Monday, 19 March 2012

Felda Ulu Tebrau

Kelmarin (Sabtu) saya bersama ahli keluarga yang lain menghadiri majlis perkahwinan di rumah saudara di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Perjalanan mengambil masa hampir 1 1/2 jam dari rumah mak saya di Pontian. 

Kumpulan kompang yang memeriahkan majlis.

Kat sini masih mengamalkan adat memberi BERKAT (nasi minyak & 1-2 jenis lauk) untuk setiap keluarga yang hadir. Selain tu setiap orang turut mendapat 'buah tangan'  TELUR PINDANG dan jajan. Bagusnya pemberian 'berkat' ni, bolehlah ahli keluarga yang tak dapat menghadiri majlis turut merasa nasi minyak. Dalam kes saya, 'berkat' ni jadi makanan petang sebaik je pulang ke rumah mak. Lagi pulak makan ramai-ramai dengan adik-beradik dan anak-anak saudara...berselera dan meriah!


*untuk entri Telur Pindang, sila KLIK SINI.
*untuk entri Jajan, sila KLIK SINI.

32 comments:

  1. Pemberian nasi berkat ni boleh menggandakan bajet untuk majlis perkahwinan, tapi kat Johor memang begitu caranya...

    ReplyDelete
  2. MIE:
    sbb tu ramai yg dah tak bg berkat, atau bg pd sedara mara je skrg ni kan..

    ReplyDelete
  3. kat sini pun ada juga..
    cuma di bagi pada sedara mara je...
    teringin nak rasa telor pindang tu....

    ReplyDelete
  4. lama dah rasa tak pergi kenduri kawin dengan suasana kampung..rasa rindu jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. lama dah rasa tak pergi kenduri kawin dengan suasana kampung..rasa rindu jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. dah lama tak tgk telor pindang kat
    sini..

    ReplyDelete
  7. nasi kenduri mmg sedap...sy pun dpt mkn nasi minyak rumah org kawen sabtu baru ni..sampai jgk hajat. huhu

    ReplyDelete
  8. Sy teringat dulu2 ms arwah nenek ade. Klu blk dr rewang, mst ade nasi berkat. Skg nie, x byk org amalkan tradisi sebegini. Agak menyedihkan juga...

    ReplyDelete
  9. huh...meriah nampak.....

    jarang benar ke majlis orang johor

    ReplyDelete
  10. huh...meriah nampak.....

    jarang benar ke majlis orang johor

    ReplyDelete
  11. bestnyer mkn nasi kenduri..meriahkan bila majlis ada kumpulan kompang gitu.

    ReplyDelete
  12. EITA:
    Akak pun jarang dpt mkn..kat kl/s'gor ni tak jumpe lg.

    PAA:
    sbb kos meningkat..lg2 kalau guna katering.
    Tp mmg rasa best kalau ada berkat ni.

    HJ:
    Apsal tak tanya mana gambo pengantin?? ^__^

    ReplyDelete
  13. Sejak arwah nenek sudah tiada, lama tidak
    ke Tebrau.. sedih nih..

    ReplyDelete
  14. huhuhu lama tak merasa telor pindang tu....

    susah di area perak ni nak jumpa telor pindang

    ReplyDelete
  15. mmg sll dpt berkat kalu kenduri kahwin johor..skang msk dlm tupperware je kan?hee..aritu kwn ira kwin kat pontian kecil, ira dpt gak..telur pindang pn dpt..:)

    sll johor je buat camni..heee

    ReplyDelete
  16. org Johor mmg femes ngan telur pindang ni kan..dulu ada kawan selalu cerita pasal telur ni dia kata sedap..tak pernah rasa pun..tak pernah g Johor..hehe

    ReplyDelete
  17. kalau tmpt sy,berkat utk sedara mara yg dtg dr jauh, n bila mjlis setel kalau ada belen bru agih2 kat jiran...tetamu bg gift biasa je..

    syok kalau dpt telur pindang tu

    ReplyDelete
  18. bagus la adat berkat ni. Tuan rumah la sepatutnya memberi kepada tetamu kan? Ini dah terbalik, org dtg umah kenduri kawen, tetamu plak bagi duit.

    ReplyDelete
  19. J/IRA:
    Ada org letak dlm bekas plastik, ada yg dlm plastik putih je. Yg akak dpt ni pulak dlm bekas polisterine.

    Asalnya dulu, sume tamu mmg dpt berkat. mmg adat jawa. tp skrg kos meningkat..takde la adat tu diteruskan lg.

    LYD:
    Sepatutnya gitulah..tujuan mjlis nk jamu org mkn. tp asal kita bg seikhlas hati ok lg. Ada sesetengah tmpt siap tulis nama & berapa bg duit..itu paling tak elok.

    ReplyDelete
  20. telo pendang tu saya suka sangat tp dah lama tk dapt makan tu..kat tempat saya ada gak bagi2 nasik keduri tu..org sini panggil bontrot.. :)

    ReplyDelete
  21. ni memang adat orang johor kan..bagi nasi berkat. Dulu masa abg saya kahwin dgn org johor, pelik juga, ingatkan bagi org tapau makanan bawa balik heheheheh

    ReplyDelete
  22. TIHARA:
    eh, sama mcm kat tmpt suami saya di Batu Pahat. diorang panggil bontrot gak. ingatkan tu bahasa jawa sana.
    confuse...

    KIMMIE:
    a'ah..adat Jawa sebenarnya. kalau yg melayu ada yg buat, ada tak.
    tapi skrg dah makin kurang org buat,paling2 pun bg sedara mara. cut cost!

    ReplyDelete
  23. pena makan telur pindang ni kat stesen minyak..ehheee

    ~lain bangsa.lain caranya..cara sy lain pula..hheee

    ReplyDelete
  24. WS:
    Sesekali citer la cara achie plak.
    Ingin jugak akak nk tau..

    ReplyDelete
  25. ya, semacam satu yang wajib untuk tuan rumah membekalkan `berkat' kepada tetamu. semasa awal tinggal di KL, agak pelik bila balik dari kenduri cuma pulang tangan kosong. rupanya tradisi tu tak diamalkan di sini.

    apa pun, nasi ambeng kat sana memang terbaik. budak-budak tukang `potong'!

    ReplyDelete
  26. SM:
    awak org johor gak ke?

    nasi ambeng..skrg kat johor dah tak ramai yg buat. maybe sbb lauknya byk.

    ReplyDelete
  27. eh...kg ct pon kt pontian...hihihi

    ReplyDelete
  28. hehe kg saya ni !!!

    rumah sedara blok bape?

    ReplyDelete
  29. UCHI:
    Oho,,kg awak..last ke sana, raya baru ni.
    Tapi tak pernah ingat pulak sedara tu blok brapa. :)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...