Friday 9 March 2012

Pulau Warisan, Kuala Terengganu

Disebabkan ramai yang tertanya-tanya mengenai gambar dalam entri semalam, iaitu gambar lampu-lampu seperti di i-City, Shah Alam, Selangor. Lokasi sebenar gambar tersebut adalah di Pulau Warisan, Terengganu. Melalui carian di internet, saya gagal menemukan tarikh pembukaan tarikan pelancongan yang masih kelihatan baru ni. Mengenai lokasi, ia terletak di Jalan Hiliran berdekatan dengan Chinatown.

Kat sini saya nak kongsi sedikit gambar yang diambil pada bulan Januari 2012 lalu. Masa tiba kat sini dah pun menjelang waktu maghrib dan pemandangan waktu begitu memang sangat cantik.

Jambatan cantik ni terletak kat hujung sekali, menghadap lautan.

Pemandangan dari atas jambatan tadi.
Boleh nampak yang kawasan ni luas, cuma masa tak mengizinkan untuk merayau lebih.

Dari atas jambatan tadi juga, yang ni menghadap lautan.
Cantik & damai  tengok warna alam begini.

Pokok lampu yang mengindahkan suasana malam kat sini.
Tempat ni sesuai untuk rekreasi keluarga dan subjek yang cantik untuk yang suka ambil gambar landskap. Gambar-gambar yang saya ambil ni cuma guna kamera handphone, kalau kamera canggih macam EitaAchieTelor Power dan yang lain-lain tu mesti hasilnya sangat WOW! ^__^


*update 26/12/12: Sebelum ni saya tulis tempat ni sebagai Kuala Terengganu Waterfront, tapi ia sebenarnya Pulau Warisan. Sebuah lagi pulau buatan di Kuala Terengganu. Terima kasih kepada pengomen yang membetulkannya.

25 comments:

  1. weyhh cantik lah pic ni..siyes ingat guna camera canggih cam eita punyer..nice2, lama dah tk g KT..winduu :)

    ReplyDelete
  2. masyaallah!! cantiknya..tak sngka tul cantik camtu :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya gambar2 yang Ujie rakam. :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...
    segan lah akak royat macam ni...
    ni takleh jadi ni...
    kena gi jugak jalan sekali ni.....
    mesti best kan...

    ReplyDelete
  5. Esok sy nak ke sane. Bolehlah singgah sini amek gamba. Mmg ctk pemandangan tu....

    ReplyDelete
  6. TIHARA:
    tmpt cantik, gambar pun senang jd cantik. kalau camera ita..mesti sgt cantik.

    SISDEE:
    tapi kalau siang tak taula, ni mlm ada lampu2.

    EITA:
    nak segan apa..mmg dah betul.
    ita mesti pegi sbb tempat sendiri..^__^

    PAA:
    wah, bestnya..holiday sana.
    pegi time senja cantik.

    ReplyDelete
  7. memang cantik sgt ujie..tenangnya...udara pun mesti sejuk2 je kan time2 maghrib ni =)

    ReplyDelete
  8. eh,tak salah komen dah...legaaaaa

    ReplyDelete
  9. tetiba terrasa malu....


    ok area kg cina dan pasar payang lah...
    lawa giler tempat nie. ia masih baru. cuma saya tak berkesempatan amik gambar di ptg hari kerana hujan. hanya dapat ambil disebelah malamnya

    ReplyDelete
  10. namapk kak ujie ambik ni pun dah comel..
    ada masa nak gi usha jugak lah..

    ReplyDelete
  11. lama sudah tak jejak kaki ke ganu...ketinggalan segala2nya...pokok berlampu tu yg menampakkan macam kat i city...
    icity pun sy xpnh smpai sbnarnya...tgk gamba org je...hahaa

    ReplyDelete
  12. pakai hp pun still nampak cantik gambar ni.....mesti hp canggih ni...hehe...

    ReplyDelete
  13. wah..tak pernah dengar lagi pasal Terengganu Waterfront nie..tapi mmg stylo tempat nie kak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. Wahhh, cantiknya...suatu masa nanti akan singgah kat sana :)

    ReplyDelete
  15. hehe... tak pe la kak ujie... kite sama je... guna camera hp..wuuuu nak beli DSLR tak mampu.. ngeee..

    ReplyDelete
  16. MUNNA:
    hahaa..komen yg betul!

    TP:
    blm rezeki TP la tu..
    masa saya pegi pun, dah gerimis ni sebenarnya.

    AISHAH:
    yang benarnya..^___^
    akak pun blm penah pegi i-city!
    malas nak keluar malam2 ke sana.

    CIK UNA:
    tak mampu & akak malas nak belajar guna, mcm kompleks je. ^_^

    ReplyDelete
  17. lorrrr...Tganu...?cantik tempat ni..best untuk lepak n relax2 ni..ke ada tempat main2 jugak kat sini kak?

    ReplyDelete
  18. Salam Ujie..,

    masyaallah cantiknya.....
    lama dah tak ke Gannu bilalah dapat kesana lagi...

    ReplyDelete
  19. cantiknya!

    ira xpnh tau pon ada tempat ni kat tganu..hee

    nsb baik k.ujie cerita..:)

    ReplyDelete
  20. lampu pokok tu kat selangor banyak kat i-city shah alam.. meriahh... tp sy x pernah pg lagi pun...

    ReplyDelete
  21. handphone ape kak ujie guna...cntik gak gambarnyerrr....bakat tu penting...kak ujie mmg berbakat lah...hehehehe

    ReplyDelete
  22. PEMBETULAN....gambar2 kat atas du bukan di waterfront...waterfront tu dekat lain yer dekat dengan hotel felda.....tempat kat atas tu di kenali dengan Pulau Warisan (pulau Buatan) di belakang kg cina dan bersebelahan dengan pasar payang..sekian harap maklum hehheheh

    ReplyDelete
  23. GUANA:
    thanks ya!
    setelah dibuat carian semula, mmg betul ia Pulau Warisan. Rupanya ia bkn tempat yg sama dgn waterfront tu.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****