My Blogshop :

Friday, 6 January 2012

Nasihat atau Celaan?

sekadar gambar hiasan..sebab cantik!

"Barang siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Dan sesiapa yang menasihatimu di depan umum, maka sebenarnya dia sedang menghinamu..."
(Imam al-Syafii)


"Seorang Mukmin menutupi kesalahan seseorang lalu menasihatinya. Tetapi seorang pembuat dosa mengisytiharkan lalu mencelanya"
(Fudhail bin 'Iyadh)


NASIHAT adalah perbuatan atau kata-kata yang bertujuan memberi kebaikan kepada orang lain. Tetapi jika kita rasa bangga ketika nasihat diterima atau rasa marah ketika nasihat ditolak, maka itu petanda ia nasihat yang tidak ikhlas. Kerana orang yang ikhlas menasihati kerana Allah tidak akan marah jika nasihatnya tak didengari, tapi boleh melahirkan rasa sedih.

ADAB memberi nasihat ialah dengan menyampaikannya secara sembunyi, bukan di hadapan orang lain atau orang ramai.

(sumber: Solusi isu 8)


p/s: Rasanya JIKA dalam entri Ustaz Azhar & Gitar saya letakkan link blogger terbabit, saya jadi berdosa kerana menyebarkan / mengisytiharkan kesilapannya. Hmmm..niat yang baik kalau tak kena cara jadi perkara tak baik pulak ya!
Nak nasihat secara umum boleh, asal jangan sebut atau kaitkan dengan individu tertentu.

25 comments:

Azlan Hasan said...

cara menasihat memang pengting utk tak menimbulkan pertelingkahan..elok laa kita nasihat berdasarkan ape yang kita tahu dan bukan ape yang kita nampak..

Regards,
-Strider-

Acik said...

ahaks ... acik baru tulis sal Amalina tuh! erkkkk!

Tihara said...

susah juga bab2 nasihat ni..kadang2 jadi salah faham kn

telor power said...

bagus entri nie, baru ku tahu.

Elih Japahar said...

Betul tu..menyebarkan keaiban org saja tambahkan dosa diri sendiri, ada baca tentang blogger tu..kalau utk nak popular senang je kan, buat benda yg mendtgkan marah rakyat Malaysia..taktik kotor, huh!

Ujie said...

azlan:
bijak sekali...

acik:
dah tak tau kan..lagipun mmg ramai yg tak berapa faham bab nasihat2 ni, termasuk saya! ni sama2 kita belajar.

tihara:
betul..tapi jgn berenti menasihati. sbb ia dituntut dlm agama kan..

TP:
sama2 kita belajar.

elih:
harap2 ada la yg berdepan utk nasihati dia..

telor power said...
This comment has been removed by the author.
telor power said...

yup...betul tu ujie,

Juliet_iRa~" said...

k.ujie..btol tu...sokong2..

sbb y menerima tu kalo rs mrh mksudnya nasihat tu xditerima la kan..+ xikhlas..kalo ikhlas n x mengaibkan org tu msti org tu akan fikir kebenaran/nasihat y diberikan..

psss : k.ujie..kek baby tu dr email2 y kakak ira fwd..hee..ada mcm2 bntuk kek..kek gambar toilet ngan eek2 pon ada..tp geliii..wuuu

Woofer Storm said...

sememangya ini entry yang bisa membuat ramai blogger bisa tersentap..

cayalah sis^^

Ujie said...

j.ira:
ira mmg student yg cemerlang!!
sbb baca & fikir..

*ooo..akak ada gak tengok kek bentuk najis utk ketua menteri penang, pun dah geli!!

WS:
oh ya ke? tapi bkn tu niatnya..cuma nak share ilmu. lps ni dah tau, jgn buat lagi.

Munnafendy said...

kalau boleh elakkan entry yg bsifat provokasi..cth pasal tu la..amalina...ustz azhar..kekadang mcm kita ni galakkan org ngumpat dlm blog..kan?

azmnor said...

Salam Ujie..,

memang nasihat itu perlu diberi dengan secara hikmah...seorang muslim yg menyembunyikan aib seorang muslim yg lain didunia akan ditutup Allah akan aibnya di akhirat nanti....Allahua`lam..

azmnor said...

Ujie...

muga-muga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk membuat sesuatu itu dgn ikhlas kerana NYA...Insyaallah...aaminnn..

CTK said...

betul tu..nk nasihat..kena sembunyi2..bila bntu tutup aib org, allah akan tutup aib kita :)

CTK said...

betul tu..nk nasihat..kena sembunyi2..bila bntu tutup aib org, allah akan tutup aib kita :)

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

betul la kak...nak tulis apa2 kena jaga aib org gak...erm risau gak kot2 saya dah tertulis benda macam tu...lps ni kena berfikir betol2 sebelum menulis sesuatu.

p/s:saya pun tak tahu sangat apa itu alexa..hehhe

diana said...

nampaknya dah ramai blogger yang sedar tentang ni..kan???
mungkin sebab blogger2 yang macam ujie ni tak putus2 sentiasa menegur..
itu sebaiknya..
alhamdulillah..

Ujie said...

munna:
'galakkan org mengumpat dlm blog'..suka statement tu! kena fikir2kan.

azmnor:
iyelah, nasihat mesti kena beri jugak kan. cuma kena cari cara..

semoga diberi kekuatan..

ctk:
bijak ct!

aisha:
akak pun terfikir gak..ada tak aku tersalah dalam pada syok menulis entri. uhh..

diana:
teguran/ingatan utk diri sendiri jugak..sifat manusia mudah lalai.

Lia Irdelia said...

Btul2..

kdg2 tu ada sesetengah org sengaja buat2 baik nasihat org lain depan ramai org...

kengkonon baik..
TPI kdg2 ia memalukan org yg dinasihati,,

huuhhu

Prettywrite said...

satu peringatan untuk kita semua..

Ujie said...

lia:
mestilah malu kalau gitu..terus jadi geram dan susah nak terima nasihat tu.

prettywrite:
yup!

aimie amalina said...

nilah kelemahan sy kak
ssh nak nasihat org kalau salah
wuwuwuw
sebb sy penakot
huhuhu..

Ujie said...

aimie:
akak pun tengok orang dulu baru berani tegur/nasihat. sbb takmo jadi bergaduh.

CTK said...

nasihat biar bertempat..jgn malukan org tu dengan nasihat dpn2 org..den pon xdapek nak trime...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...