Thursday 2 February 2012

Tempoyak Daun Kayu


Pernah makan lauk ni? Masakan ni menggunakan antaranya daun kunyit, daun kaduk & daun labu. Lagi banyak jenis daunnya lagi sedap..orang cakaplah. Adanya gabungan tempoyak, santan dan cili api membuatkan masakan ini sangat sedap!

Saya mula berkenalan dengan lauk ni semasa tinggal di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang jiran memperkenalkannya kepada saya, sejak tu terus jatuh suka dan selalu beli di pasar tani Kuala Pilah. Nak buat sendiri tak rajin sebab setiap jenis daun tu perlu dihiris halus. Yang nak makan pulak cuma dua orang je..saya dan suami.

Dek kerana tekak ni rindu sangat, hujung minggu lalu saya ke Kuala Pilah untuk menikmati Tempoyak Daun Kayu ni. Hmmm..memang sangat sedap! Licin bekas lauk tu. Pernah makan lauk ni di sebuah restoran di Seremban, tapi rasanya mengecewakan. Memang kena balik Kuala Pilah tiap kali teringin.

Kalau ada yang teringin nak cuba, resepinya ada kat SINI.

28 comments:

  1. Ape2 pun yg dimkn dgn tempoyak mmg sgt sedapppp....

    ReplyDelete
  2. owh pernah makan sekali je sebab aunt kawin dgn org kuala pilah ^* mmg sedap makan dgn nasi panas berlaukkan ikan grg pun cukuplah sedapppp!

    ReplyDelete
  3. faiz:
    mmg sedap!

    tea:
    tekak melayu..mesti suka tempoyak kan.

    aleasara:
    ohh..bolehla soh aunty pulak yg msk. ni mmg lauk org Pilah.

    ReplyDelete
  4. tak pernah tahu pun ada tempoyak ni dan tak pernah makan. Tapi tekak ni teringin je nak rasa...dah katanya sedap kan. kat utara ni rasanya takdak.

    ReplyDelete
  5. wahh cam ngidam je tu..hehe best kan kalo kita sama2 ngidam pastu menjadi...tu niza tu ngidam gak tu..hehe..akak doa sangat kita bertiga dapat baby thn ni...Insya Allah..

    **ni pun dh keco air liur nk makan tempoyak daun ni :)

    ReplyDelete
  6. ujie..acik memang tak pernah membeli..setiap kali nak mkaan memang acik buat sendiri..buatnya mudah aje kan..cuma kena rajin sikit menghiris.

    ReplyDelete
  7. niza:
    kat kg saya johor pun takde. ni mknn spesial n9.
    kalau rajin niza try la msk.

    tihara:
    aduh..indahnya impian!
    hehe..tekak ni yg sedap sume ngidam..

    acik:
    mmg senang. yg agak susah nak cari daun2 & nak rajin hiris halus..baru sdp.
    tak rajin..mcm2 la dalih saya kann..^__^

    ReplyDelete
  8. ui xpnh mkn...nmpk cm bez je..

    ReplyDelete
  9. nak buat ni kena pandai sebab ada orang yang buat rasanya kurang sedap..mungkin tempoyaknye kot..tak pun santan tak pekat..

    ReplyDelete
  10. tak pernah makan plak sebab sy tak suka tempoyak..hehehe..tapi nampak cam sedap..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. macam pelik jer,
    tapi sebab dah kena cilipadi tuh,
    kompom berapi, mkn ngan nasi panaskan...

    :)

    ReplyDelete
  12. nampak mcm sedap.. tp sy mmg tak pandai makan tempoyak huhu ruginyerrr

    ReplyDelete
  13. biasa buat tempoyak dengan daun kunyit je....
    lain kali leh lah try ni

    ReplyDelete
  14. ezad amir:
    sila try..kalau ke NS.

    diana:
    iyalah tu..lagi satu daunnya kena amik yg muda/pucuk. bila daun tua, keras tak sedap mkn.

    azlan:
    mula2 akak pun tak pandai mkn tempoyak2 ni, masak lagi tak pernah. tapi bila try mkn lauk ni..terus suka!

    lia:
    mmg pedas..tapi sedap!

    ReplyDelete
  15. sabry:
    ^_^

    eva:
    try it! kalau dah rasa sedap, tak kisah tu tempoyak atau apa..

    eita:
    ha..ada iras2 la tuh. tambah beberapa jenis daun lagi..

    mie:
    susah nak jumpa pun..nasib Pilah tu tak jauh mana, bolehlah mencari lagi.

    ReplyDelete
  16. hehe..betul laa kak..template sy lebih kurang akak..sy baru je tukar smalam..hehe..template lama tu gelap jer..cam xde sinar..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. nampak sedap tapi tak pernah rasa lagi. yang pernah aku cuba adalah
    ikan bilis goreng dicampur dgn tempoyak dan cili api dilumat halus ditumis bersama. sedap...

    ReplyDelete
  18. nampak sedap tapi tak pernah rasa lagi. yang pernah aku cuba adalah
    ikan bilis goreng dicampur dgn tempoyak dan cili api dilumat halus ditumis bersama. sedap...

    ReplyDelete
  19. seriously ni first time dengar! daun2 tu pernah la makan buat ulam n kerabu...tp buat ngan tempoyak ni xpernah jumpa lg..

    ReplyDelete
  20. azlan:
    mmg ada sinar! lebih mudah akak nak baca..^__^

    TP:
    oo..tu sambal tempoyak kot. kira mcm mkn sambal belacan lah..sedap3!

    munna:
    akak jumpa pun masa stay Kuala Pilah. Kalau tak..mmg tak tau. kat selangor/kl ni tak pernah jumpa pulak.

    ReplyDelete
  21. nampak mcm sedap..terliur plk kita tgk gambor tu...

    fieda dan mmasukkan link blog ni dlm bloglist..nanti boleh la selalu terjah sini...

    ReplyDelete
  22. sedapnye tempoyak daun kayu nie....terus rasa lapaq

    ReplyDelete
  23. fieda:
    hehe..semestinya sedap!
    *tq atas kesudiannya..

    cik kamoo:
    lapar?? jemput tengok je la ya.. ^__~

    ReplyDelete
  24. ira sll mkn k.ujie..hee..mmg sll ada bila kenduri rumah mak ngah ira kat seremban, kenduri kat kg mak kat masjid tnh melaka..:)..mmg nenek ira sll msk ni ms arwah ada dl..mmg mknn ruji family ira..:)

    letak petai lagi sedap..heee..tp ira xmkn petainya..kekeke..rencahnya dgn ikan bilis..:)

    ReplyDelete
  25. j.ira:
    wah..bestnya! kita ni punyalah susah nak jumpa..

    biasa akak mkn mmg ada petai & bilis. tu yg jd penambah rasa..

    ReplyDelete
  26. ya allah...tertelan air liuq cheq...uwaaaaaaaa...sedapnyer nampkkkk

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****