My Blogshop :

Thursday, 26 January 2012

Terengganu: Sotong Celup Tepung

Kali ni saya nak cerita satu tempat makan yang menarik dan sedap di Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu. Sebenarnya kedai ni turut menjual keropok lekor, udang & ikan celup tepung. Tapi yang paling popular ialah sotong celup tepung. 

Lokasinya terletak di tepi jalan pesisir Pantai Batu Rakit. Di situ terdapat banyak kedai-kedai yang menjual makanan begini. Atas syor, kami memilih Warong Pok Nong. Melihat ramai orang sedang menjamu selera, membuktikan 'kesedapan' hidangan kat sini. 

Di sini, kita perlu layan diri untuk memilih sendiri udang/ikan/sotong yang dah siap digoreng celup tepung. Gunting disediakan untuk kita memotong sendiri hidangan pilihan tadi. Harga? Sotong dari RM7-9 seekor mengikut saiz. Sotongnya memang besar-besar tau. Udang pulak RM2 bagi 5 ekor dan ikan RM3 seekor. Memang sedap dan rangup tepungnya! Kalau makan di sini order juga air kelapa atau ABCnya yang istimewa sebab ada aiskrim. Pakcik pemilik kedai ni pun sangat peramah, bila pelanggan dah kurang dia mendekati kami dan berbual-bual.

Lepas makan, boleh terus ke seberang jalan untuk menikmati keindahan Pantai Batu Rakit secara lebih dekat. Pasirnya memutih dan lautan yang membiru, memang mengasyikkan. Seronoknya jadi penduduk tempatan di sini..

Indah dan mendamaikan..Maha Suci Allah yang menjadikannya.

Kalau korang sampai Kuala Terengganu jangan lupa singgah makan di sini. Saya sendiri sangat berharap ada rezeki untuk kembali..


p/s: Terima kasih kepada Telor Power atas entri dengan gambar-gambar Mossy Forest!


Book Your Tour, Hotel, Flight, Car Hire HERE!

24 comments:

Kak Sam said...

Hari tu pekena goreng2 ni kat panati batu burok. Nikmat sungguh

Ain Syazana said...

i've been there for 2 times..sungguh besh sotong celup tepung hehe :D

Azlan Hasan said...

wah..mesti sedap kan kak tapi sayangnya saya tak makan seafood..hehe

Regards,
-Strider-

Aishah Jahirah said...

kalau betul2 garing tepung dia mmg sedap la.rangup gitu...saya suka seafood tp ada alahan jugak...:)

Lia Irdelia said...

aduhhhh...
terasa2 dah kat tekak ni..
hehheheh

Telor Power said...

wah sedap dan indah pemandangan tu ujie.. naper tak cuba i.c.t sis?

sempoi habes

eita said...

ita yang duk kat tganu pun sekali je dapat pergi kat batu rakit...
tak jupe plok kedai ni...

lain kali boleh lah usha..
dapat makan udang celup tepung ni best jugak kan...

permandangan pantai yang memang mengasyikkan..

Tihara said...

wahh sedap ni..tpt jatuh lg dikenang ni :)

Niza Romli said...

tempat ni pernah masuk JJCM kan baru2 ni..3, 4 minggu lepas kot.

Ujie said...

kak sam:
yg kat batu burok saya blm pegi. tapi mesti la sama kan..sedap!

ain syazana:
betul..best!

azlan:
la..sian kamu..

aishah:
akak kalau mkn byk sgt mmg jadi alahan..stkt biasa2 okey lagi.

lia:
^__^

TP:
i.c.t = ikan celup tpg kan? dah makan. ada kat gambo atas tu, dah kena gunting jadi tak perasan.

eita:
wah..bestnya ita! boleh mkn selalu seafood celup tepung..boleh selalu renung pantai.

tihara:
pernah stay t'ganu ke tihara?

niza:
oo..ya ke? tak pulak.
kami mkn kat situ sbb suami biasa mkn kat kedai tu bila outstation ke KT.

Juliet_iRa~" said...

sedapnya kak ujie!heee..suka sotong goreng tepung tu..smlm ira mkn sotong bakar je ms mkn kat kedai ikan bakar tu..hee

ira lagi la xpnh g sekinchan ikan bakar tu..jauh..hee ;p

psss : aah y entry ira tu khusus utk SPM je..kpli lain skit kan syarat2nya..:)

Telor Power said...

patut tak perasan hehehe ikan dah kena kerat rupanya

Woofer Storm said...

bestnya dapat bercuti ni,banyak benda menarik dapat dilihat dgn mata sendiri...

#kat kampung lauk utama adalah makanan laut..rindu nk mkan banyak2,tapi sini mahal sangat sis..hehee

khaifaiz said...

sotong... perghhhh peberet

Tea said...

baru dua hari lepas carik sotong tepung ni sekali datang cekodok sotong.. grrrrrr... marah niiii~

aanie said...

fuhhh...fevret nih....ari tu balik kelantan x sempat nak cari sotong celup tepung nih...

Ujie said...

j.ira:
samalah kita..prefer sotong goreng tepung. ^_^

TP:
tak sabar nak makan, tu cpt je kerat2..blm smpt amik gambo.

WS:
masa akak g Sabah tu, rugi tak sempat mkn seafood..kat sana murah2 kan. Syok la achie bila balik kg!

khaifaiz:
peberet ramai..sememangnya!

tea:
sgt betul!
dah serik nak order..mintak sotong goreng tepung tapi dpt mcm cekodok la pulak. huh..

aanie:
haa..nak suruh balik lagi la tuh!

CIK TOM said...

seronok kan pergi jalan2 terengganu..

Ujie said...

cik tom:
mmg seronok tengok tempat orang..

Prettywrite said...

Oh rindu terengganu..rindu batu rakit..:)
ni memang aktiviti petang2 la ni zaman belajar dulu..hehe..

Ujie said...

prettywrite:
wah..dah puas merasa la ni.
bestnya!

aimie amalina said...

huuuuuuuuuuuuu
lame x mkn ni
kalo p ganu mang sokmo merasa
sedaapp :)

Ujie said...

aimie:
akak pun teringin..
tapi tganu tu jauh dari selangor ni.

CTK said...

ase rindu plak nk ase kepok losong....waaaaaa....sedap jugak udang celup tepung neh.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...