Friday, 23 March 2012

Sepandai-pandai Tupai Melompat...

Ini sebuah kisah luar kebiasaan.
Kisah penipuan yang dilakukan oleh bakal pengantin perempuan.
Bukan untuk salah menyalahkan, tetapi mahu kalian ambil perhatian juga pengajaran.
Moga dengan pendedahan ini, kamu lelaki atau ahli keluarga kita terhindar darinya.

Kisah bermula...perkenalan dalam satu acara rasmi.
Detik kelam bermula dari situ.
Si lelaki rasa bagai terpukau...mula menurut kata si perempuan.
Bermulalah satu 'perhubungan'.

Tidak lama berkenalan...si perempuan mengajak berkahwin.
Meminta pula dibawa bertemu keluarga si lelaki.
Seisi keluarga...juga bagai terpukau dan jatuh kasihan...
Bila dikhabarkan si perempuan anak yatim sebatang kara.
Majlis pertunangan segera dilangsungkan di rumah pihak lelaki.
Segala persiapan diatur hebat oleh si perempuan...sungguh meragukan!

Bagai dipukau juga...si perempuan diizinkan tinggal bersama.
Dia mula sibuk membuat persiapan perkahwinan yang tiba lagi beberapa bulan.
Segala persiapan ditentukannya...tanpa mampu dicampur oleh pihak lelaki.
Seluruh keluarga lelaki...sekadar menurut apa mahunya.
Dalam masa tersebut juga...beberapa kejadian aneh turut berlaku.
Dia bukan dirinya saja...ada yang 'halus' berselindung.

Sehinggalah suatu ketika...rahsia besar mula terbongkar.
Dek kesukaran menguruskan wali untuk pernikahan.
Kenyataannya, dia masih punya keluarga...ibu ayah adik-beradik!
Pertunangan terus diputuskan.
Alhamdulillah...majlis perkahwinan yang dirancang sempat dibatalkan.
Penipuan tak kekal lama...kebenaran tersingkap jua.

Bagai rahsia demi rahsia...
Satu persatu kebohongannya tersingkap.
Dia bukan bekas anggota tentera...seperti didakwa.
Dan banyak lagi yang tak perlu saya tuliskan.
Kerana terlalu teruk untuk saya sendiri percaya.
Saya dan dia...pernah berbual dan bercerita.
Dia...kata-katanya tampak normal.

Terkadang saya terfikir...kasihan juga dia.
Gangguan jiwa menjadikan dia manusia sebegitu.
Moga dia menemui jalan yang benar..amin!
Dan terima kasih Allah...atas sebuah kebenaran!


p/s: Perkara begini, sebetulnya saya dan saudara mara lain dah perasan kelainannya. Tapi sebagai bangsa Melayu yang penuh adab, kurang sesuai pulak untuk kita mempersoalkan atau mencampuri hal keluarga lain. Apapun, syukur segalanya telah berakhir!

29 comments:

  1. sebenarnya tak faham sangat isi kisah ni..sebab rasa nak tahu lebih detail...hee :)

    cuma boleh ambil iktibar selidik dulu background seseorang sebelum dijadikan teman hidup kan..syukurlah semuanya dah terungkai dan selesai...

    ReplyDelete
  2. syukur semuanya telah selamat dari penipuan

    ReplyDelete
  3. jadinya dia mengaku dulu dia sorg tentera ke kak?

    ReplyDelete
  4. TIHARA:
    ceritanya agak kompleks..dan agak peribadi. puas fikir, ini jelah yg mampu dicoretkan.
    cuma nk bagi yg lain hati2 je sbb ia boleh berlaku.

    ReplyDelete
  5. NIZA:
    a'ah..siap ada baju tentera.
    tak tau mana dia dpt.

    ReplyDelete
  6. uihh..dasyat betul penipuan dia tu. tapi uniform tu boleh beli kak..cuma kena siap duit jelah...mmg dia byk duit la.

    ReplyDelete
  7. a'ah mcm kak tihara ckp tak bape nak fhm sbb tak detail...yg fhm pmpn tu menipu kan? dia mmg sakit jiwa ke apa?

    ReplyDelete
  8. MUNNA:
    yup..menipu utk kawin!
    Org waras tak buat benda2 gini pastinya.

    ReplyDelete
  9. k.ujie ira mcm xbrapa nk fhm..huuu..ppuan tu sbnrnya ada family lagi lah ea tp sbb ada gangguan mental dia ckp dia anak yatim ea...

    pelik juga nape keluarga si lelaki ikutkan je kehendak ppuan tu...mgkin sbb dah jatuh syg dan kasihan kot ea...hee..alhamdulillah smuanya berakhir dgn baik...

    ni msti saudara mara k.ujie ye..nsb baik tak diteruskan dgn perkahwinan..susah nt..

    ReplyDelete
  10. macamx2 hal dunia sekarang ni kan..org sanggup tipu menipu utk hidup.apapun syukur ada hikmah disebalik semua yg terjadi kan.

    ReplyDelete
  11. hee..k.ujie..ira ajar bdk2 tu seni..diorang tak kenal abc tapi dioarang boleh wat tu guna straw n warna air..tp byk cikgu ira dia y tlg..hee ;p

    dl ira suka mkn tau cheese tart ni tp bila org sll tempah, ira xsuka mkn dah.haha..ira suka buat je.mkn x.heee..pelik dah..tu la bnda y ira suka kan..so ira buat je..dptlah top up duit tol ira g sekolah :D

    ReplyDelete
  12. owh , citer ni macam seram plak ,

    btw , thanks 4 d info . :DD

    ReplyDelete
  13. nk tahu cerita keseluruhan plak~~
    erm btw moga Allah memberi petunjuk bg yg melakukan penipuan trsebut~

    ReplyDelete
  14. zaman sekarang ni macam2 leh jadi...
    sebab tu lah kena selidik betol2...
    takut terjadi perkara yang memang tak diingini...

    ReplyDelete
  15. Ok... Saya blur blur di sini... :) apa pun nasib laa selamat dibatalkan sblm hari langsung kn??

    ReplyDelete
  16. nasib bek sdar awl lum g kawin...

    ReplyDelete
  17. yuppp terlalu umum,... kalau dijelaskan lagi bagus sebagai pengajaran dan pedoman...

    ReplyDelete
  18. sepandai-pandai tupai melompat pasti dia akan penat melompat..hehehe.. :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. Finally kantoi juger.. kalau jadi kahwin mati2
    mamat tuh kena temberang.. tak berkat...

    ReplyDelete
  20. pendek kata , macam2 bleh berlaku kan?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum kak Ujie..

    kenapa dia sanggup buat macam tu :(
    melukakan hati banyak pihak..
    moga dia tidak ulangi kesilapan yang sama kat orang lain..

    dan moga kita sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. Setiap kejadian tu pasti ada hikmah yang Allah berikan..

    ReplyDelete
  22. sbnrnye mcmcmn ek.. ape yg berlaku kt perempuan tu?

    ReplyDelete
  23. haaahh ?? Ada ke patut ?? iskhh.. Tak patut 2x.. Kalau ye pun sakit jiwa jangan la sampai nak menjatuhkan maruah diri kan kak ujie... huhu semoga dijauhkan dari diri ini & family...Amin

    ReplyDelete
  24. beraninyer dia menipu..
    huuhu...

    hai k.ujie.. :)

    ReplyDelete
  25. disebalik kehidupan manusia, macam - macam cerita ada. semoga ini menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua

    ReplyDelete
  26. macam2 cara manusia nak capai hidup senang dan bhagia kononnya..last2 makan diri sendiri..perempuan tu pakai santau ke apa?huhu

    ReplyDelete
  27. PRETTYWRITE:
    tak tau apa dia pakai, tapi lelaki & seisi keluarga mcm dipukau..ikut je apa kehendak si prmpn ni.

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah tak terus terjebak dlm permainan dia....mungkin si perempuan ada amalkan apa2 kotkan..bukan pompuan je yg tertipu sekarang, lelaki pun terkena....minta dijauhkan drpd terkena diri n keluarga...

    ReplyDelete
  29. bermain ngan syirik ke...huhuhuhu...semoga dijauhkan ...

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...