Friday 20 January 2012

Perjalanan Yang Panjang...

Setelah enam hari tak membuat sebarang entri,
Terasa kaku jemari dan beku fikiran untuk menulis sesuatu.
Perjalanan yang panjang juga membuat badan rasa letih dan lesu,
Walau ada seronok dan gembira dek makan-makan dan membeli sikit-sikit.
Syukur kerana perjalanan ke Kelantan & Terengganu ni selamat pergi jua kembali.

Pada mulanya agak risau mendengar berita banjir di sana.
Tambahan pula buat pertama kalinya akan melalui laluan Gua Musang untuk ke KB. 
Tapi Alhamdulillah air banjir tu tidaklah melimpah ke laluan jalanraya.
Dan sepanjang empat hari di kedua-dua negeri tersebut juga tiada hujan lebat.
Sekadar hujan sekejap-sekejap dan gerimis sekali-sekala.
Tiada masalah langsung untuk kami berjalan-jalan di sana.

Bercuti di luar waktu puncak memang memberi banyak kelebihan.
Jalanraya tak sesak, mudah mendapat hotel mengikut bajet sendiri.
Tempat-tempat tumpuan pelancong semuanya lengang dan mudah mencari parking.
Yang penting mendapat harga yang menarik semasa membeli-belah!


p/s: Sedikit cerita sepanjang bercuti akan menyusul kemudian.

18 comments:

  1. aktiviti membeli belah wajib ada..heheh

    ReplyDelete
  2. Ujie..alhamdulillah dah selamat kembali dari bercuti.
    acik pun teringin nak kesana..cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete
  3. diana:
    itu pasti! at least beli mknn tempatan yg kita tak biasa/pernah jumpa.

    acik erna:
    kelantan mmg syurga makanan & shopping!
    slmt bercuti ke sana..^_^

    ReplyDelete
  4. best nya g cuti2 malaysia :)

    lalu Gua Musang eks..tempat saya lepak sokmo kat situ..tp skrg dah tk duk area sana :)..

    ReplyDelete
  5. Nasib baik jalanraya tak jem kan..mesti best bercuti kan hehe

    ReplyDelete
  6. Salam Ujie....

    patut lah lama memnyepi.... tour pantai timur rupanya....membeli-belah yer....

    ReplyDelete
  7. wah..6 hari cuti panjang rupanya...hehe..alhamdulillah laa sis da selamat pulang..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. tihara:
    tengok tempat org..mmg best!

    elih:
    kalau pegi time cuti sekolah mesti jam punya..

    azmnor:
    beli sikit2 je..
    tujuan ke sana sbb nak bawa mak yg blm pernah ke kelantan.

    azlan:
    yang tukang drive sorang, kenalah amik masa panjang sikit..4hari je kat sana.

    ReplyDelete
  9. Uihh jeles niii tengok org melancong mase kite kejeee...

    ReplyDelete
  10. jeles akak,.. harap2 akak pun berpeluang nak ke sana,.. terutama peluang dr segi kewangan..

    ReplyDelete
  11. welcome back!!
    tak sabar nak baca cerita akak..
    hehhhe

    ReplyDelete
  12. best bercuti..

    nnti sis kongsi tau..ehehe

    ReplyDelete
  13. ok giliran ija pulak kali ni..hehe tapi bukan bercuti la..kita nak balik kampung :)

    best kan kak bila dapat bercuti..tudung2 kat kelantan mesti murah2 kan..teringin nak g shopping tudung kat sana

    ReplyDelete
  14. tea:
    ala..bkn selalu pun suami dpt amik cuti gini.

    aimaniman:
    nak pegi sana mmg kena plan awal & menabung jugak lah..kos minyak, hotel & mkn2.
    insyaallah berpeluang..^__^

    lia:
    insyaallah akan buat entri cerita2 tu utk panduan yg lain.

    WS:
    takde apa sgt pun..percutian bajet je.

    ieja:
    balik kg pun bercuti apa!

    tudung bawal mmg murah dari biasa..dan sgt2 cantik! akak tak pakai, tapi mmg tertarik.

    ReplyDelete
  15. wah terengganu pergi jugak ek..
    ciktom org terengganu...
    best x pergi terengganu??

    ReplyDelete
  16. j/ira:
    tak shopping byk mana pun. bonet keta tak muat..

    cik tom:
    terengganu singgah jugak, on d way nak balik johor.

    best..lautan nan membiru & sotong celup tepung yg sedap! nanti ada entrinya..

    ReplyDelete
  17. nti nk bercuti kemana plak..hihihi

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****