

    EITA:
    citernya ringan, tapi isu perbincangannya berat.

    ReplyDelete
  8. calon pon takde , kawen pon belum . errrr . heheh


    tapi tu la , lelaki bile nak kawen lagi , mesti cakap ikut sunnah . yang sunnah lain tak ikut plak -.-

    ReplyDelete
  9. jgn berpoligami kalau takut diri tak berlaku adil..

    #selamat malam kak ujie..moga sihat2 hendaknya..amin3

    ReplyDelete
  10. Novel? tak larat nak baca novel cinta lah huhu ^_^

    ReplyDelete
  11. Rajinnya Ujie baca novel ya...
    salam kenal dr kak Nurul dan follow sini.

    ReplyDelete
  12. KARUKORD:
    baru la jugak..

    MISS B:
    kalo ada yg ckp poligami ikut sunnah..tu maknanya dia dah peralatkan agama utk kepentingan peribadi.
    lgpun, poligami bukanlah sunnah yg digalakkan.

    WS:
    rasa cinta..pastinya sukar nak dibahagi sama adil kalau ada dua/lebih isteri.

    ELIH:
    ni bkn novel cinta manusia..tapi cinta Allah.

    NAZAYIENA:
    baca novel..utk isi masa & tmbh ilmu..salam kenal jugak. ^_^

    ReplyDelete
  13. salam kenal dr zana.. thanks sudi komen kat blog zana..

    zana skrg ni jarang baca novel.. apapun, rasanya novel ni mesti terselit seribu ilmu baru kan..

    ReplyDelete
  14. Suka baca tulisan beliau dalam 'solusi' :)

    ReplyDelete
  15. pernah nampak novel ni n nak beli, tp tak terbeli la pulak hari tu....mcm rugi pulak...

    ReplyDelete
  16. terasa sangat nak baca...
    huhu..

    ypi masih banyak novel2 yang beli tpi x terbaca,, huhhu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****