Tuesday 13 March 2012

Debu Hiroshima

Tajuk: Debu Hiroshima
Penulis: Othman Puteh
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Harga: RM15
Muka surat: 121

Semasa berjalan-jalan di Pesta Buku Bangi kelmarin, saya ternampak buku ni. Kulit depannya memang tak menarik perhatian. Tapi sebab tajuk biasa dengar dan ia hasil karya penulis hebat, saya mula membelek-belek dan tertarik! Buku ni sebenarnya telah terbit kali pertama pada tahun 1987, yang saya beli ni merupakan cetakan keenam iaitu pada tahun 2008. Sungguh ketinggalan!

Sinopsis
Buku ini menceritakan kembali kisah seorang anak Melayu iaitu Abd. Razak Abd. Hamid yang telah terselamat dalam kejadian bom atom yang digugurkan oleh Amerika untuk memusnahkan Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945. Dia pada masa kejadian sedang berada dalam bilik kuliah Universiti Hiroshima bersama seorang anak Brunei, Pangeran Yusof. Bermula detik itu, dia dan Pangeran Yusof melalui pengalaman yang pahit, sedih dan dahsyat dalam usaha mereka membantu menyelamatkan teman-teman, kenalan dan mangsa-mangsa lain.

Untuk info: Setelah Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu, Abd. Razak telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti Jepun dengan tajaan. Di sinilah bermula kisahnya..

Petikan / Sedutan
Panas. Terlampau panas. Bahang letupan bom itu mencapai 300 000 darjah Celcius. Oleh teramat panas, batu granit yang berada di dalam lingkungan 1000 meter dari pusat ledakan itu menjadi cair. Bumbung-bumbung rumah dan bangunan menjadi lunak dan bertukar warna dari hitam ke coklat. Manusia yang berada di bawah letupan dahsyat itu dengan tiba-tiba hilang lenyap daripada pandangan tanpa meninggalkan sebarang jejak ataupun bekas.

Gambar Hiroshima selepas dibom

Bangunan yang tinggal ini, kini dikenali sebagai 'Kubah Bom Atom'.
(sumber gambar: Google)

p/s: Lepas baca buku ni, beberapa hal saya fikirkan.
Di antara Jepun dan Amerika, siapa lebih kejam??? Dan siapa yang tak pernah berhenti menjajah???

28 comments:

  1. tentera dajal belaka....suka merosakkan bumi Allah..wallahualam

    menarik buku ni ujie...harga pun tk mahal..nice :)

    ReplyDelete
  2. Saya ada buku ni, tapi covernya lain. Razak sensei (cikgu) yg diceritakan dalam buku ini dulu pernah mengajar saya bahasa Jepun...

    ReplyDelete
  3. TIHARA:
    Mmg buku yg bagus, byk lg yg saya tak tau psl negara sndiri rupanya.

    Harga masa saya beli ni dpt 50% diskaun..jd rm7.50 je!

    LYA:
    Tema utama mengenai pengeboman Hiroshima. tp secara tak langsung ia berkaitan dgn sejarah negara kita & ada menyuntik semangat patriotik.

    ReplyDelete
  4. amerika dari dlu smp skrang jahat

    ReplyDelete
  5. suka baca buku macam ni..dari baca buku cinta yang ntah apa2...

    ReplyDelete
  6. nampak sgt amerika la yg tak pernah berhenti nak menjajah...dulu masa sek saya suka baca buku2 patriotik, tp sekarang....huhuu

    ReplyDelete
  7. saya kalau baca buku2 gini amik masa nak khatam..hehe.

    ReplyDelete
  8. Huh. Othman Puteh. Otai dia ni. Dulu masa skolah rendah selalu la baca buku2 tulisan beliau.

    Menarik jugak kisah sejarah ni. Dan jawapannya... confirm la Uncle Sam yang lagi jahat sejak dulu sampai sekarang. Sebab mereka selalu serang rakyat awam. Mmg jepun mula serang pearl harbour, tapi itukan pangkalan tentera.

    ReplyDelete
  9. macam menarik je buku nie...tapi sayangnya saya jenis membaca..hehe..cepat ngantuk..hehe...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. bahan cerita minat la juga baca dari kisah2 cinta .

    maaf pada penggemar novel2 cinta. lagi suka kalau ada ttg fakta2

    ReplyDelete
  11. entri menarik.. tapi ain tak minat membaca.. kalau novel pun amek masa berbulan2 tuk habiskan

    ReplyDelete
  12. amerika dr dulu suke serang org awam..sbb dr segi peralatan tentera mmg diorg yg termaju..tp kekuatan tentera infantri antara yg plg lemah..sbb 2 bile lawan ala gerila(vietnam, iraq, afghanistan) ramai yg terkorban..

    ReplyDelete
  13. usahkan jepun atau amerika kak..malaysia sendiri pun kejam terhadap rakyatnya..hehee..

    ReplyDelete
  14. mcm legend je
    mest best
    hehehehe :)

    ReplyDelete
  15. Prettywrite:
    waah..luah rasa nampak? hehee

    ReplyDelete
  16. thank 4 share.....suka bce buku eh....bgus2...hehehe

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, saya berminat dgn buku ni. Boleh tak jika jual pada saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, mohon maaf, buat masa ni belum nak menjualnya.

      Delete
  18. Asalam, boleh jual buku ni kpd saya?

    ReplyDelete
  19. Mohon maaf kepada semua yang bertanya berkenaan buku ini, buat masa sekarang saya masih nak menyimpannya sebagai koleksi peribadi.

    Saya akan maklumkan di sini jika saya bersedia menjualnya.

    .

    ReplyDelete
  20. Saya Pernah ada buku ini tapi hilang drp simpanan

    ReplyDelete
  21. cik bercadang nak jual tak buku ni ,😀

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****