Tuesday 3 April 2012

Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang

Selama ni saya tak tahu pun ada pinggan mangkuk yang dibuat berasaskan serbuk tulang (bone ash). Sebab tak pernah pulak pinggan mangkuk kat rumah saya ada tertera perkataan 'BONE' kat belakang/bawahnya. Sehinggalah saya terbaca fatwa berkenaannya oleh Sahabat Halal Jakim. Kebetulan seorang kawan suami baru je bagi ole-ole dari London, iaitu mug yang memang cantik. Tapi sayangnya...(sila lihat gambar di bawah..)

Perhatikan..ada perkataan 'BONE' yang tertera.

Fatwa Berkaitan Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash)

Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 20 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 5 April 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.

-Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi adalah tidak harus mengikut hukum syara' dan wajib ditinggalkan penggunaannya.

-Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang tidak halal dimakan selain daripada babi juga tidak harus digunakan.

-Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang halal dimakan tetapi tidak disembelih juga tidak harus digunakan.

-Manakala perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang haiwan yang halal dimakan yang telah disembelih adalah harus digunakan mengikut hukum syara'.

-Fatwa ini hanya terlaksana dengan adanya pembuktian saintifik yang jelas terhadap bahan kandungan pinggan mangkuk tersebut.

-Walaupun belum terdapat pembuktian secara saintifik dengan bahan kandungan, umat islam dinasihatkan supaya TIDAK menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang untuk MENGELAKKAN KERAGUAN. Ini berdasarkan hadis Rasullullah SAW :

Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan.
(Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasai)

-Larangan penggunaan pinggan mangkuk yang tertera di atas adalah berasaskan konsep Al-Ihtiyat (berhati-hati) demi menjamin kesucian melaksanakan ibadah dalam kehidupan ".

(sumber: Sahabat Halal Jakim)
*saya tambah bold, underline, huruf besar supaya saya & pembaca mudah faham.

****************************************

Jadinya, apa perlu saya/kita buat kalau dah memiliki pinggan mangkuk ini? Eh, jangan buang! Berikan je pada non-Muslim. Dan tak perlu nak samak kabinet/ruangan menyimpan tu, sebab kita belum jelas status tulang tu pun. Ia cuma meragukan je sebab diperbuat dari tulang. Ini bukan saya yang kata, pihak Sahabat Halal Jakim yang kata. Untuk melihat sumber asal, sila KLIK SINI.

24 comments:

  1. Sy bru tau pasal pgan dbuat dr tulang...

    Tp kalo dr tulang babi kita pn was2 nk guna. Ye, better bg kt non muslim kan;)

    ReplyDelete
  2. baru tau info ni...

    lepas ni nak beli pinggan kena check dulu...

    ReplyDelete
  3. AA:
    masalahnya mmg kita tak boleh nak tau ia dari tulang apa, kena gi hantar makmal. so, mmg was2 kalau ada 'bone'.

    LIEYNANILAZ:
    bkn masa nak beli je. masa nak mkn kat hotel atau mana2 pun kena perati gak. biasanya pinggan mangkuk yg mahal2..

    ReplyDelete
  4. Pinggan BONE nie mgkn berkualiti tinggi dan mahal? Betul tak Ujie?

    ReplyDelete
  5. PAA:
    Betul kot..sbb tu pinggan saya takde yg bone..murah punya! ^__^

    Yg ada bone ni kalo tak salah kat set ala inggeris...yg mahal tu! Berkualiti tinggi..tak mudah pecah/sompek.

    ReplyDelete
  6. setau saye ianye istilah tuk seramik yg halus..mmg gne tulang btul2 ke??

    ReplyDelete
  7. jenama je kot...

    ReplyDelete
  8. CK:
    yg istilah tu akak tak leh jwb..tak tau. kena terus tanya kat link yg akak bg tu ya.

    Bdsrkan yg akak baca, kalau ada perkataan 'bone'..ia mmg dari sumber abu tulang. sbb ia menunjukkan kualiti tinggi sbnrnya.

    SM:
    Kalau klik pd sumber asal tu, jakim ada tunjuk cth gambar...ada yg tulis FINE BONE..CHINA BONE. Kalau tak tau mmg ingatkan ia sebahagian dari jenama.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Ujie,

    Apa benda pun kena berhati hati zaman la ni kan Ujie....Terima kasih ya kongsi info ni..

    ReplyDelete
  10. baru tahu pasal ni..
    biasa main beli je..takde plok nak membelek2nyer..

    ReplyDelete
  11. pernah dgr pasal ni. tapi nasib baiklah mmg takde pinggan dari bone ash kat umah ni... lagipun semua pinggan yg murah2 je saya beli.

    ReplyDelete
  12. Salam ujie..sory lbt jln sni..payah line terhad :)..ada satu jns pgan mgkuk tu..vintage rasanya dari tulang lembu prnah bc lam mags..

    ReplyDelete
  13. ade unsur tulang haiwan ker?? x perasan lah pulak.. serius baru tau...

    ReplyDelete
  14. o..da ye??saya pun baru tahu ni..

    ReplyDelete
  15. hi kak..dah 2 hari tak datang sini..hehehe..

    yang pasal pinggan tulang nie pun saya 1st dengar..dia yang macam pinggan seramik tu ker??Kat umah sy rasanya semuanya kaca..hehe..tapi nanti balik sy check..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. aduhh tak nampak pulak word bone kat mug tuh..huhu..yana dah pernah dengar benda ni..tapi tu lah..tak alert sangat..dia pinggan mahal2 je ker macamana?kalau kat umah pakai melamin dengan kaca la banyak..yang macam ni biasa dapat adiah dari ubat gigi or sabun jer..heee..tapi orang kata tu dari tanah liat??tah ya ke tak..hurmm

    ReplyDelete
  17. salam ujie:)

    x penah tau pun psl ni..thnkz sbb kongsi info..

    sy rasa mcm penah tgk simbol mcm ni tp kat mane ye?

    ReplyDelete
  18. IZAN:
    samalah kita..pinggan yang kalau pecah pun tak ralat. ^__^

    TIHARA:
    takpe..sampai gak ya!

    betul la tu..ada search kat google, mmg pinggan yg mahal2 ala inggeris tu. walau dari lembu, tapi kita tak tau cara smbelih kan..

    MASYA:
    ada campuran abu dari tulang haiwan.

    AZLAN:
    perasan gak..entry azlan pun tak update. bz ya..

    rasanyalah..yg seramik. nanti akak reseach lagi. buat entry lain. Insyaallah.

    PRETTYWRITE:
    yg hadiah ubat gigi tu, yg biasa2 je. takde hal..yg ada 'bone ash' ni mahal sbb kualiti tinggi.

    ReplyDelete
  19. SHAHZEE:
    simbol 'bone' tu ke?
    kat pinggan mangkuk la tu..hehe

    ReplyDelete
  20. ha kan betul mcm penah tgk.rupanya cawan kt umah saya hehehehe

    ReplyDelete
  21. syg plak ase...tp xpelah, elakkan :)

    ReplyDelete
  22. kena cek ni pinggan mangkuk, mug..tapi saya selalu beli yg murah2 je...heheee....apapun kena berhati2 jugak la bila dah timbul isu ni kan...

    ReplyDelete
  23. ira ada terbc b4 ni..

    n mmg b4 beli tu tgk2 gak kalo ada bone mmg xbeli..dr china y byk gini..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****