My Blogshop :

Wednesday, 25 April 2012

Mengapa Berniaga Bukan Budaya Melayu?

Mereka sering berkata...
Tengok tu...semua orang Cina punya kedai!
Kalau tak pun...kedai orang Aceh, kedai orang Pakistan.
Pendek kata...semua kedai bukan milik orang Melayu kita.
Kedai runcit, kedai busana Muslimah, kedai barangan pengantin Melayu.
Huh! Melayu mana pandai berniaga?
Kalau berniaga pun mesti lingkup!

Mudahnya melempar kata...
Menjuih bibir mengutuk bangsa sendiri.
Mereka terlupa...pernahkan mereka cuba berniaga?
Jangan pernah mengata, kalau belum pernah mencuba!

Mereka juga terlupa...
Yang mereka sering berpesan pada anak-anak...
Belajar tinggi-tinggi...nanti boleh dapat kerja gaji besar!
Habis belajar nanti mintak kerja kerajaan...gaji terjamin!
Tak payah berniaga susah-susah...makan gaji lagi mudah!

Bila ada graduan yang ingin dan cuba berniaga...
Mulalah suara-suara sumbang ini berbunyi...
Buat apa masuk U, kalau cuma nak berniaga sendiri?
Dahlah belum tentu untung, kerja pun susah!
Huh! Silap-silap tak lama lagi gulung tikarlah tu!

Mengapa berniaga bukan budaya Melayu?
Kerana kita tak pernah memulakan budaya itu!


*Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Saya minat berniaga dan bekerja sendiri. Mencabar tapi penuh kepuasan dan kaya pengalaman. Walaupun peniagaan lalu terpaksa ditutup, tapi banyak ilmu & pengalaman saya perolehi. Tiada kesal, malah keinginan tak pernah padam.*

20 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

kakak saya pebah jdik 1 1 nye direct dealer tuk calculator casio..
pnye la ssah nk mnta jdik direct dealer sbb yg uruskn tu sume bangsa laen..
bile dh dapat, harga yg d beri tetap lg tggi dr dealer laen..
tp bile jual pula dekat kwn2 yg sama bangsa, msg2 nk untung cepat..letak harga yg terlampau tggi, lebih tggi dr untung kakak saya sendiri..kesudah nya student pegi beli dekat kedai laen jugak dr cikgu2..

org melayu klau nk berniaga, jgn asyik nk cepat kaya je..huhu

eita said...

sebab tu lah melayu tak berapa nak maju..
suke sangat kondem orang...

bila nampak orang melayu berjaya..bukan nak menyokong malah siap dengki lagi..yang paling tak tahan sanggup guna ilmu hitam untuk jatuh kan orang tu....
(pengalaman ita....sian orang tu di santau oleh kawan baik dia sendiri..sekarang ni masih lagi menjalani rawatan dengan seorang ustaz)

tak kisah berjaya ke tak...sekurang2nye dapat pengalaman...dapat kaji balik dimana kesilapan...
(menceceh plok ita hari ni...)
hehehehhe...soryyy...

Karukord Jagau's said...

Saya menyokong sepenuhnya jika anda minat berniaga. Jatuh bangun dlm perniagaan....sabaaarr.
Yang penting.....pengalaman tuu....

Sbb saya secara sambilan jual t'shirt :)

LydSunshine said...

Yang susahnya org melayu nak naik ni sebab nak dptkan bahan mentah biasanya ada sejenis kaum je konker. So, tak dpt harga murah, cemana nak jual murah kan? Bila dah jual harga yg tak murah mcm kedai kaum tu, pembeli tetap akan pegi beli kat kedai kaum tu wp pembeli tu melayu. Termasuk la saya sendiri. Dah tu, cemana... duit kita sikit jgk mcm org lain. Kalo beli brg dgn harga mahal, rugi la kita.

Lagi satu sikap melayu susah nak maju dlm bisnes ialah, tak ramai yg pandai jaga hati pelanggan. Bila dah ramai org beli, mula la ego bila ada customer yg byk kerenah atau byk tanya. Pastu terus je ckp 'hey, kalo nko tak beli kat kedai aku, ada ramai lagi org akan beli'. Sikap tu tak patut ada kalau nak bisnes maju.

Munnafendy said...

keinginan sy dlm biz jgk tak pernah padam....thanks kak ujie..entry ni jd semangat utk sy =)

khaifaiz said...

kita kena terapkan budaya belajar untuk ilmu bukan belajar untuk pendapatan..

tak meniaga tu sangat bersetuju... ada saja yg cuba melemahkan... tp tu la, sampai bila mahu dgr org mengata..

Rara Nasiha said...

satu hari nanti pun ada niat untuk berniaga. Insyallah :)

Aishah Jahirah said...

org tak pandang berniaga sebagai kerja...padahal berniaga ni sumber rezeki yg tak terhad kalau kena caranya.....

Tihara said...

saya pun pernah kutip pengalam meniaga seblom ni selama 5 thn..tp mcm2 dengki fitnah terpaksa ditelan..tp cukuplah simpan dlm lipatan sejarah...huhu

khairunnisa ♥ said...

nice entry kak Ujie :) bila pergi kedai, ayah selalu pergi kedai melayu..sokong perniagaan melayu itu sendiri ^__~ if ada pertikaikan orang melayu buat bisnes tu memang tak patut la~ bukan mudah tapi diorang dah mencuba dengan baik~ :)

khairunnisa ♥ said...
This comment has been removed by the author.
Acik Erna said...

salam ujie..masih ada melayu yang berjaya dalam bidang nitapi selalunya bila dh berjaya..ramai yng dengki dan malangnya yang dengki dikalangan sendiri jugak bukan bangsa lain..

Izan Ishak said...

kalau cerita pasal berniaga, kami sendiri pernah 2 kali berniaga. 2 bidang yg berbeza. tp disebabkan masalah dalaman yg berlaku, kedua2 terpaksa ditutup. kami tak malu bila org tanya kenapa tutup. lebih baik tutup daripada terpaksa topup modal sedangkan perniagaan sbnrnya takde masalah dari segi customer pun. hal melibatkan org dalam yg pasti. sapa yg tak sedih bila bisnes yg bermodalkan puluhan terpaksa di tutup begitu saja.

tapi kami sedikitpun tak pernah anggap perniagaan itu gagal kerana sekurang2nya kami dah cuba. dan kami bukan gagal sbb tak mencuba langsung...

mana tahu ada rezki lagi pada masa hadapan... bisnes tetap pilihan utama kami.

Woofer Storm said...

sy ingin berniaga sis,tapi tak tahu nak brniaga apa.berniaga ni best,untung rugi bergantung kepada usaha kita sndiri..kita malas,kita sndiri yang binasa..

#malas nak jadi kuli,tapi tu je yang mampu^^

Che Rosliza Che mat said...

kebiasaannya cina yg suka berniaga....orang melayu jarang....follow sini..

Ujie said...

CK:
bagusnya usaha & semangat kakak CK.
setuju dgn CK..jgn cpt nk kaya bila mula berbisnes.

EITA:
tu pun antara sebab kejatuhan bisnes melayu..

KARUKORD:
pglman adalah sekolah yg terbaik!

LYD:
kedua isu yg awak sebut mmg betul.

kalau tak banyaaak modal, susah nak terus bersaing.
kalau dah ada kemajuan, mesti terus rendah diri.

MUNNA:
kuat semangat..ciri2 yg perlu dlm berbisnes!
moga impian munna tercapai suatu masa nanti ya..

KHAI:
budaya belajar utk raih pendapatan..itu yg diterapkan kpd anak2 melayu sejak dulu.

RARA:
skrg pun boleh mula, kecil2 & yg mudah.

AISHAH:
yup..kena betulkan mind setting tentang buat bisnes ni.

TIHARA:
lama gak 5thn..saya tak sampai 3thn. tak mampu tanggung lagi..terpaksa lepaskan walau sayang.

KHAIRUNNISA:
syabas utk ayah nisa!
bisnes bukan mudah..kalau tak penah buat mmg susah nak faham.

ACIK:
itulah..dari mula bisnes, dah berjaya..org dengki. kalau gagal..teruk dicemuh.

IZAN:
saya pun alami masalah utk topup modal. walau dah abis berpuluh ribu..tapi apa boleh buat..

WS:
Achie skrg dah mula fotografi pengantin kan? bisnes la tu..

Prettywrite said...

yana dari dulu tak jemu2 biznes..tapi tak menjadi sangat..mungkin kena banyak belajar lagi..dalam fmily pun macam2 biznes buat..jual baju lah, tudung lah, ubat lah, tupperware lah, topup lah, kelas mengaji lah..hehe secara kecik2..semua minat nak meniaga tapi tak expand jer..
ala kat Kelantan ramai jer kedai orang melayu..ekeke

Ujie said...

PRETTYWRITE:
kelantan terkecuali utk isu ni..mungkin sbb Melayu Kelantan dah budayakan berniaga sejak dulu2 lagi.

mcm family yna..^_^

HazeL said...

yer la, knape budaya berniaga takde dlm org melayu?? byk org melayu berniaga tapi cepat tutup...adekah sebab kurang motivasi atau kurang ilmu? bangsa lain berhati tegar kot...

Ujie said...

HAZEL:
Utk membentuk budaya, ia perlu dimulakan..kmudian diwarisi generasi seterusnya.

Bila dah jd budaya, barulah byk pglmn..cukup ilmu..kukuh modal. Sbb tu cina ramai kelihatan berjaya.. Kita..kurang pglmn, ilmu & modal terhad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...