Monday 30 January 2012

Oh, Muflis Akhirat!

Muflis dunia...tiada harta tetapi ada hutang yang tak mampu dibayar.
Muflis akhirat...bagaimana???

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
" Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!"
(Riwayat Abu Hurairah, no. 2581)

Huraian ringkas:
  • PAHALA yang dimaksudkan tidaklah hanya terhad seperti yang disebut dalam hadis di atas. Tetapi meliputi segala amal soleh yang lain.
  • DOSA yang disebutkan pula semuanya berkait dengan hubungan sesama manusia.

Cara elak menjadi muflis akhirat:
  • tidak melakukan dosa terhadap manusia lain.
  • jika dah melakukan, MOHON MAAF. Jika hak orang yang kita ambil, pulangkan.
(ringkasan artikel Solusi isu 20)

p/s: Hmm..mulalah terfikir-fikir. Sangat takut muflis, sebab pahala yang ada pun sikit..tu pun kalau ada. Teman-teman blog, maafkan daku jika ada kesilapan!


20 comments:

  1. betul tu sis..muflis kat dunia masih ade orang boleh tolong..muflis kat akhirat sendiri tanggung..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. uhhhuh..
    Nice!
    Like utk entry ini.. :)

    ReplyDelete
  3. ye lah kadang2 kita tak sedar dah menyakiti hati orang..yg penting kita saling bermaafan dan meredhai..moga Allah pun meredhai kita..Insya Allah..maafkan saya juga, mana la taw kan :)

    ReplyDelete
  4. maafkan lily juga jika tanpa sedar ada buat kesilapan..

    ReplyDelete
  5. insafnyer.. tq sudi share..=)

    jom hayati sebentar..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

    ReplyDelete
  6. maafkan juga kalau ada tutur bicara kat sini yang bisa menyakitkan hati kak ujie,sy mnusia biasa..

    slmt mlm^^

    ReplyDelete
  7. ujie : sama2 la kita bermaafan setiap masa jika ada terkasar bahasa. kita bukan maksum.

    moga2 semua blogger sentiasa maafkan sesama kita.

    ReplyDelete
  8. Ujie..sama2 kita bermaafan..
    alhamdulillah ujie sudi ingat meningatkan antara satu sama lain

    ReplyDelete
  9. ramai yg telah muflis... tp tiada yg tahu...

    ReplyDelete
  10. Bersungguh la kita mengumpul saham akhirat, moga tak muflis nanti...

    ReplyDelete
  11. ........mgkn skg kita sdg nazak kemuflisan? Siapa tahu? Hanyya Allah yg tahu.

    ReplyDelete
  12. azlan:
    tepat sekali..
    muflis dunia masih ada jalan keluar.

    lia:
    LIKE utk sebarkan..pun baik jugak!

    tihara:
    betul, tu yg kita takuti. tak sedar dah sakiti hati org.
    *takde apa nak dimaafkan tihara..^_^

    lily:
    pun takde..korang sume teman blog yg best!

    L:
    share utk saling mengingati..kerana tujuan kita sama-akhirat.

    ReplyDelete
  13. WS:
    awak selalu doakan baik2 utk akak ade la..nak sakit hati camne. ^_^

    TP:
    iyelah..bagi saya pun, kalau ada yg terasa kat hati tu maafkan je lah. kita kan semua kwn2..*_*

    acik erna:
    utk ingatkan diri saya jugak..insan yg lalai.

    tea:
    uhh..semoga bkn kita!

    mie:
    betul..kena pertingkatkan amal soleh.

    PAA:
    juga betul! kita je yg tak tau kan..oh, ngeri pulak.

    ReplyDelete
  14. dosa dgn manusia ni kalau tak minta maaf memang tak lepas.kalau orang tu jenis mengungkit2 dan mengenang lagi bertambah susah...kdg2 terfikir mungkin diri salah srg yg muflis...nauzubillah minta dijauhkan...

    ReplyDelete
  15. aishah:
    yg paling baik kalau kita sume sentiasa saling berlapang dada & sntiasa memaafkan org lain..

    ReplyDelete
  16. maii:
    ^_~

    nisa:
    eh..takde salah apa nya cik adik nisa ni.

    ReplyDelete
  17. trime kasih atas perkongsian ni....mintak dijauhkan dr muflis akhirat...berbuat baik lah sesama manusia :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****